4 || adore

506 59 4
                                    

ARROGANT BUT NICE 4






Suasana dimeja makan kini hening. Tiada sesiapun disitu. Kecuali Dokyeom~

Selepas mendengar kata-kata dari Encik Jung tadi, Seungcheol dan Yerin masing² terkejut lalu berlari naik ke bilik masing². Omma dan appa mereka juga ikut anak masing² lah.

Manakala Dokyeom pula masih berada dimeja makan. Sedang menunggu makanannya seorang diri dengan suram 'mana makan besar~'

*

*

*

"Apa yang omma cuba buat ni? Kenapa nak tunangkan Cheol dengan budak tu?" soal Seungcheol. Kini dia dan Puan Choi ada dibiliknya.

Puan Choi menggeleng "apa salahnya? Dia comel kan? Lagipun omma nak kamu bertunang dengan Yerin supaya senang dan masa depan kamu pun cerah"

"But why? Cheol boleh boleh pilih sendiri kan calon tunang Cheol. Kenapa mesti budak sepupu tu?"

"Sebenarnya ada sebab kenapa Cheol kena tunang dengan Yerin tu" ujar Puan Choi "tak lama lagi omma dan appa Yerin akan ke jepun selama tiga tahun, dan tak ada sesiapa nak jaga dia. Jadi kami rancang untuk satukan kamu berdua. Jadi kamu bolehlah jaga Yerin nanti"

"Tiga tahun? Kenapa boleh lama macam tu? Dan kenapa mesti Cheol? Tak ada orang lain dah?" soal Seungcheol bertubi-tubi.

Puan Choi menggeleng "mereka hanya percaya kamu. Lagipun omma pun percaya kamu boleh jaga Yerin. Mereka pergi lama sebab ada hal kerja penting lah..omma harap kamu terima eoh?"

Seungcheol mengeluh "omma rasa kami sesuai ke nak bertunang sekali?"

"Yup, omma yakin kamu akan bahagia dengan Yerin, walaupun dia masih seorang pelajar sekolah tinggi, umur dia dah nak 19 ,jadi takpelah" ujar Puan Choi.

"Jadi, kamu setuju tak untuk betunang?" soal Puan Choi. Seungcheol menggigit bibir bawahnya. Entah macam mana nak menjawabnya.

*

*

*

"Yerin" Puan Jung dan Encik memanggil Yerin yang sedang berpeluk lutut diatas katil. Mereka tahu bahawa Yerin sedang marah masa tu.

Puan Jung menggosok bahu Yerin "Yerin-ah, kamu ok?" soalnya.

Yerin memandang Puan Jung "omma tanya Rin ok ke tak? Rin tak ok omma..omma nak kahwinkan Rin, macam mana Rin nak ok nya?"

"Jadi sebab ni lah omma dan appa beria sangat nak bawa Rin ke daegu? Rin tak nak kahwin dengan ahjusshi tu!" bantah Yerin tak suka.

Encik Jung duduk disisi katil Yerin "Rin, bukan kahwin, kamu cuma bertunang je hah. Dan janganlah panggil Seungcheol tu ahjusshi"

"Macam mana Rin tak panggil dia ahjusshi? Dia kan tua tiga-empat tahun dari Rin? Omma dan appa kenapa nak tunangkan Rin? Apa salah Rin?" soal Yerin sambil menayangkan muka sedih.

Encik Jung dan Puan Jung saling berpandangan antara satu sama lain. Kali ini, Puan Jung jelah yang cakap.

"Rin, biar omma jelaskan apa sebenarnya perancangan kami eoh?" kata Puan Jung membuka suara. Yerin memandang Puan Jung sambil menunggu ucapan selebihnya.

"Macam ni, omma dan appa..akan ke jepun, tiga tahun. Jadi kami akan tinggalkan kamu dalam waktu yang lama. Masalahya kamu masih muda dan omma takut Rin jadi apa-apa nanti. Jadi omma dan appa tunangkan Rin dengan Seungcheol supaya Seungcheol boleh jaga Rin masa omma dan appa tak ada nanti. Ini semua demi Rin sayang.." terang Puan Jung.

Yerin menangis perlahan "jadi omma dan appa akan ke Jepun? Tiga tahun? Omma dan appa akan tinggalkan Rin? Sampai hati omma dan appa buat Rin macam ni..."

"Sebab kami sayangkan Rin lah kami tunangkan Rin dengan Seungcheol, kami nak Rin selamat..Rin terima eoh?" soal Puan Jung sambil memeluk Yerin.

'Demi kebaikan? Jadi aku akan bertunang dengan Seungcheol supaya dia dapat menjaga aku selama omma dan appa tak ada?' gumam Yerin dalam hati 'patut ke aku terima?'

'Omma dan appa akan pergi..' gumam Yerin lagi sedih. "Kalau omma dan appa tunangkan Rin sebab nak Seungcheol jagakan Rin selama omma dan appa tak ada..Rin akan terima" kata Yerin.

Puan Jung dan Encik Jung tersenyum bahagia "betul ni kamu terima untuk bertunang dengan Seungcheol?" soal mereka lagi.

Yerin mengusap air matanya sambil mengangguk 'serah pada takdirlah~'

*

*

*

Seperti kilat hah, tiga hari kemudian, kedua keluarga Choi dan Jung sedang bersiap untuk majlis bertunang anak mereka.

"Cheol bawa Yerin pergi ambil baju kat butik eoh" pesan Puan Choi yang baru saja memasuki bilik anaknya itu.

Seungcheol membalas dengan anggukan "Cheol nak tukar baju dulu"

"Nae" balas Puan Choi tersenyum lalu berjalan keluar dari sana.

Seungcheol menghela nafas. Tak sangka pula dia akan bertunang dengan Yerin. Jadi dia kena jaga Yerin sendiri nanti? Boleh ke dia lakukan? Dan adakah dia sukakan Yerin?

*

*

*

Yerin sedang mengikat rambutnya seperti biasa. Dia baru saja bersiap untuk keluar. Puan Jung dah bagitau Yerin yang dia akan keluar dengan Seungcheol ke butik. Jadi Yerin pun bersiap.

Tokk tokk

'Mesti tu Seungcheol' gumam Yerin malas. Dia pun berlari lalu membuka pintu. Kelihatan Seungcheol sudah berdiri terpacak dihadapan pintunya.

"Palli ke kereta, aku bagi masa lima minit" kata Seungcheol.

"Hmp! Tak payah tunggu lima minit, saya dah siap pun" kata Yerin lalu berjalan keluar dari biliknya dengan sedikit menujuk.

Seungcheol hanya menggeleng 'apasajalah dia ni' dia pun menyusul Yerin dari belakang, dan mereka pun menuju kearah kereta milik Seungcheol.

*

*

*

Dalam kereta, kedua mereka hanya senyap. Yang bersuara sekarang hanyalah radio dalam kereta itu.

"Kita nak ke butik mana? Lama lagi ke nak sampai?" soal Yerin sambil memandang keluar tingkap.

Seungcheol yang sedang memandu itu melirik Yerin sekilas "dalam lima belas minit lagi sampai lah, kau nak ke tandas eh?"

"Ihh! Mana ada!" marah Yerin sambil memandang Seungcheol dengan tajam.

"Wowo, janganlah marah, orang tanya je kot" kata Seungcheol sambil meneruskan pemanduannya.

Yerin hanya menjeling kearah lain lalu mencebik.















BERSAMBUNG...

wee, macam manalah masa dorang pilih baju nanti? Wait for next chapter ok. Vote and komen juseyeo 💞

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now