ARROGANT BUT NICE 8
"Yerin? K-kau dah bertunang?!" soal Sinb terkejut selepas mendengar kata-kata Seungcheol tadi.
Yerin menarik lengan Sinb agar menjauhi kereta Seungcheol itu "Sinb..aku boleh jelaskan, tapi tolong jangan bagitau siapa-siapa..jeballl"
Sinb memandang muka Yerin yang sedang merayunya dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
"Baiklah, tapi please explain kat aku apa yang berlaku sebenarnya nae?" balas Sinb dengan keputusannya.
Yerin menarik nafas lega "thanks Sinb. Petang ni kita jumpa lagi kat kafe, kita berdua je, nanti aku explain..tapi please jangan bagitau sesiapa pun pasal ni eoh?" pintanya.
Sinb menggangguk faham "okey, aku nak balik naik bas je. Better kau balik dengan Seungcheol cepat sebelum orang lain curiga" pesannya.
"Um, gumawo Sinb" ucap Yerin.
Sinb membalas dengan anggukan lalu terus berjalan pergi. Yerin pula terus berlari masuk kedalam kereta Seungcheol semula.
"Eh, kawan kau tak tumpang?" soal Seungcheol hairan, tadi dia ingat nak tumpangkan kawan Yerin iaitu Sinb sekali.
"Dia balik naik bas" balas Yerin dingin sambil melemparkan pandangan keluar tingkap. Dia geram dengan perangai Seungcheol sekarang.
"Dan bukan ke saya dah cakap tak payah ambil? Kenapa datang juga?" soalnya bernada kesal.
Seungcheol membalas dengan santai "ini tugas aku, sebagai tunang kenalah ambil dan hantar kau. Lagipun aku dah janji kena jaga kau pada omma dan appa"
"Omma dan appa?" Yerin memasang ekspresi jengkel.
"Well, lepas kita kahwin nanti memang dorang akan jadi omma dan appa aku kan?" kata Seungcheol lagi sambil menayangkan senyum bangga.
"Pakcik tak sedar diri, jangan harap!" ledik Yerin meluat.
Seungcheol hanya terkekeh lalu memulakan pemanduannya untuk pulang.
Sedangkan Yerin masih berasa resah sekarang. Sinb dah tahu tentang petunangannya. 'Boleh ke benda ni jadi lebih teruk? Aku harap tak'
*
*
*
Yerin dan Seungcheol yang baru saja tiba dirumah. Seungcheol berjalan kedapur untuk minum air kerana haus. Lepas balik kerja, terus dia ambil Yerin dari sekolah. Inilah akibat kahwin dengan gadis muda.
Yerin yang masih berdiri diruangtamu pula melihat sekeliling. Dia mencari oppanya Dokyeom. Sepatutnya dah balik sama waktu, kenapa tak balik lagi?
"Oppa?" Yerin memasuki bilik Dokyeom. Dan betullah, Dokyeom masih belum balik lagi.
"Oppa kau takde" ujar Seungcheol yang kebetulan lalu dibilik Dokyeom. Dia ternampak Yerin disitu.
Yerin memutarkan bebola matanya "tau, mestilah dia tak balik sekolah lagi kan" balasnya santai.
"Tak, dia ada camp kat sekolah. Tiga hari dua malam" ujar Seungcheol lagi.
Yerin membulatkan matanya "mwo? Camp? Kenapa dia tak cakap kat saya pun?"
"Cis, diakan pelajar tahun akhir, semuanya mendadak lah" balas Seungcheol lalu berjalan semula keruangtamu bawah.
"Oh ye, jadi malam ni cuma ada kita berdua je lah" tambahnya sambil tersenyum senget lalu duduk disofa sambil memasang televisyen.
Yerin mengelidik geli lalu berlari masuk kedalam biliknya. Dia juga mengunci pintu biliknya.
'Heol, ahjumma Cho kan ada? Saja nak takutkan aku lah tu' gumam Yerin sambil duduk dibirai katilnya.
YOU ARE READING
Arrogant But Nice ✔
Fanfiction" Eee dasar sombong! Hmm tapi kadang ii caring juga mamat nih, hihi " Seungcheol x Yerin status : complete #svtgf #fanfic