4. Janji

418 22 0
                                    

Aku pernah berjanji pada diri sendiri;
Yang aku tak akan benarkan orang pijak hati aku;
Yang aku tak akan benarkan orang remukkan jantung aku;
Yang aku tak akan benarkan orang persiakan cinta aku.

Tapi nampaknya bila mata itu aku pandang;
Aku terlupa akan janji aku;
Janji bahawa aku tak akan benarkan orang pijak hati aku;
Orang remukkan jantung aku;
Orang persiakan cinta aku.

Aku hampir lupa akan rupa kepura-puraan manusia;
Yang sering berjanji walau palsu;
Yang sering manis walau pahit;
Yang sering berlagu walau sumbang.

Tak ubah seperti aku;
Yang melupakan janji-janji aku pada diri sendiri.

TulisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang