Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala yang sedikit pening aku pegang. Aku memandang sekeliling, dalam bilik aku rupanya.
Sekejap. Bilik aku?
Bukan ke aku pergi funfair dengan Taehyung? Kami masuk rumah han- oh ya... mesti aku pengsan dalam rumah hantu. Haih, malunya.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Aku tak dapat tengok dengan jelas sebab contact lens aku dah dibuang. Eh, siapa yang buang?
"Eun! Kau okey tak?!"
Aku kenal suara garau tu. Taehyung.
Taehyung datang meluru kat aku. Muka dia nampak risau. Aku jungkitkan kening.
"Aku okey je. Kau kenapa? Macam tak pernah nampak aku je." tanya aku pula. Kalau risaukan aku pun janganlah sampai macam tu sekali.
"Eun-ah."
"Eung?"
"Aku minta maaf. Sebab aku kau pengsan semalam. Aku minta maaf jugak, sebab dah ternampak wajah sebenar kau. Macam keadaan sekarang ni."
Ya, mestilah make up aku dah hilang sekarang ni. Taehyung pegang tangan kiri aku. Rambut depan aku yang terjuntai ke depan dia letakkan ke belakang telinga. Aku pandang Taehyung, dia tengah pandang aku.
"Aku okey je. Terlebih takut pula semalam. Pasal muka aku ni, tak ada apa lah. Aku pun dah malas nak sorokkan dari kau. Lagipun kau kan kawan aku." aku tersenyum dan Taehyung mengangguk.
...
"Kau lah ni! Takut hantu tak cakap terus terang tu kenapa?! Aku risau tahu tak?!" Tiba-tiba Taehyung marah aku membuatkan aku terkejut. Muka dia nampak tegang. Aku ketap bibir.
"Ala biarlah! Benda dah lepas! Aku betul-betul dah okey sekarang! Tak payahlah nak kecoh sangat!" aku marah dia balik.
Taehyung tergelak. Oh, dia bergurau rupanya. Tak guna. Aku ingat dia nak ajak gaduh tadi. Dia berdiri lepas bagitahu yang dia nak turun ke dapur ambilkan bubur untuk aku. Aku hanya mengangguk kecil dan Taehyung terus keluar.
Tiba-tiba aku terfikir, macam mana Taehyung tahu kat mana rumah aku? Hwamin kut yang bagitahu dia. Aku pandang sekilas pada jam dinding, 11.07 a.m. Beberapa minit lepas tu Taehyung datang balik ke bilik aku.
"Eun, kau jangan tak nak makan pula bubur ni tau. Jangan risau, aku pandai je masak makanan senang macam ni. Cuma..."
Taehyung hulurkan bubur kepada aku dengan muka yang aku tak dapat nak tafsirkan. Aku pandang bubur tu. Lama. Ternganga mulut aku dibuatnya.
Kosong.
Bubur kosong.
"Jangan marah aku weh. Hwamin paksa aku buat bubur kosong ni kat kau. Mulanya aku nak letak bahan lain sikit, tapi aku tak beranilah nak bantah arahan dia. Tengok muka garang dia pun dah menggigil kepala lutut. Hilang terus comel dia. Seram." Taehyung membuat muka takut.
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanficKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...