18 || un-heart

386 46 3
                                    

ARROGANT BUT NICE 18





"Sorry lambat Rin, tadi ada ha-- eh?" Seungcheol yang baru saja tiba dekat dengan rumah Eunha terdiam. Dia datang kesana sebab nak menjemput Yerin. Tapi kenapa ada kawan² Yerin sekali? Bukan ke dia taknak kawan² dia tahu tentang Seungcheol?

Yerin tersenyum kekok kearah Seungcheol sambil menoleh semula melihat empat rakannya di belakang "weh apasal korang ikut aku hah?"

Eunha mencebik "halah, aku nak tengok suami kau je. Salah ke?"

"Bukan suami! Tapi tunang lah!" ledik Yerin separa berbisik "eh mana Umji dan Sinb?" soal Yerin setelah sedar Umji dan Sinb tak ada dengan Eunha dan Sowon.

Selepas dia menoleh semula ke depan, kelihatan ada Umji dan Sinb yang sedang berdiri ditepi Seungcheol sambil cuba berbual mesra. Yerin hanya menatap mereka dengan tajam.

"Beb, aku rasa Yerin tengah cemburu lah" bisik Sowon pada Eunha. "Kan kan, haha dia memang sukakan Seungcheol lah tu maksudnya" balas Eunha lalu mereka pun menahan ketawa melihat Yerin.

"Ohhh, jadi dah tiga bulan awak bertunang ngan Yerin?" soal Sinb. "N-nae" balas Seungcheol kekok. Tetiba boleh disapa pula oleh dua dari empat kawan Yerin. Rasa akward.

"Wahhh awak hensem, patutlah Yerin boleh suka dekat awak ehh" puji Umji sambil terkekeh suka "dahla hensem, sado pula tu, hehe"

"Ohh terima kasih sebab puji" Seungcheol lagi² cuma tersenyum kekok. Masih akward, tapi dia terasa bangga pula dipuji semacam tu.

Tak puas hati melihat Umji dan Sinb yang asyik cuba menempel dengan Seungcheol, Yerin menarik mereka ke arah Sowon dan Eunha semula "korang, aku balik dulu okey! Jumpa esok!" ujarnya lalu masuk kedalam kereta Seungcheol lalu menutupnya dengan sedikit kuat.

Sengaja.

"Hehehh kitorang baru cuba nak borak² dengan Seungcheol tu. Kot²lah dia ada kawan yang hensem². Bolehla aku minta dia couplekan" cebik Umji."Kan², apalah Yerin tu" sambung Sinb.

Sowon hanya menggeleng "baik tak payah. Tadi pun Yerin nampak cemburu je masa kau tengah bercakap dengan Seungcheol tadi"

"Hah cemburu? Kau biar betul? Selalunya takde pun cemburu² nih?" soal Umji dan Sinb bersamaan.

"Itu tandanya, sekarang dia dah sayangkan si Seungcheol tu. Tak payahla usik tunang orang. btw Yerin dah berubah jadi matang pula lepas tunang nih" kata Eunha.

"Kan, aku harap dorang cepat² kahwin nanti" balas Sowon. Akhirnya Umji, Sinb dan Eunha mengangguk mengiyakan kata² dari Sowon.

.

.

.

"Bukan ke kau kata taknak kawan² kau tahu tentang aku? Tadi tu kenapa?" soal Seungcheol yang sedang memandu.

"Hmm...dah bocor, jadi saya cerita lah dekat dorang apa yang jadi sebenarnya. Jangan risau, cuma dorang tadi tu je yang tahu tentang semua ni" balas Yerin malas.

Seungcheol mengangguk faham "macam mana party tadi? Seronok?" soalnya ingin tahu. "Hmm bolehla" balas Yerin malas lagi.

Seungcheol akhirnya memandangnya hairan "kenapa ni? Kau nampak tak okey" soalnya.

"Saya okey" balas Yerin sambil menjeling keluar tingkap. Nampak sangat tak okey. "Ada yang tak kena eh? Ceritalah" bodek Seungcheol curiga.

"Tak ada apa²lah" elak Yerin lagi "nanti kalau awak nampak kawan² saya tu, awak tak payahlah layan" pesannya.

Seungcheol tersenyum "ohhhh jadi kau cemburu kalau aku layan kawan² kau eh?" ejeknya. "Mana ada, cuma tak sukalah" balas Yerin.

"Tak suka sebab cemburlah tu" kata Seungcheol lagi. Dan Yerin mencebik. Hhh susah betul nak faham hati perempuan nih.

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now