Kau kata aku istimewa,
Tanpa aku hidup kau tiada makna,
Gelak tawaku hiburan kala duka,
Senyuman sedekahku pengubat hati lara,
Bebelanku jadi lagu berdendang mesra,
Air mataku belum jatuh kau seka,
Waktu itu kau berjanji sumpah setia.
Kemudian kau lupa,
Pada aku yang setia,
Terbuang ke lembah hina,
Bersama teman kisah indah kita,
Melihat kau bahagia dengan dia,
Buat aku sembunyi di balik derita,
Dalam kepayahan berendoi teruja.
Hari ini kau tiba,
Bawa bunga warna kuning diraja,
Bunga ku kata hiasan paling indah di dunia,
Dengan hajat memujuk kembali bersama,
Aku diam berfikir seketika.
Aku ambil bunga kuning diraja,
Bersama senyum di bibir jelita,
Bersama penumbuk dikepal perkasa,
Sekarang kau beritahu aku, kau mahu apa?
YOU ARE READING
Tulis
PoésieIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...