1 || Daegu?

972 71 8
                                    

ARROGANT BUT NICE 1







"Mwo? Kita akan ke daegu? Untuk apa?" soal Yerin yang sedang makan malam bersama ahli keluarganya. Ada Puan Jung, Encik Jung dan oppanya Dokyeom.

"Um, adalah. Omma nak kamu ikut sekali tau, kita akan kesana selama seminggu" ujar Puan Jung.

Yerin mengerutkan dahi "seminggu? Habis tu sekolah Rin macam mana pula?"

"Kalau pasal tu jangan risau, appa dan bagitau pengetua sekolah dah, dan dia benarkan kamu ambil cuti" kata Encik Jung pula.

"Dokyeom oppa macam mana pula?" soal Yerin lagi sambil menujuk kearah Dokyeom yang sedang mengunyah telur gulung.

"Well, oppa ikut sekali lah. Kan omma dah kata, satu family kita akan pergi" balas Dokyeom.

Yerin mencebik "tapi..kan kita tak ada ahli keluarga dekat daegu? Rumah heolmoni kan kat jeju? Kenapa kena ke daegu? Omma dan appa nak buat apa kat sana?" soalnya bertubi-tubi.

"Er..nanti kamu akan tahu sendiri lah, dah. Makan sampai habis, lepas tu pergi tidur nae" pesan Puan Jung.

Yerin hanya menarik muncung 'kenapa lah omma dan appa beria sangat nak ke daegu..' gumamnya curiga.

*

*

*

"Oppa, oppa tahu tak kenapa omma dan appa nak bawa kita ke daegu?" soal Yerin kepada Dokyeom.

Kini mereka kedua dalam perjalanan ke sekolah tinggi seoul. Mereka ke sekolah dengan driver mereka. Harini adalah hari terakhir mereka ke sekolah sebelum bercuti selama seminggu esok.

Dokyeom hanya memandang keluar tingkap "molla, omma dan appa tak bagitau apa pun kat oppa"

"Kamu ikut jelah, kenapa tetiba tanya? Kamu tak suka ke daegu?" soal Dokyeom pula.

Yerin menggeleng "aniya, Rin cuma hairan je. Omma dan appa tetiba je nak ke daegu, mesti ada apa² ni"

Dokyeom tersenyum "tak ada apa-apa lah, maybe omma dan appa nak bawa kita pergi holiday kot. Think positif ok"

"Hm, yelah" balas Yerin sambil tersenyum getir.

*

*

*

SEOUL HIGHSCHOOL

Yerin berjalan masuk ke kelasnya. Dia dan Dokyeom cuma berbeza dua tahun. Dokyeom adalah pelajar tahun akhir a.k.a senior sekolah. Manakala Yerin pula pelajar pra akhir a.k.a junior. Bertuah lah sebab mereka adik beradik.

"Yerin!" sapa SinB selepas melihat Yerin berjalan memasuki kelas itu. SinB ialah kawan baik kepada Yerin. Selain SinB, Eunha dan Umji pun kawan baik Yerin juga.

"Hai Sinb, hai Eunha" balas Yerin sambil tersenyum lalu duduk ditempatnya. Dia duduk duduk disebelah Sinb.

Eunha pula duduk dengan Umji didepan meja mereka.

"Yah Yerin, aku ada beli empat tiket konsert bigbang, kita pergi sama-sama nak? Umji dan Eunha pun setuju nak ikut" ajak SinB.

Yerin menggigit bibir bawahnya "em..rasanya tak boleh kot"

"Lah..kenapa? Kan kau minat bigbang? Omma dan appa kau tak bagi keluar eh?" soal Sinb bernada kecewa. Eunha dan Umji juga berasa sedikit kecewa.

"Aniya, sebenarnya esok aku takkan datang sekolah. Selama seminggu~ aku dan family aku akan ke daegu" ujarnya.

"Daegu? Wah bestnya. Kau kesana buat apa? Melancong?" soal Eunha.

Yerin menggeleng "molla, mungkin yelah kot, sorry eh sebab tak dapat ikut korang"

"Gwenchana, kita boleh pergi lain kali kan, haha" kata Umji mencairkan susana tak selesa. Dan yang lai juga ikut ketawa.

*

*

*

Disebuah syarikat. Seorang pekerja wanita a.k.a setiausaha sedang berjalan masuk kedalam bilik CEO syarikatnya.

"Selamat pagi Tuan Seungcheol" sapanya sambil membongkok hormat.

Namja kacak nan kemas berpakaian a.k.a CEO syarikat yang bernama Seungcheol itu pun mendongak. Dia sedang menyemak beberap asigment tadi "hm?"

"Tadi Puan Choi ada call saya. Dia tanya kenapa Tuan tak angkat call dia?" soal setiausaha yang bernama Mina itu.

Seungcheol melihat telefonnya sekilas "ah, saya silentkan telefon. Sebab tu tak perasan, ada apa yah?" soalnya.

"Puan Choi pesan suruh Tuan ambil cuti seminggu dari esok. Pasal urusan lain, pembantu Tuan yang akan uruskan"

"Hah? Ambil cuti?" soal Seungcheol terkejut. Dia kan CEO? Asal nak kena ambil cuti?

"Kenapa Tuan?" soal Mina hairan.

Seungcheol menggeleng lalu berdehem "aniya, kau boleh keluar sekarang" ujarnya.

Mina mengangguk lalu berjalan pergi meninggalkan ruangan pejabat Seungcheol.

'Apasal omma nak suruh ambil cuti? Padahal dia yang selalu paksa aku kerja' gumam Seungcheol hairan.

Seungcheol ialah seorang namja berumur 23 tahun. Dia adalah anak tunggal dalam keluarga. Encik Choi a.k.a appa Seungcheol dah meninggal lima tahun lepas, kini Seungcheol lah yang mengganti tempat appanya sebagai CEO di syarikat Pledis. Seungcheol adalah seorang yang tegas dan garang. Tapi caring juga sikit².









BERSAMBUNG...

#Cheolrin couple! Maaf sebab pendek. Ini just untuk pengenalan. Mingyu tak muncul lagi, hehe maybe dia akan muncul di next chapter. Vote and komen juseyeo 💞

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now