CAMP DAY 2
[Yeeun POV]
Aku bangun dari pembaringan dan duduk bersila. Tak dapat tidur. Jam digital milik Seolhyun aku pandang.
3.26 a.m.
Hampir 2 jam aku paksa diri untuk tidur tapi tak boleh. Keluhan kasar terkeluar dari mulut aku. Aku bermain game dalam handphone untuk beberapa minit dan akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar ambil angin sebab terlalu bosan.
Hoodie pemberian Taehyung aku ambil dan sarungkan ke tubuh. Hwamin, Mina dan Seolhyun yang sedang tidur aku pandang sekilas sebelum bergerak keluar dari khemah.
Aku berjalan ke arah pondok yang aku duduk lewat petang tadi dan ternampak seorang sunbae lelaki sedang bersandar pada tiang pondok tersebut sambil bercakap dalam handphone.
Punggung dilabuhkan di atas bangku dan tangan aku seluk ke dalam poket hoodie. Sejuk.
"I feel so good here, mom. The campfire was great thought."
"Give Justice the phone, please? I miss my twin so much." then aku dengar dia ketawa.
Dia mencarut guys.
Gurau. Dia bercakap dengan eomma dia dalam bahasa Inggeris. Fasih. Macam Taehyung. Aku pula? Paling tinggi pun dapat A minus.
Aku perhatikan je mamat speaking Inggeris ni. Nak cakap mat saleh, mata dia nampak macam sepet je. Pada pandangan aku dari sisi wajah dia tu tak nampak macam orang barat pun. Sikit pun tak.
Mesti eomma dengan appa dia ajar dari kecil ni. Fuh, torboek ah. Macam Taehyung. Eomma dia pun ajar bahasa Inggeris dari kecil. Siap ada guru peribadi lagi.
Jap. Aku rasa dah dua kali otak aku sebut nama si alien mulut petak tu. Ei, dah kenapa? Aku mengetuk-ngetuk kepala aku perlahan. Tak ada kerja ke apa fikirkan dia pagi-pagi buta macam ni?
"Annyeong? Awak okay tak ni?" teguran sunbae tu secara tiba-tiba membuatkan aku sedikit terkejut lalu menunduk. Muka dia dekat sangat dengan muka aku, aku tak nak dia nampak parut dekat muka aku ni. Memanglah dah hampir hilang, tapi still ada.
Aku mengangkat kepala bila dia dah jauhkan muka dia dari aku.
"Er, saya okay." balas aku dengan senyuman yang boleh tahan manis. Maksud aku, manis yang tak ikhlas.(͡ ° ͜ʖ ͡ °)
"Why are you still here, girl? Dah lewat ni."
"Tak boleh tidur."
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanfictionKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...