Aku sedang termangu, memikirkan perkara semalam. Perkara yang menyebabkan aku murung dan tergelincir dari landasan normal akalku. Segala-galanya hampir membawa aku ke lembah yang jauh dan dalam. Lembah yang gelap tanpa cahaya petunjuk, yang menjadikan aku semakin lemah dan tidak berdaya.
Dan semalam juga kau muncul, menghulurkan tangan, menarik aku keluar dari terus tergelincir ke lembah berkenaan. Saat itu aku tahu. Aku hanya perlukan tangan yang akan menyambut aku daripada terus hanyut. Tangan yang akan ada dengan aku sepanjang aku tidak berdaya.
YOU ARE READING
Tulis
ŞiirIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...