ARROGANT BUT NICE 15
"Makan malam? Dekat rumah kau, dengan omma kau?" soal Seungcheol. Dan Pinky mengangguk "omma saya nak jumpa awak, kalau tak..dia tak percaya yang saya dah ada boyfri-- maksud saya fake boyfriend lah"
Seungcheol mengangguk faham "parah sangat ke omma kau tu? Sampai kau nak aku jadi fake boyfriend kau?"
Pinky menjoget bahu "well..dia cuma nak jodohkan saya dengan orang asing, ekceli saya ok je" ujarnya. "Habistu, kenapa kau buat macam ni pula sekarang?" soal Seungcheol hairan. Nak juga dia tahu.
"Like semua orang, saya taknak kahwin or ada hubungan dengan orang tanpa rasa cinta. Understand now?" terang Pinky.
"Ah..okok" balas Seungcheol faham. "So..malam hujung minggu ni awak boleh datang tak? Nak saya jemput atau apa?" soal Pinky.
Seungcheol menggeleng "aku akan datang nanti. Takpe aku boleh datang sendiri. Kau tak payah jemput" balasnya. Pinky tersenyum "okey, saya akan bagi awak alamat saya nanti"
"Okey" balas Seungcheol lalu berjalan keluar dari pejabat Pinky. 'Sama waktu dengan majlis hari jadi kawan Yerin tu..harap takada masalah nanti' gumamnya sendiri.
.
.
.
Seperti yang ia dapat tadi, sekarang Yerin dah ada dirooftop. Kertas memo kecil yang dia dapat tadi ada ditangannya. Dan dia melihat sekeliling.
Tak ada sesiapa pun kat sini sekarang, kecuali dirinya. 'Siapa yang suruh jumpa nih? Suruh jumpa..tapi tak ada sesiapa pun?' gumam Yerin sendiri.
Dah letih kaki dia berdiri dari tadi. Macam tunggu hantu pula. Dahla waktu sekolah dah habis lama. Mesti Dokyeom risau 'ah..mesti oppa akan tanya kenapa balik lambat'
Tap tap
Yerin menoleh kepintu rooftop. Orang yang dimaksudkan telah datang. Baru je datang dengan bergayanya "Mingyu?""Jadi awak yang suruh saya datang sini?" soal Yerin hairan. Mingyu membalas dengan deheman lalu berjalan mendekat ke dinding lalu bersandar disana.
"Kenapa ajak jumpa?" soal Yerin lagi. Tapi dia tahu, si Mingyu ni kalau cakap, mesti cakap sesuatu yang tak berfaedah je "kalau nak cakap pasal hal tak penting dan merepek, saya nak balik jelah"
"Tunggu"
Baik Yerin yang baru je nak pergi terus berhenti dan memandang ke Mingyu semula "apa? Palli lah cakap" ujarnya malas.
"Aku nak tanya pasal sesuatu nih" kata Mingyu sambil memandang ke Yerin "pasal kau". Yerin memandangnya hairan "pasal saya? Tanya jelah" balasnya ingin tahu.
"Tadi masa aku datang sekolah kan... Aku nampak kau datang dengan kereta kan? Pelik..setahu aku, kau selalu datang sekolah dengan Sinb naik bas" kata Mingyu.
Yerin diam sebentar. Kenapa Mingyu baru perasan sekarang? Padahal dah seminggu lebih dia datang naik kereta. Ah, mungkin Mingyu baru perasan sebab dia datang awal harini,selalunya datang lambat "saya memang dah datang sekolah naik kereta ke sekolah sekarang. Apa masalahnya dengan awak hah?"
Mingyu tersenyum ejek "masalahnya, aku nak tahu..siapa namja yang hantar kau tu? Aku tahu tu bukan oppa kau kan?" soalnya.
'Dia maksudkan Seungcheol ke' soal Yerin ragu². "Tak kisahla siapa pun. Yang penting dia tak ada kaitan pun dengan awak. Huh"
"Aku dengar dia panggil kau sayang bagai, ah...jangan² kau dan lelaki tu ada apa² eh? Lagipun aku nampak dia dan kau bukan macam kawan biasa je" soal Mingyu lagi.
"I-itu.." Yerin jadi tak tahu nak jawab apa. Yang dia tahu, dia dalam krisis besar sekarang. Takkanlah Mingyu dah tahu yang Yerin dan bertunang awal? Hell no!
"Itu bukan hal awaklah" kata Yerin tegas lalu berlari pergi dari kawasan rooftop. Baik dia pergi sebelum Mingyu tanya atau cakap macam² nanti. Hhh.
'Mesti ada sesuatu dengan dia dan lelaki yang selalu hantar dia kesekolah tu..' gumam Mingyu. Dia harus cari tahu tentang ni.
.
.
.
'Gila' gumam Yerin selepas dia selamat keluar dari kawasan sekolah. Dah betul apa yang dia rasakan tadi. Mingyu mesti akan cakap sesuatu yang pelik.
Hhh, kalau dia tahulah orang yang nak jumpa dia tadi Mingyu, dia takkan pergi hah.
Sekarang ni dia sedang berjalan untuk pulang seorang diri. Nak tahu apa lagi? Dia terlepas bas! Sebab tulah dia kena berjalan kaki sendiri sekarang.
'Penatnya..' gumamnya malas. Selalunya dia balik naik bas, kereta.. Paling tak dulu dia kesekolah naik basikal. Tetiba hari ni jalan kaki pula.
Wahai nasibbb. Akibat penat sangat dan cuaca panas, jadi dia bercadang singgah ke kedai runcit berdekatan. Beli aiskrim dan air dulu. Lapar pula perut.
'Ah bateri habis pula..' gumam Yerin selepas melihat telefonnya yang ada dalam beg. Semalam lupa cas. Ingatkan nak bagitau Dokyeom oppa yang dia akan balik lambat sikit.
'Hmm takpelah, balik nanti bagitaulah' gumamnya malas lalu sambung makan aiskrim lagi.
Sampailah ada seseorang yang datang menegurnya "Jung Yerin?"
.
.
.
Dokyeom sedang gusar. Siapa yang tak gusar dan risau kalau satu-satunya adik perempuannya yang sepatutnya balik pukul dua dan sekarang dah pukul lima tak balik lagi!?
'Hhh..mana pula Yerin nih? Sepatutya dia dah ada rumah tiga jam yang lalu' gumam Dokyeom sendiri. Dia dah cuba telefon Yerin, tapi tak dapat.
Baru je dia raih jaketnya untuk keluar mencari Yerin kat sekolah, pintu bel rumahnya berbunyi.
Ting tong~
Dokyeom terus berlari kepintu depan lalu membukanya "Yerin!" serunya selepas melihat Yerin ada depan pintu sambil menghirup air amerikano dengan santai "yah Rin dari mana hah? Asal balik lambat?"
"Ehem" Dokyeom melihat kearah suara seseorang yang ada dibelakang Yerin "eoh..Y-Yuju?" dia terus melepaskan pelukan Yerin.
"Oppa, sorry sebab balik lambat!" ucap Yerin sambil buat puppy eyes "tadi Rin tertinggal bas..Rin baliklah jalan kaki, and then singgah kedai kejap sebab lapar, Rin makan aiskrim, air, roti~ hehe.. Dan akhirnya Rin terjumpa dengan Yuju sunbae. Dia belanja americano, bawa Rin jalan² kejap dan akhirnya dia hantar Rin balik" jelasnya panjang lebar.
Yang mendengar itu cuma mengangguk faham "owh...ish, ingatkan Rin sesat ke, kena culik ke.. Risau oppa. Oklah Rin pergi naik atas dan bersihkan diri dulu. Busukkk"
Yerin mencebik "yelah" balasnya lalu berjalan masuk kedalam rumah dengan malas. Kini cuma tinggal Yuju dan Dokyeom je depan pintu.
"Btw terima kasih sebab hantar adik saya balik" ucap Dokyeom sambil bow sekali. Akward~ "cheonma, tadi saya ke kedai sebab nak beli sesuatu lepas tu terserempak dengan dia" balas Yuju.
"Tapi..macam mana awak tahu yang Yerin tu adik saya?" soal Dokyeom hairan. Yuju menggaru lehernya tak gatal "oh itu...."
Berjeda lama sangat.. "Oh mesti sebab awak sunbae dia kan?" teka Dokyeom. Yuju mengangguk kekok "haah, betultu. Saya sunbae dia. Jadi kenallah" balasnya.
"Um..saya balik dulu ye. Jumpa kat sekolah esok ye Seokmin-ah" ucap Yuju sambil bow lalu terus berjalan pergi.
Dokyeom tersenyum sambil melambai kearah Yuju "yea jumpa esok.." balasnya sendiri. 'Dia panggil nama real aku, heheh'
BERSAMBUNG...
Sorry pendek je chapter ni. Chapter lepas ni semua pasal party Eunha dan makan malam Pinky tu yeee. Sabar. Vote and Komen juseyo! 😂😘💞
YOU ARE READING
Arrogant But Nice ✔
Fanfiction" Eee dasar sombong! Hmm tapi kadang ii caring juga mamat nih, hihi " Seungcheol x Yerin status : complete #svtgf #fanfic