Dia sedang cuba tidur kerana esok hari dia perlu berada di pejabat dari lapan hingga lapan secara paksarela.
Tiba-tiba, peranti hitamnya bercahaya, mengeluarkan bunyi, ketika kewarasannya sudah pun tinggal separuh dari dalam nyata.
Dia bangkit dan mencapai peranti yang sudah usang. Ada pesanan yang sedang menunggu untuk dibaca.
Nama si pemberi, dia kenal benar. Dia merupakan pencanai memori-memori hitam dalam hidupnya.
Ditegah dirinya dari membuka, namun apakan daya, jarinya lebih pantas daripada akalnya.
"Aku mahu bicara."
"Silakan."
"Ada yang membenci aku."
"Siapa?"
"Kau kenal dia."
"Dia bilang apa?"
"Dia menuduh aku curang."
"Abaikan saja."
"Kau juga mahu buang aku?"
"Kenapa bilang begitu?"
"Kau menjauhkan diri dari aku."
Dia berpaling ke kanan, melihat seorang wanita yang sedang lena.
"Mungkin kau lupa, aku sudah bernikah."
Dia mematikan telefonnya, membiarkan wanita itu dengan bergelut masalahnya sendiri. Ada hati yang dia perlu jaga. Hati isterinya yang tercinta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tulis
PoetryIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...