Kita berdua sedang duduk rapat, sebelah menyebelah;
Jari kita bertaut, bersilang antara satu sama lain;
Kau sedang ralit memandang awan;
Dan aku sedang ralit memang wajah kau.Bibir kau sedang bergerak-gerak, galak bercerita tentang kehidupan dan masa hadapan;
Aku hanya menjadi pendengar yang menganggukkan kepalanya;
Atau kadang kala memberi senyuman tatkala lidah kau tersasul dek kelajuan luar biasa bibir itu.Tawaku tidak terungkap;
Rasa hatiku juga tidak terungkap;
Dan, tidak pernah sesekali kata-kataku terungkap.Kerna aku hanya insan bisu; yang menyintaimu dalam kebisuanku.
YOU ARE READING
Tulis
PoesíaIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...