Kalaulah hati aku boleh dibungkus rapi, diletakkan simpulan reben merah jambu, pasti aku sudah memanggil abang pos untuk menghantarkannya padamu.
Kalaulah hati aku boleh ditimbang, dinyatakan berat spesifik, dilabel sebagai barang mudah pecah, pasti aku sudah menjadi barangan untuk dihantar merentas domestik bagai menatang minyak yang penuh.
Kalaulah bisa begitu, pasti aku tidak akan jadi sedih begini tatkala mengenangkan serpihan-serpihan hati yang sudah bertaburan dipijak kakimu.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...