Hari ini, aku duduk beralaskan pasir pantai yang memutih; memandang jauh, sejauh langit biru yang berada di hujung garisan laut. Sesekali, bayu memuput lembut; membuai helaian rambutku ke kiri, membuahkan perasaan damai.
Di sini, aku menanti bulatan oren itu mengufuk ke barat; mahu menikmati setiap keindahan yang dihasilkan untuk memuaskan ceruk hati yang kosong. Aku menghela nafas lega, mengukirkan senyuman puas tatkala bulatan megah itu perlahan-lahan membawa diri, menghadiahkan lambaian selamat tinggal.
Saat cahaya oren berselirat kuning itu menghilang dari pandangan mata, kemalapan sinaran rembulan pula menggantikannya, mahu menyinari hati-hati duka yang tiada kesempatan menikmati cahaya tadi.
Sama seperti hati aku yang berduka ditinggalkan si durjana, tergantung tidak bertali.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...