[Hwamin POV]
Balik je dari sekolah, aku, Wonho dan Hyungwon terus ke rumah Yeeun.
Punat loceng rumah Yeeun Wonho tekan. Tak lama kemudian V keluar dengan membawa kunci pagar, sempat ditegur kami bertiga. Dan kami terus ke pintu utama rumah.
Dahi aku berkerut bila ternampak dua pasang kasut yang aku tak tahu milik siapa dan yang pastinya bukan kasut V atau Yeeun, sebab kasut-kasut ni style orang dewasa.
Wait. Takkanlah?
Aku perasan yang Wonho dan Hyungwon pun pandang kasut-kasut tu pelik. Aku toleh ke arah V, meminta penjelasan.
"Eomma dengan appa Yeeun datang."
Tanpa membalas kata-kata V, aku terus buka pintu dan masuk. Terhinjut sikit bahu aku bila terdengar suara Yeeun dari arah dapur. Terus aku bergegas ke sana dan rupa-rupanya Yeeun tengah membuat kek dengan eomma dia. Appa dia pun ada sekali, duduk atas kerusi sambil minum air. Sumpah aku terkejut, tak percaya dengan apa yang ada depan mata aku sekarang ni.
Sedar dengan kehadiran aku, Yeeun terus membasuh tangan di sinki dan berjalan ke arah aku.
"Annyeong, Hwamin." eomma dan appa Yeeun mengur aku hampir serentak.
"Ah, n-nae. Annyeonghaseyo." Aku terkedu tapi aku tetap membalas teguran mereka dan menunduk hormat.
"Min..."
Aku menarik lengan Yeeun keluar daripada rumah dia melalui pintu dapur.
"Yahh, Yeeun. What the hell is going on? I'm fucking shocked right now! Cepat bagitahu aku!" aku berbisik dekat telinga Yeeun. Macam menjerit pun ada, tapi perlahan. Muka dia macam nak tergelak. Tak guna. Aku serius boleh pula dia buat muka minta penampar macam tu.
"Aku dah berbaik dengan eomma dan appa aku." tiba-tiba Yeeun peluk aku. Aku membalas pelukan dia.
"Ya, aku boleh nampak tu. But how?"
"Kat atas lah aku story."
Yeeun menarik tangan kanan aku, ajak aku ke bilik dia. Mujur aku tak tersembam masa naik tangga. Gaduh betul perempuan ni. Wonho, Taehyung dan Hyungwon pandang kitorang pelik dari ruang tamu. Sempat aku 'peace' kat diorang sambil tersengih. Masuk je dalam bilik Yeeun, kitorang terus duduk atas katil. Dan Yeeun terus cerita kat aku dari A sampai Z. Terlopong jugaklah aku dengar cerita dia tu.
"Senang betul kau maafkan appa kau?" Yeeun tersenyum.
"Appa aku."
"Tak apa lah. Baguslah macam tu kan. Kau happy, aku pun happy jugak."
-----
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanfictionKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...