ARROGANT BUT NICE 23
"Omma..kenapa kita kena masuk bilik pula ni? Rin kan baru je balik rumah?" soal Yerin hairan. Balik² je Puan Jung terus je heret dia pergi kebilik dan kunci pintu. Mereka duduk berdua.
"Omma bawa kamu kesini sebab appa kamu tu nak cakap sesuatu dengan Seungcheol dibawah" jawab Puan Jung.
Yerin terkejut lalu memandang ommanya "appa nak marah Seungcheol ke omma??"
"Halah biarlah appa kamu nak marah dia ke apa ke. Salah dia, kan dia yang buat kamu lari dari rumah? Mestilah appa marah" kata Puan Jung.
"Omma! Rin dan Seungcheol dah berbaiklah, kami dah selesai salah faham dah..omma suruhlah appa jangan marah Seungcheol eoh? Jeball omma..Rin taknak pisah dengan Seungcheol" pinta Yerin memohon.
Puan Jung menggeleng "omma tak dapat tolong, semua keputusan terletak pada appa je. Kalau dia kata kamu dan Seungcheol tak boleh bersama, maksudnya tak bolehlah"
Takut Seungcheol kena marah teruk dengan Encik Jung, Yerin pun terus berjalan keluar dari bilik itu. Meninggalkan Puan Jung sendiri. Dia berlari turun tangga untuk keruangtamu depan.
"Oppa? Appa? Mana Seungcheol??" soal Yerin hairan selepas tidak melihat Seungcheol disitu. Yang ada cuma Dokyeom dan Encik Jung je.
"Appa dah suruh dia balik rumah dia, mulai harini dia tak boleh jumpa kamu lagi" kata Encik Jung.
Yerin terkejut tak percaya "appa halau Seungcheol ke?! Kenapa pula Rin tak boleh jumpa Seungcheol eoh?? Appa, kami bukannya bergaduh dah pun..kenapa buat sampai macam ni?? Rin taknak pisah dengan Seungcheol!"
"Dah, appa nak masuk tidur. Kamu pun masuk tidur, esok dah sekolah kan?" tanpa menjawab soalan Yerin, Encik Jung pun masuk kedalam biliknya.
Yerin menangis lalu pandang satu-satunya orang yang ada disitu "oppa..takkan oppa biar je appa halau Seungcheol?? Kenapa Rin tak boleh jumpa dia lagi?"
"Kamu dengarkan apa yang appa cakap tadi? Kamu dan Seungcheol tak boleh berjumpa dah lepas ni, jadi kamu kena ikut arahan appa" balas Dokyeom.
"Ihh oppa pun sama! Rin nak jumpa Seungcheol! Rin taknak pisah dengan dia, dia tunang Rin..jahat betulla oppa ni!" isak Yerin lalu berlari naik kebiliknya lalu mengunci pintu.
Dokyeom hanya mampu menghela nafas sambil menggeleng sendiri "dasar adik noob"
.
.
.
Sinb sedang menunggu dipagar sekolah. Macam biasa, dia akan tunggu Yerin dulu. Baru masuk sekali. Harini Sinb happy sangat, lagipun dia tahu salah faham antara Yerin dan Seungcheol dah takde. Mesti Yerin pun gembira macam dia.
"Eoh, Sinb? Kenapa kau tak masuk dalam sekolah lagi?" soal Eunha yang juga baru datang.
Sinb tersenyum "macam biasa, aku tunggu Yerinlah. Eh.." dia melihat dibelakang Eunha "kau datang sekolah dengan si Mingyu nih kenapa?"
Eunha menjeling tengok di belakang dia. Entahla, masa dia keluar dari rumah dan nak kesekolah, tetiba dah ada Mingyu yang terpacak tunggu didepan tu. Akhirnya mereka datang sekolah sekali.
"Entah kat dia, dia asyik ikut aku sejak malam tadi. Geram aku!" gerutunya sambil berpeluk tubuh.
"Jangan marah² nanti kau cepat tua lah" pesan Mingyu sambil kedip mata. Dah kemaruk dia dengan si Eunha ni.
"Urghh sabar jelah aku dengan mamat ni" omel Eunha sambil menghela nafas. Kekadang geli pula dengan ayat Mingyu tu.
Tetiba ada satu kereta hitam yang lalu dan berhenti tepat dihadapan pagar sekolah. Sinb, Eunha dan Mingyu yang berada disitu pun dah dapat teka siapa yang turun dari kereta tu.
YOU ARE READING
Arrogant But Nice ✔
Fanfiction" Eee dasar sombong! Hmm tapi kadang ii caring juga mamat nih, hihi " Seungcheol x Yerin status : complete #svtgf #fanfic