20 || fine you

355 44 2
                                    

ARROGANT BUT NICE 20




"Apa? Yerin lari?! Macam mana boleh jadi macam ni Cheol? Yeom?" soal Encik Jung sambil mencekak pinggang.

Puan Jung menggeleng "apa dah jadi sampai dia boleh bertindak lari macam ni eoh? Cuba bagitau omma dan appa ni" katanya.

"Yeom pun tak tahu omma, paginya dia okey. Balik sekolah terus dia balik dalam keadaan menangis dan kemas baju terus pergi macam tu je. Yeom rasa..ni mesti pasal Seungcheol hyung"

Mendengar itu, Encik dan Puan Jung terus memandang ke Seungcheol "Seungcheol? Kenapa eoh? Kamu dan Yerin bergaduh ke?" soal mereka.

Seungcheol menggeleng "aniya bukan macam tu appa, omma. Cheol pun tak tahu kenapa macam ni. Mungkin Yerin salah faham, tapi Seungcheol tak tahu apa tu"

Encik Jung mengeluh "dah tu sekarang macam mana? Dah malam ni. Yerin tu perempuan, appa risau"

"Tulah, kamu tak cuba cari dia ke cheol? Mungkin dia ada dekat² sini ke" soal Puan Jung.

"Cheol dah cari dekat² sini tapi tak ada, cheol nak pergi cari sekali lagi lah sekarang" kata Seungcheol lalu bangkit. Apapun dia kena cari Yerin sampai jumpa, dia risau kalau jadi perkara buruk pada Yerin nanti.

"Omma dan appa tunggu kat rumah, Cheol pergi dulu" kata Seungcheol. Selepas mengambil kunci keretanya, dia pun berjalan keluar dari rumah.

"Bang, kita telefon polis eoh?" cadang Puan Jung. Yerin kan satunya anak perempuannya, jadi dia risau.

Encik Jung pula menggeleng "tak boleh, kalau nak repot pun kena tunggu 24jam dulu. Lagipun saya rasa kita tak perlu repot sebab Yerin bukan kena culik, tapi dia lari rumah"

"Aigoo, yang Yerin pun satu. Kenapalah dia berani sangat lari dari rumah ni? Apa yang dah berlaku agaknya" sambungnya hairan.

"Entahla bang, harap² Seungcheol jumpa dia nanti" balas Puan Jung.

Diluar, Seungcheol baru je masuk kedalam kereta, tiba² Dokyeom berlari kearahnya "hyung!"

Seungcheol mengerutkan dahi "eoh Yeom, kenapa keluar? Kat luar ni sejuk"

"Yeom nak tolong cari Yerin sekali. Lagipun Yeom tahu sikit² alamat rumah kawan² Yerin, mungkin boleh bantu hyung cari juga" kata Dokyeom.

"Oh bagus juga..masuklah dalam kereta" balas Seungcheol setuju. Lalu mereka berdua pun memulakan perjalanan untuk mencari Yerin.

.

.

.

Dirumah Sowon, ada Eunha dan Umji yang datang kesana. Biasalah nak melepak. Maklum rumah mereka je yang dekat. Rumah Sinb pula jauh dari sini.

Mereka kesana dan borak sambil menonton showcase oppa² kpop. Fangirl macam nilah. Sekarang ni ada boy grup WannaOne yang sedang perfomkan lagu 'Energetic'

"Yah hensemnya Kang Daniel tu! Waa my bias!" seru Eunha sambil peluk² bantalnya.

"Tua buat apa, Jihoon oppa aku lagi hensem disitu! Huhu cute!" kata Umji pula.

Sowon juga taknak kalah, dia juga ada bias di WannaOne "heleh si Daniel dan si Jihoon tu takkan dapat kalahkan ke henseman bae aku Lai Guanlin tu! Lagi cute plus hensem!" katanya dengan bangga.

Eunha dan Umji saling berpandangan lalu ketawa geli hati berdua.

"Yah, agak²lah, Guanlin tu muda dari kita kot. Kau tu dah tua tiga tahun dari dia, mana boleh buat bae dah" sindir Eunha.

"Betul³!" sambung Umji.

Sowon terus mencebik. Halah, nak minat orang yang muda dari kita tu tak salahkan? Apelah dorang ni.

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now