"S-sakittt.. Sakitlah!"
"Hey! Lepaslah sial!"
"Tahu pun sakit! Padan muka kau!" rambut Mina aku tarik lagi kuat dari tadi. Bodoh punya yeoja.
"Ahh! Tak gunalah kau ni, Yeeun!"
"Aku tak guna atau kau sebenarnya yang tak guna?! Hey, aku warning kau untuk kali pertama dan terakhir. Jangan buli orang yang lemah dan menyibuk hal aku lagi!" aku menolak kepala Mina kasar. Dia mengaduh dan memegang kepalanya yang sakit.
Nak cari pasal, tapi dengan orang yang salah. Kau fikir kau anak cikgu kat sekolah ni, kau boleh buli orang yang kau tak suka sesuka hati? Ada lagi eh anak cikgu jadi pembuli zaman sekarang ni? Buat malu je.
"Dah, jom." aku mengajak Hwamin, Wonho dan Hyungwon pergi dari situ. Menyampah pula bertekak dengan minah tu lama-lama. Aku mula melangkah dan aku perasan seseorang sedang berdiri kat depan aku.
Oh shit. Aku dah tak larat ni.
Automatik badan aku berpusing ke belakang. Beg aku serahkan kepada Hwamin. Kaki aku mula bergerak pantas dan kemudian aku berlari sekuat hati aku.
"Yeeun! Tunggu!" Kai kejar aku dari belakang.
Aish. Menyusahkan betullah mamat ni! Aku abaikan panggilan dia dan terus berlari.
"Wow, Yeeun! Pagi-pagi macam ni pun dah berlari?! Hahahaha!" senior aku yang bernama Sowon menjerit. Tu bukan tanya, tapi lebih kepada perli aku. Ish.
Aku dengar gelak tawa beberapa orang yang ada kat sekeliling aku tapi aku abaikan. Dah macam marathon pun ada.
"Yalah! Lelaki tak guna tu ada! Selagi dia tak pupus, tak akan aman hidup aku!" aku jerit kembali.
Setiap pagi kat sekolah, Kai akan kejar aku. Tak penat ke dia tu? Tahulah atlet. Kenapa dia kejar aku? Sebab aku buat perkara yang melanggar peraturan sekolah ni. Sebab aku langgar peraturan tu jugaklah punca aku bertekak dengan Mina tadi. Aku tahu minah tu jealous sebab dia tak boleh buat benda yang aku buat tu. Tapi Kai yang aku tak faham sampai sekarang, takkan dia jealous jugak kut?
Ada dua sebab mereka tak puas hati dengan aku.
Satu, aku pakai make up pergi sekolah. Tak adalah tebal pun. Aku just pakai foundation, krim, bedak, blusher dan lipbalm. Sekadar nak tutup kulit muka je. Kai selalu paksa aku untuk tanggalkan make up. Sibuk nak mampus.
Dua, rambut aku warnakan blonde.
Dua-dua perkara tu tak dibenarkan kat sekolah ni. Tapi aku buat semua tu ada sebab okey. Cuma semua orang tak tahu kecuali Hwamin, Wonho, Hyungwon dan pihak sekolah. Sebab apa? Hmm aku kena bagitahu ke? Tak payahlah. Aku belum sedia lagi.
Sebenarnya salah aku jugak sebab warnakan blonde. Patutnya aku warnakan hitam tak pun perang je. Tapi biarlah. Alang-alang pihak sekolah dah bagi kebenaran, kita kena la guna sebaik-baiknya.(͡° ͜ʖ ͡°)
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanfictionKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...