Part 8

35 0 0
                                    

"Selagi kau tak setuju dengan keputusan aku. Selamanya kau akan menyesal dengan siksaan aku. Lagi cepat kau setuju. Lagi cepat kau bahagia."

Rambut yang ditarik dilepas kasar. Terhantuk kepala Ai Nou pada meja cermin di hadapannya. Setiap kali hijab ditarik menutupi mahkotanya, setiap kali itulah akan ditanggalkan Raden. Setiap kali itu juga wajahnya menjadi tempat lempangan tangan kekar Raden. Mujur lelaki itu belum gila untuk meragut mahkota termahalnya. 

Mimpi ngeri!

Andai itu terjadi. Lelaki! Benci yang bertunas bakal tumbuh melingkar belukar duri!

Arhh.. kalau tak kerana Ai Nou memikirkan Allah punya sebaik-sebaik perancangan untuk dia. Sudah lama mati itu menjadi pilihan!

Tegakah cinta...

...melukakan kekasih 

kerana cinta!

Cinta yang Ai Nou kenal tak sekejam itu!

Lelaki itu.. barannya lebih menakutkan dari segala isi dunia.

-----

"Andai nyawa abang sebagai ganti untuk bahagia Ai Nou. Abang sanggup gadaikan. Bahagialah Ai Nou! Erti cinta itu bahagia. Jadi Ai Nou kena bahagia!"

Kata-kata yang pernah mendamaikan hatinya 19 tahun lalu semakin kerap berbisik pada mimpi malamnya. 

Lelaki itu! Mungkinkah?

-----

Satu minggu Ai Nou di banglo kosong itu, inilah kali pertama Ai Nou beranikan diri melangkah keluar dari biliknya. Kerana terlalu takutkan Raden, Ai Nou lebih rela duduk berteleku di penjuru bilik. Menangisi nasib yang tak diminta. Mengapa setiap kali cinta dan lelaki itu saling berkait pasti malang dan duka yang menjadi perasa. Kutukankah cinta buat Ai Nou?

Liar matanya memastikan tiada siapa yang menghidu gerak gerinya. Biasanya pagi-pagi begini Raden tidak ada. Kalau ada sekalipun pasti sedang mengeruh di bilik. Ai Nou tahu, Raden tak bodoh sendirian mengawasi Ai Nou. Ada juga beberapa orang yang keluar masuk ke banglo itu. Itupun Ai Nou tahu kerana mendengar suara mereka.

Dalam berhati-hati melangkah hingga ke pagar rumah, suara-suara manusia yang berbual diperhatikan jaraknya dari Ai Nou. Riuh para lelaki di balkoni belakang berjudi dan bersuka ria. Pagar yang tidak tertutup rapat dimanfaatkan untuk memboloskan diri tanpa berfikir dua kali. Ai Nou tidak merancang untuk melarikan diri, dia hanya mengikut kata hatinya. Gerak hati yang mendorongnya keluar dari penjara mewah itu.

Keluar sahaja dari pintu pagar itu, Ai Nou tidak berfikir lagi. Pecut langkahnya tanpa sepatu kaki meredahi kebun buah berdepan dengan banglo. Kaki yang mula pedih berdarah tidak dipedulikan. Dia tak punya masa! Tercungap-cungap nafas Ai Nou mencari-cari tempat untuk sembunyi atau sesiapa sahaja untuk memohon bantuan. Di fikirannya kuat memanggil-manggil dua nama silih berganti. Dua nama yang mengganggu mimpinya. Dua nama yang menanam tekad untuk Ai Nou pergi. Dua lelaki itu, tolong!

Abang! Arjuna!

"Cari perempuan tu!"

Suara Raden yang sayup-sayup kedengaran dari jauh mencemaskan lagi langkahnya. Ai Nou tak mahu menoleh ke belakang. Dia takut! Pertolongan yang dipinta dikabul Tuhan saat melihatkan sebuah trak yang tersadai di jalan kecil tanpa pemandu. Di belakang trak penuh dengan buah-buahan yang segar baru dikutip. Kain rentang yang diguna menutupi buah-buahan tersebut ditarik lalu Ai Nou bersembunyi di sebaliknya. Buah-buahan yang membukit ditarik-tarik menutupi tubuhnya lalu menyelimutkan diri dengan kain rentang putih. Bibirnya ditekup. Nafasnya dikawal walaupun degupan jantungnya bagai mahu pecah!

Dari lubang trak Ai Nou cuba memastikan tiada yang dapat menghidunya di sini. Dalam liar mengawasi, pandangan Ai Nou tertangkap pada susuk tubuh seorang lelaki gemuk berwajah bengis mencari-cari sesuatu. Di seluarnya terselit sepucuk pistol. Ai Nou tahu, itu orang suruhan Raden. Tuhan! Tolong. Matanya dipejam lebih rapat. Tangisan ketakutan ditelan sedaya upaya. Bibirnya digigit kuat mengawal emosi. Biar pecah berdarah. Semakin kuat degupan Ai Nou melihatkan lelaki itu semakin hampir ke trak. Tidak teragak-agak tangan lelaki itu ingin menyelak kain rentang yang menutupi tubuhnya. Allah! Tolong!

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now