Wushhh ~~
Angin kuat menampar kasar ke pipi Ai Nou. Tapi langsung tidak membuatkan gadis itu terganggu dengan hembusan angin kuat pada petang itu. Sawah padi yang terliuk-liuk mengikut arah angin dipandang dengan senyuman kecil. Langit semakin kelam dan gelap sedangkan angka jam masih awal. Baru melepasi waktu tergelincirnya matahari. Tanda langit hari ini mahu memuntahkan lagi isinya. Maklumlah, Musim Tengkujuh masih bersisa harinya.
Ai Nou melunjurkan kakinya terjuntai di pankin belakang rumah pusaka keluarga Shauqie itu. Kerana pujukannya bagai orang terdesak perlukan tempat berteduh ketika itu, Shauqie dengan paksa rela menerima paksaan Ai Nou. Itupun lepas dipujuk Hannah. Mujur ada Hannah. Wanita itu seperti tahu Ai Nou sedang dalam masalah walaupun Ai Nou tidak bercerita. Kalau tak kerana Ai Nou yang cetek akal pergi jauh dari rumah tanpa persediaan, sehelai sepinggang dia kecuali Gucci buruknya menjadi peneman, tak ada punya dia terhegeh-hegeh dengan lelaki orang untuk ikut pulang. Sekali tengok dah macam ajak kahwin lari pulak. Kahwin lari apanya! Berani buat, depan bini dia kot. Memang minta masuk kubur awal lah kalau macam tu. Alang-alang kubur memang dekat waktu tu. Ha, belakang masjid tu. Cakap je kalau nak!
Tapi Hannah lebih memahami gelojak rasa Ai Nou. Yang sedang mencari ruang membuat keputusan. Lagipula mereka memang tahu Ai Nou sudah jauh berbatu-batu dari bandar Shah Alam, tak akanlah nak disuruh pulang ketika itu. Sudahlah hari semakin gelap. Perempuan pula tu. Atas dasar rasa tanggungjawab, Shauqie menerima pujukan Hannah, dan kini Ai Nou berada di utara Malaysia, Pulau Pinang kampung keluarga Shauqie. Dan juga negeri Ai Nou menghabiskan pendidikan sekolah menengahnya dulu. Kata Shauqie, selepas habis sekolah menengah dia tak tahu Ai Nou sudah berpindah ke Shah Alam. Kerana itu susah Shauqie mahu menjejaki di mana Ai Nou tinggal selama sembilan tahun mencari. Mereka tahu Ai Nou tinggal di Shah Alam pun tidak sampai beberapa bulan yang lalu. Cuma berpeluang bertemu mata semalam sahaja.
"Apa yang difikirkan tu kak. Tak berkelip saya tengok." Hannah mendekati pankin bersama sedulang air kopi dan sepinggan cucur udang beserta sos. Dulang diletakkan sebelum dia turut bersimpuh di atas pankin. Air dituang dan dihulur kepada Ai Nou. Ai Nou menyambut lalu dihirup perlahan.
"Macam mana Hannah boleh meletakkan kepercayaan setelah dikecewakan?" Hannah pandang Ai Nou sebelum tersenyum nipis.
"Sebab Hannah percaya pada hikmah dan Hannah medahului kata hati Hannah daripada ego dan emosi."
"Macam mana akak nak buat Hannah? Akak tak pernah impikan akak akan mendirikan rumah tangga suatu hari nanti. Akak tak pernah bermimpi akak akan punyai pasangan nanti. Kekasih apatah lagi suami isteri. Lelaki, akak sangat susah untuk memujuk diri biasakan hati dengan dunia mereka. Pahit akak lebih banyak jika melibatkan lelaki. Jadi, bagaimana akak mahu menerima kehadiran mereka dengan mudah?"
Ai Nou yang lirih bersuara dipandang lama. Ternyata cerianya hanya sementara dan pura-pura. Di sisi lain, Gadis Cinta ini punya sesuatu yang merantai dirinya dari didekati. Terutamanya lelaki. Tak ubah sikapnya itu seperti Aniza, anak saudara suaminya, anak saudaranya juga. Tangan Ai Nou ditarik lalu digenggam lembut.
"Saya faham akak. Kita perempuan, kita sangat mudah terluka kerana lembutnya hati kita. Sayangnya, kita lemah. lemah yang membuatkan kita mudah tanam rasa benci, kecewa dan dendam. Tapi sekiranya kita buang rasa itu kita boleh terus meninta lembaran baru hidup kita. Kita layak untuk bahagia. Jadi akak berilah peluang untuk diri akak. Terimalah seorang dalam hidup akak. Jangan menafikan fitrah hidup kita kak. Saya tahu kisah silam akak membuatkan akak tak mudah beri percaya, abang sudah ceritakan pada Hannah semua tentang akak. Sedari lahir, lelaki merupakan seorang mimpi ngeri buat akak. Saya faham, akak takut. Tapi akak, lelaki jika betul orangnya derita jadi bahagia. Luka bakal terubat. Syaratnya, peluang. Beri peluang untuk akak dan peluang untuk lelaki dalam hidup akak. Bukan berkasih yang mengundang murka Allah, tapi nikah untuk menyempurnakan sunnah nabi."
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
RandomCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...