Part 5

40 1 0
                                    

Terkebil-kebil mata Ai Nou saat mendengarkan kata putus dari Atuk. Bingung sebentar dia cuba mencari titik pusat realiti di mana dia berada. Benarkah? Dia tidak mimpi? Kalau ini mimpi, kategori manakah mimpinya ini? Mimpi ngeri atau mimpi indah..? Indah? Mengapa perlu indah? Ngeri lebih tepat?

Cinta..

dan lelaki..

Di sinikah titik berakhirnya prinsip cinta Ai Nou dan lelaki? Dua perkara yang tidak boleh bersatu untuk Ai Nou. Arjuna yang sedang bertikam kata dengan Atuk, Ai Nou pandang tidak berkutik, tidak berkelip mata Ai Nou buntu untuk menyambung kata pada pertanyaan Atuk.

"Bulan depan Atuk akan langsungkan majlis pertunangan korang berdua. Ainur, mama dan mommy akan bantu untuk buat preparation. Jannah sekali." Mommy dan mama, itulah padahnya banyak sangat mak. Kalau ibu ada sekali lagi meriah hidup aku dengan moms. Pastinya indah kerana cinta. Tapi hari ini, hatinya sayu. Diam seribu kata. Kata tidak, tak terucap apalagi kata ya, tidak terlintas untuk menuruti kehendak itu.

"Atuk! Please.." Arjuna sudah hampir putus asa nadanya ingin menongkah arus dengan keputusan Sang Nata yang tiada siapa pernah menentang. Kalau itu putusnya, semuanya mesti menurut. Dan untuk kali kedua Ainur rasa keberatan dengan Atuk. Semenjak kepulangan Atuk, Ainur semakin rasa jauh hati. Satu-satunya cinta yang dipertahankan semakin pudar kerna terluka dalam diam. Jika namanya lelaki.. Arhh, Atuk bukan lelaki definisi Ai Nou.

"Keputusan Atuk muktamad!" Sejurus kata itu, Atuk bangun meninggalkan ruang tamu diikuti ahli keluarga kecil yang berkumpul kerana pemberitahuan ini. Tiada siapa membantah dan tiada yang terkejut kecuali dua orang yang duduk di tengah-tengah dikelilingi yang lain. Seorang membantah dengan suara, seorang membantah dengan kebisuan. Satu persatu pergi meninggalkan  Arjuna dan Ai Nou. Ai Nou yang tidak beralih matanya memandang Arjuna, dipandang lelaki itu. 

"Cinta..." Ai Nou tidak membalas panggilan Arjuna. Mata yang bertentang ditunduk memandang tangannya di riba. Air mata yang ditahan, menitis jua walaupun tidak lebat. Kebisuan dan titisan air mata, petanda rajuk besar Ai Nou dan sangat terluka hatinya. Arjuna yang cuba meraih tangan Ai Nou ditepis kasar. Ai Nou bangun, tas tangannya dicapai bersama kunci lalu pintu utama dituju. Langkah yang dihalang oleh pegangan pada lengan Ai Nou dilurut perlahan. Ingin marah tiada kuasa lagi untuk berkata. Arjuna ditinggalkan dengan wajah yang penuh dengan rasa bersalah.

Ai Nou, cinta dan lelaki sebenarnya merupakan kenaifan yang sangat utuh pada diri Ai Nou. Kerana dia seorang wanita. Fitrah yang tidak boleh dipisahkan saat mengaitkan cinta pasti perlunya lelaki di situ. Lelaki yang sangat dijulung dan diwar-warkan bukan siapa-siapa, sebenarnya sangat mempengaruhi seorang Ai Nou.

Seperti saat pertama kalinya Ai Nou berasa sangat mencintai seorang lelaki setelah Atuknya ketika usianya baru menjangkau 12 tahun. Kerna lelaki-lelaki yang ditemui selalunya seperti Arjuna, dan teman-teman lelaki di sekolah rendahnya dulu semua seperti Arjuna. Nakal, suka mengarah dan kuat mengusik. Ketika dia berpindah dari China ke Malaysia ketika berusia 12 tahun juga sama sahaja semuanya. Kecuali seperti seorang itu, Harith namanya. Sudahlah bijak, baik, suka tersenyum, disenangi oleh semua ustaz dan ustazah di sekolah, suka sangat menawarkan diri jika ada yang perlukan bantuan dan sudah semestinya disukai oleh semua pelajar perempuan di sekolah. Sudahlah sering mendapat tempat pertama di dalam kelas, ketua pengawas sekolah pula itu.

Ai Nou yang tidak sukakan lelaki.. eh pembetulan. Tidak gemar mempunyai kawan lelaki dan tidak mahu ambil tahu hal lelaki, diam-diam menyimpan rasa itu pada hatinya. Dia sendiri tidak sedar tapi diketahui Arjuna, bekas senior Harith. Tua empat tahun dari mereka. Kantoi kerana banyak buku Harith yang sering dipinjam Ai Nou, dan nama Harith sering diconteng pada meja belajar Ai Nou. Apabila ditanya Arjuna, puas disanggah Ai Nou. Arjuna marah besar kalau ada lelaki yang mengganggu hati Ai Nou. Sedari kecil, ya sedari kecil. Hurmm...

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now