Extra!

56 0 0
                                    

Ai Nou kena diabetes!

"Setiap kali memikirkan cinta, wajahmu yang menyapa mindaku. Kernamu cinta, rinduku tak puas untukku sandarkan padamu. Ketahuilah cinta, aku hanya ingin bersamamu hanya pada dua waktu. Sekarang dan selamanya. Abang cintakan Cinta."

Jantungnya yang berdegup kencang cuba ditenangkan agar berdetak seperti biasa. Gara-gara sering mendengar kata manis mengalahkan berguni gula daripada bisikan Arjuna, mahunya Ai Nou tak diserang kencing manis. Setiap kali Arjuna bisik kata cinta pada Ai Nou, Ai Nou sudah tak tahu mahu beriaksi bagaimana. Ai Nou rasa terbang dan berada di awang-awangan. Hatinya sudah hilang! Arjuna yang curi tanpa izin! Itu baru kata-kata, tak masuk lagi laku romatik Arjuna yang tak tahulah. Yang pastinya Ai Nou memang jatuh cinta habis buat suaminya seorang itu.

Saat pertama kali berhadapan dengan Arjuna versi kucing parsi ini, banyak kali Ai Nou fikir dia tersalah kahwin dengan orang lain. Mahunya tidak. Karakter Arjuna sebelum dan selepas kahwin sangatlah kontra. Awal-awal dulu, seringkali Ai Nou menekapkan belakang tangannya ke dahi Arjuna setiap kali Arjuna membisik cinta pada Ai Nou. Mana tahu Arjuna buang tebiat sebab demam ke. Perangai Arjuna yang satu ini lebih dahsyat daripada Raden. Tak percaya Ai Nou hingga Ai Nou sanggup bertanya siapa Arjuna jika Arjuna berkelakuan luar alam. Ai Nou dah tak kenal Arjuna! Arjuna pula hanya mampu ketawa dan tak bosan mengulang laku yang sama mengenalkan nama penuhnya.

"Abang Shaharjuna Bin Shahir Aman Bin Azlan Shah. Suami Gadis Cinta. Sang Arjuna yang hanya ditakdirkan buat Sang Cinta."

Ha macam itulah jawaban Arjuna setiap kali ditanya siapa namanya. Kalau bukan sebab suami, Ai Nou sudah lama melarikan diri. Seriau dengar ayat manis-manis ni. Nanti dia bersemut. Tapi itulah Arjuna yang sebenar. Luahan Arjuna diawal pernikahan mereka dulu masih Ai Nou ingat. Sememangnya Ai Nou gadis pertama yang berjaya mencuri hati Arjuna hingga buatkan dia hilang punca. Kerana terlalu sayangkan Ai Nou, Arjuna tak suka andai ada lelaki lain mendekati Ai Nou. Kerana itulah Arjuna akan mengamuk kalau dapat tahu hati Ai Nou tersangkut pada orang lain. 

Puas Arjuna cuba mengawal hatinya daripada menzahirkan perasaannya pada Ai Nou. Kerana tak mahu melampaui batas, cara menyakitkan hati Ai Nou sahaja yang dapat dilakukan Arjuna demi melindungi Ai Nou. Impian Arjuna mahu memiliki Ai Nou ditanam semenjak dia melanjutkan pelajarannya ke luar negara lagi. Ketika berjauhan dengan Ai Nou, rasa sayang yang dipertahan hanya sayang seorang abang kepada adiknya ternyata lebih daripada apa yang dia sangkakan. Mahu sahaja Arjuna terbang ke Malaysia kerana rindu yang tak tertanggung terhadap Ai Nou. Kerana itulah Arjuna sanggup menghubungi Ai Nou hampir setiap hari. 

Sayangnya Arjuna tak pandai memancing hati Ai Nou agar terpikat dengannya. Sebenarnya bukan Arjuna tidak mahu mencuba, tapi Arjuna takut. Takut sekiranya perasaan cintanya diluah pada Ai Nou, Ai Nou akan menolak dan hubungan mereka akan semakin dingin. Sudahnya, Arjuna bertekad mahu menyembunyikan perasaannya. Biarlah, dia lebih rela menjadi lelaki yang dibenci Ai Nou. Sekurang-kurangnya Arjuna masih dekat dengan Ai Nou. Ketika mana usia mereka semakin berganjak angka, perasaan Arjuna semakin teruji melihat kewanitaan seorang gadis cintanya. Jika tak ditahan perasaannya, sudah lama Ai Nou diajak kahwin lari. 

Rasa hati Arjuna hanya Allah sahaja yang tahu. Diminta dengan tangis dan rayuan, andai benar Ai Nou itu jodohnya. Maka dekatkanlah mereka. Andai bukan, jauhkan Ai Nou daripadanya. Istikharah dan solat hajat tidak pernah berhenti dilakukan. Sudahlah diuji dengan perasaan sendiri, desakan soal pasangan hidup yang tak pernah diutarakan Arjuna pula sering disebut keluarganya semakin merisaukan Arjuna. Dia tak mahu wanita lain. Arjuna hanya mahukan Ai Nou. Tapi untuk meluahkan rasa hatinya itu juga Arjuna risau. Risau sekiranya keluarganya tidak setuju dengan pilihannya itu. Tambahan lagi Ai Nou cucu kesayangan yang sangat istimewa pada Atuk. Pastilah Atuknya sudah siapkan seseorang yang lebih baik buat Ai Nou. Sedangkan Arjuna bukan siapa-siapa. Hanya salah seorang daripada cucu Atuknya yang ramai. 

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now