22 || i'm sorry

440 43 4
                                    

ARROGANT BUT NICE 22




Di taman berdekatan Sungai Han, Yerin dan Pinky duduk disebuah bangku kosong taman itu. Sekarang pun dah lebih kurang jam 3 petang.

Dari tadi mereka hanya diam. Yerin memandang Pinky dengan wajah tak mesra manakala Pinky memandangnya dengan sedikit kekok.

"Jadi... betulkan kamu ni Jung Yerin?" soal Pinky bagi memastikan yang dia tak salah orang.

Yerin mengangguk dengan datar "nae..saya rasa saya tak perlu tanya kenapa awak nak jumpa saya, mesti sebab Seungcheol kan??"

"Nae memang sebab Seungcheol" balas Pinky "tapi..saya nak cakap yang semua ni sebenarnya salah faham..saya dan Seungcheol tak ada apa² hubungan pun" terangnya.

"Tak ada hubungan eoh? Tak perlu nak tipu saya sebab saya tak bodoh lagi. Saya pernah tengok gambar awak bercumbuan dengan dia, jangan nak cuba nafikan hal tu"

"Tak malu ke nak jadi perampas tunang orang? Tahulah saya dan Seungcheol cuma tunang, tapi awak tak boleh la nak rampas dia dari saya" kata Yerin denga mata berkaca-kaca.

Pinky menunduk, dia rasa bersalah sangat. Dia sukakan Seungcheol. Dia bertegas cium Seungcheol dulu pun sebab dia betul² mahukan Seungcheol. Tapi tak lagi selepas Seungcheol ungkapkan kebenarannya. Kebenaran yang dia dah ada Yerin sebagai tunangnya.

"Saya minta maaf Yerin..saya tak bermaksud pun nak buat macam tu" ucap Pinky dengan rasa bersalah.

"Tak perlu minta maaf, saya dan Seungcheol dah bergaduh sekarang. Teruskanlah ambil Seungcheol tu" kata Yerin.

Pinky menggeleng lalu memegang kedua tangan Yerin "please dengarkan saya.. Saya suka Seungcheol, itu betul. Tapi semua tu sebelum saya tahu yang rupanya dia dah ada tunang. Saya betul² tak tahu.. Lepas Seungcheol bagitau yang dia dah ada awak, saya rasa bersalah sangat..jeongmal mianhae Yerin.."

"Masa saya suruh kawan saya si Boo check profile Seungcheol, status dia adalah single. Dan masa saya tanya sendiri pada dia, dia juga kata diri dia single"

"Lepas tu saya ada minta tolong dia untuk jadi fake boyfriend saya supaya omma saya tak jadi kahwinkan saya dengan orang yang saya tak kenal..masa tu juga saya sukakan Seungcheol..jadi sebab tu salah faham ni terjadi"

"Tak kiralah awak percaya atau tak Yerin, tapi inilah yang sebenarnya terjadi. Tak kisahlah awak nak maafkan saya ke tak, tapi saya betul minta maaf kalau sayalah penyebab awak dan Seungcheol bergaduh.." ucap Pinky panjang lebar.

Yerin memandang wajah Pinky. Pinky memang sedang jujur yang tak tipu dan Yerin boleh tahu itu. Pinky memang merasa sangat bersalah pada Yerin.

Ini juga bukan salah Pinky sepenuhnya. Kalau dia tahu awal² tentang status Seungcheol yang sebenarnya, semua ni takkan terjadi.

.

.

.

"Umji! Sampai hati kau tinggalkan aku sendiri dekat mall tu eoh!" omel Eunha dalam talian. Dia sedang geram sekarang. Tadinya dia datang dengan Umji ke mall untuk teman dia beli barang dapur sikit. Tapi tetiba Umji hilang. Tau tau je rupanya Umji terpaksa balik sebab ada hal kecemasan.

Jadi sekarang Eunha pulang seorang diri jalan kaki. Dengan bawa banyak barang lagi. Dah rumahnya masih jauh lagi.

'Mianhae Eunha-ya, aku ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan.. Maafkan aku babe' ucap Umji memelas.

Eunha menghelas nafas "yeye takpe lah kalau macam tu, tapi bila sekolah dah buka nanti, kau kena belanja aku makan jjajangmyun eh"

'Nae! Aku akan belanja kau nanti, oklah aku kena off dulu. Ada hal lagi ni' balas Umji.

Arrogant But Nice ✔Where stories live. Discover now