ARROGANT BUT NICE 2
Dirumah Keluarga Jung. Masing² sibuk mengemas beg. Mereka akan bertolak awal pagi untuk ke Daegu, jadi mereka perlu menyiapkan semuanya pada malam ni siap².
"Rin, dah siap kemas?" soal Puan Jung yang baru saja memasuki bilik anak perempuannya itu.
Yerin tersenyum. Tangannya masih sibuk menyusun baju kedalam beg "belum. Kejap lagi siaplah"
"Mari omma tolong" Puan Jung berjalan mendekati Yerin lalu menolong menyimpan baju kedalam bagasinya "kamu dah bagitau kawan² kamu yang kamu tak datang sekolah seminggu nanti?"
"Eung, dah bagitau dah" balas Yerin "omma tak bagitau Yerin pun kenapa kita kena ke Daegu..bagitau lah, eoh?"
Puan Jung mengelus kepala Yerin "alah, nanti kamu akan tahu sendiri, arra? Janganlah risau, bukan hal tak baik pun"
Sekali lagi, Yerin hanya mencebik. Apa lah yang omma dan appanya sedang rancang dibelakangnya.
*
*
*
Di Daegu, Seungcheol baru saja balik kerumahnya yang besar. Maklumlah orang kaya. Selepas memasuki rumah, dia terus ke dapur untuk berjumpa ommanya.
"Eoh, Cheol. Baru sampai?" soal Puan Choi yang sedang minun teh dimeja makan.
Seungcheol membalas dengan anggukan lalu duduk bersama ommanya disitu "Cheol nal tanya. Betulke Omma suruh Cheol ambil cuti?"
"Eung" balas Puan Choi pendek. Tangannya pula sibuk membaca majalah kecantikan.
"Ma, kenapa tetiba Cheol kena ambil cuti ni? Did you hide something from me?" soal Seungcheol curiga.
Puan Choi tersenyum sambil menurunkan majalah yang dibacanya "yup. Omma suruh kamu ambil cuti sebab sepupu kamu dan keluarganya nak datang kesini"
"Sepupu? Cheol tak tahu pula kita ada saudara-mara? Bukan ke kita tunggal?" soal Seungcheol hairan.
"Ha'ah, mereka sepupu jauh. Dah la jangan banyak tanya. Pergi naik atas, mandi dan rehat eoh, petang esok kita pergi jemput mereka kat airport" arah Puan Choi.
Seungcheol memutarkan bebola matanya dengan malas "arraseo"
*
*
*
SEOUL HIGHSCHOOL
"Hah!" sergah Mingyu yang baru saja memasuki kelasnya. Dia memang suka mengusik orang.
Umji, Eunha dan Sinb yang berada disitu terkejut kerana ulah Mingyu "yak! Terkejutlah!" marah mereka.
Mingyu hanya mengabaikan mereka "oh, mana si Yerin tu? Ke tandas eh?" soalnya hairan kerana tak melihat Yerin disitu.
"Dia tak datang harini, kenapa? Nak kacau dia lagi?" soal Sinb tak suka.
"Lah, well takpe. Esok lah aku buli dia" kata Mingyu santai sambil memasukkan kedua tangannya kedalam poket dengan bergaya.
"Haha, esok pun dia tak datang" ejek Eunha. Sinb dan Umji juga ketawa.
Mingyu mengerutkan dahinya "kenapa dia tak datang pulak?"
"Kenapa kau sibuk nak tahu pulak?" sinis Sinb. Kalini Eunha dan Umji berhambur tawa.
Mingyu mendengus geram lalu berjalan duduk ditempatnya dibelakang sekali. Bersama gengnya Wonwoo dan Vernon.
Mingyu adalah seorang kingka sekolah gitu. Dia sedikit nakal dan suka mengganggu orang. Lagi² si Yerin hah. Namun dia hensem dan ada ramai fans wanita. Well, siapa tak kenal Kim Mingyu kan?
*
*
*
AIRPORT DAEGU
"Ramai ke ahli keluarga Jung tu?" soal Seungcheol yang kini berada airport bersama Puan Choi untuk menjemput Keluarga Jung.
"Tak ramai, empat saja. Encik Jung, isteri dia dan dua anaknya je" jawab Puan Choi yang berada disebelah Seungcheol.
Mereka sedang memerhati orang-orang yang keluar dari gerbang berlepas dihadapan. Entahlah mana satu keluarga Jung. Memang ramai orang yang baru keluar sekarang.
"Choi Seohwa?" sapa sepasang suami isteri yang baru saja mendekati Puan Choi.
Puan Choi tersenyum "ah, Puan Jung dan Encik Jung! Sampai juga akhirnya" ujarnya sambil membalas pelukan yang diberi.
Seungcheol yang berada dibelakang tersenyum. 'Ini rupanya keluarga Jung'
"Oh Ye, mana anak² kamu?" soal Puan Choi sebaik saja pelukan dilepaskan.
Puan Jung menoleh lalu menunjuk kearah Yerin dan Dokyeom yang sedang menghampiri mereka "itulah anak saya. Tu Yerin dan oppa dia Dokyeom"
Puan Choi memandang Yerin sambil tersenyum "comel ye si Yerin tu" pujinya sambil ketawa.
"Omma! Appa!" jerit Yerin sambil berlari kearah Puan Jung dan Encik Jung. Dokyeom pun sama juga.
"Ah, kenalkan..ni lah Choi Seungcheol, anak lelaki tunggal saya" kata Puan Choi sambil menunjuk kearah Seungcheol yang diam dari tadi.
"Annyeong" sapa Seungcheol dengan sopan dan mesra.
Puan Jung dan Encik Jung hanya tersenyum melihat Seungcheol 'kacak orangnya'
Yerin melirik kearah Seungcheol. Dan Seungcheol juga melirik Yerin. Namun selepas itu dia menjeling ke tempat lain.
'Sombongnya' gumam Yerin lalu memandang ketempat lain.
"Kamu semua mesti penatkan? Mari ke rumah saya dan berehat ok" ajak Puan Choi.
Akhirnya mereka semua naik satu kereta dan pulang ke rumah besar keluarga Choi.
BERSAMBUNG...
Fin..siap juga chapter 2. Bosan sikit kan~ Apa lah akan jadi lepas ni? Tunggu next chapter ye. Vote and komen juseyo!
YOU ARE READING
Arrogant But Nice ✔
Fanfiction" Eee dasar sombong! Hmm tapi kadang ii caring juga mamat nih, hihi " Seungcheol x Yerin status : complete #svtgf #fanfic