ARROGANT BUT NICE 7
Selepas pulang ke seoul, seperti dikatakan. Keesokannya Yerin dah mula sekolah. Jadi Seungcheol lah yang menghantar Yerin dan Dokyeom ke sekolah.
"Stop kat tepi jalan ni" arah Yerin yang duduk diseat depan, bersebelahan dengan Seungcheol. Dokyeom dibelakang.
Dokyeom mengerutkan dahinya "Rin, kan sekolah jauh lagi. Kenapa nak suruh berhenti sini pulak?"
Yerin mencebik, dia cuma taknak kawan-kawan dia nampak Seungcheol nanti. Mesti mereka akan tanya bukan-bukan. Dia tak nak dilabel sebagai gadis muda yang bertunang awal, padahal memang itu fakta yang terjadi padanya.
"Hmm yelah, hantarlah sampai depan pagar" ujarnya pasrah.
Seketika Seungcheol tersenyum suka. Lalu dia pun meneruskan pemanduannya ke sekolah Yerin.
*
*
*
"Thanks sebab hantarkan Yeom hyung! Yeom masuk kelas dulu!" ucap Dokyeom sebaik saja turun dari kereta. Dia pun berlari masuk kedalam kawasan sekolah.
Yerin juga ingin turun, namun seketika tangannya ditahan oleh Seungcheol "e-eh, waeyo?" soalnya terkejut.
"Balik nanti, aku ambil kau disini" pesan Seungcheol.
Yerin menarik semula tangannya "aniya, saya akan balik dengan kawan-kawan saya naik bas. Awak boleh pergi kerja" tolaknya lalu terus keluar dari kereta.
Belum sempat Seungcheol berkata-kata lagi, Yerin terus berlari masuk kedalam sekolah juga.
Seungcheol hanya mampu menggeleng. Selepas bayang-bayang Yerin hilang dari pandangannya, Seungcheol terus memandu pergi ke tempat kerjanya.
*
*
*
Yerin berjalan masuk kedalam kelasnya dengan santai. Seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
"Yerin! Ah Yerin dah datang!" jerit Umji sambil melambai kearah Yerin.
Yerin terkekeh "yah, slow lah sikit suara tu. Malu tau tak" omelnya.
Sinb dan Eunha tersenyum sambil melihat Yerin yang sedang duduk ditempatnya.
"Macam mana holiday? Best?" soal Eunha ingin tahu "mesti bestkan pergi makan angin dekat daegu?" tambahnya.
'Best? Malang lagi adalah..kena bertunang dengan pakcik tua, huaa' jerit Yerin dalam hati "Hm, best" balasnya pendek.
"Oh ye, kau chat kat aku kata omma dan appa kau ke jepun eh? Betul ke beb?" soal Sinb
Yerin mengangguk mengiyakannya "haah, dorang dah pergi semalam. Tu yang aku dan oppa aku terus balik sini"
Eunha menunjukkan muka iba "jadi kau cuma tinggal dengan oppa kau si Dokyeom tu je lah? Weh tak takut ke? Mesti korang akan lapar nanti kan?"
"Takdelah, aku dan oppa aku kan dah besar. Lapar? Maid aku kan ada, hehe" jawab Yerin tersenyum.
Tak, dia takkan ceritakan pasal Seungcheol sekarang.
*
*
*
"Rin, kau nak pergi mana? Kantin kan kat depan lagi?" soal Sinb hairan. Eunha dan Umji sudah pun berjalan kedepan.
Yerin tersengih "aku nak ketandas kejap, nanti aku join korang eh"
"Hm, nak aku temankan ke?" soal Sinb lagi.
YOU ARE READING
Arrogant But Nice ✔
Fanfiction" Eee dasar sombong! Hmm tapi kadang ii caring juga mamat nih, hihi " Seungcheol x Yerin status : complete #svtgf #fanfic