3 || fiance?

519 60 7
                                    

ARROGANT BUT NICE 3




"Woah...besarnya rumah ni" kata Yerin sambil takjub melihat rumah milik keluarga Choi. Sangat besar, perabot dan barangan semua kemas dan tersusun. Memang macam istana, acewah.

"Cheol, tunjukkan bilik untuk Yerin dan Dokyeom ye, omma nak dan Encik serta Puan Jung nak berbual di dapur kejap" pesan Puan Choi.

Seungcheol hanya membalas dengan anggukan sementara melihat Ommanya dan suami isteri Jung berjalan pergi.

"Hyung, dimana bilik Yeom?" soal Dokyeom. Rasanya kena panggil Hyung pada orang yang lebih tua darinya.

"Ditingkat atas, sebelah kanan" balas Seungcheol sambil menunjuk kearah tangga.

Dokyeom mengangguk lalu berjalan pergi menaiki tangga sambil membawa bagasinya kebilik.

"S-seungcheol?" panggil Yerin sambil menggaru lehernya yang tak gatal. Entah la kenapa rasa akward bila panggil nama 'sepatutnya aku panggil je dia pakcik, dia nampak tua'

"Hm?" soal Seungcheol sambil mengangkat sebelah keningnya hairan.

"Mana bilik saya?" soal Yerin.

"Sebelah bilik oppa kau, kat atas hah" jawab Seungcheol lalu berjalan menaiki tangga.

Yerin hanya melopong melihat Seungcheol 'dasar pakcik tua, tak rasa nak tolong angkat beg ni ke hah? Dah la berat..omma!' jeritnya dalam hati.

"Hiyak! Urghhh huhhh" termengah-mengah Yerin mengangkat bagasinya untuk naik ketingkat atas. Begnya bukannya ringan. Ada barangan serta pakaian untuk seminggu!!

Sesaat Yerin terkejut selepas seseorang menarik beg dari tangannya. Yerin mendongak 'pakcik?'

"Angkat beg pun lembab" kata Seungcheol yang sudah mendapat beg Yerin "bawa batu agaknya" katanya dingin lalu berjalan naik keatas bersama beg Yerin.

Yerin hanya menatapnya hairan 'dia tolong angkat beg, tapi cakap macam tu. Nak kata baik ke jahat?'

*

*

*

"Ni bilik kau" kata Seungcheol sambil meletakkan beg Yerin ditepi pintu.

Yerin memasuki biliknya, matanya meliar memerhati sekeliling "woah daebak...betul ke ni bilik saya?" soalnya tak percaya.

"Dah tu, takkan kau nak tinggal dekat bilik bawah tanah?" soal Seungcheol datar.

Yerin mencebik 'orang tanya elok² kot..'

"Dah, ni bilik kau ok? Kalau nak apa² jangan panggil aku, panggil maid hah" kata Seungcheol lalu terus pergi dari bilik itu.

Yerin menghentak kaki 'perangai macam apa lagi..untunglah sepupu, kalau tak..huh'

*

*

*

Dokyeom yang berada dibiliknya sedang bermain PSP dikatil. Dia juga tak tahu kenapa omma dan appanya beria sangat nak ke daegu. Jadi dia hanya ikut walaupun ragu.

Tokk tokk

"Oh, masuklah, tak kunci pun" sahut Dokyeom selepas mendengar ketukan pintu. Pintu pun terbuka, ianya adalah Puan Jung.

Puan Jung tersenyum dimuka pintu "boleh omma masuk?" soalnya.

Dokyeom ketawa "mestilah boleh, kenapa nak minta kebenaran pula? Omma nih..lagipun ni bukan rumah kita"

Puan Jung ikut ketawa lalu berjalan masuk kedalam bilik Dokyeom.

"Ada apa omma datang bilik Yeom ni?" soal Dokyeom hairan.

"Ni, omma nak kamu turun masa makan malam nanti, ajak adik kamu sekali ok. Kita akan kumpul ramai² kat meja makan nanti" pesan Puan Jung.

Dokyeom sedikit curiga "macam ada apa-apa jeni. Kenapa nak kumpul ramai ni? Ada makan besar ke?!" soalnya teruja. Bab makan memang no1

Walaupun jawapan Dokyeom salah, Puan Jung tersenyum "yup, makan besar hah. Jangan lupa turun nanti ok, ajak Yerin sekali"

Dokyeom mengangguk laju "arraseo omma" balasnya sambil tersenyum lebar.

*

*

*

Malam...

"Seungcheol" panggil Puan Choi yang melihat Seungcheol melalui dapur.

Seungcheol pun berjalan kearah Puan Choi. Disitu ada Puan dan Encik Jung juga "ada apa omma?"

Encik Jung menarik kerusi disebelahnya "duduklah dulu Cheol"

"Ah, nae ahjushi" balas Seungcheol lalu duduk disebelah Encik Jung "ada apa ni?" soal Seungcheol hairan.

"Kejap nanti omma bagitau ye, Cheol tunggu je" senyum Puan Choi. Sedangkan Seungcheol hanya memandang semua orang disitu hairan 'apa semua ni?'

Tak lama kemudian, Dokyeom pun datang. Tak lupa juga Yerin dibelakangnya. Kini mereka semua duduk dimeja makan beramai-ramai. Semua memandang sesama sendiri.

"Omma kata ada makan besar? Tak ada makanan pun atas meja ni?" soal Dokyeom yang terkejut melihat meja makan yang kosong. Yang ada cuma air teh dan roti prancis je.

"Ok semua dengar sini ye" Encik Jung tetiba bangun, membuatkan Yerin, Dokyeom dan Seungcheol berada tak sedap hati.

"Appa.." gumam Yerin dan Dokyeom kerana hairan melihat Encik Jung.

Encik Jung tersenyum. Disitu Puan Choi dan Puan Jung juga tersenyum "sebenarnya kami ada hal penting nak cakap" kata Encik Jung.

Semua duduk menegak, tak sabar nak tahu apa yang bakal Encik Jung ucapkan nanti.

"Kami semua dah rancang dan setuju untuk tunangkan Seungcheol dan Yerin dalam masa terdekat ni" ujar Encik Jung sambil tersenyum.

"Mwo?!" Seungcheol yang sedang menghirup air teh itu tersedak. Manakala Yerin pula melopong tak percaya.












BERSAMBUNG....

Pendek je chapter ni 😶 amaygad, rasanya apalah akan jadi nanti? Yerin dan Seungcheol terima tak? 😂 wait for next chapter ok. Vote and komen juseyeo ♡

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now