[Yeeun POV]
Tak sangka betul, rupa-rupanya Kim Ahjumma, eomma Taehyung bawa aku ke spa untuk buat rawatan muka aku yang berparut ni. Pada mulanya aku tolak sebab eomma dah berjanji dengan aku nak bawa aku ke sana untuk tujuan yang sama, dan Kim Ahjumma tak paksa sebenarnya. Katanya saja nak bawa aku jalan-jalan. Tapi yang paksa aku buat rawatan tu ialah Taehyung.
"How was it, Yeeun? Best?" eomma tanya aku sebaik saja aku melabuhkan punggung atas sofa. Eomma ada di rumah aku sekarang. Appa pulang dari kerja lewat malam hari ni sebab tu eomma datang sini temankan aku.
"Best. Rasa makin segar je muka ni. Lepas ni Yeeun ada appointment kat sana setiap minggu sampailah muka Yeeun dah okey." balas aku sambil menepuk-nepuk pipi.
"Aku tak kira. Kau nak ke tak nak ke, kau kena buat jugak. Aku tak nak muka kau kekal macam ni. Aku tak suka. Memanglah kau cakap nak pergi dengan eomma kau, tapi kan eomma aku dah ajak ke sini, so kau buat jelah. Okey?" tangan kanan aku Taehyung pegang. Aku mengangguk.
"Umm, okey." aku tak tahu dah nak jawab macam mana. Sumpah aku terharu sangat dengan Taehyung dan eomma dia. Ahjumma Kim tak bagi aku bayar balik kos rawatan ni, semua dia bayarkan. Ahjumma Kim bagitahu walaupun baru je kenal aku, tapi dia dah anggap aku ni macam anak dia sendiri. Ya lah. Anak dia dua-dua namja. Mungkin nak merasa ada anak perempuan?
"Nanti appointment pergi setiap hujung minggu. Kau pergi dengan aku. DENGAN AKU, okey. No excuse. Jangan pergi dengan orang lain. Jangan bantah. Dengar cakap aku." Taehyung memang suka memaksa. Dan bila dia macam tu serta-merta dia akan jadi seorang yang tegas. Jadi aku terpaksa ikut cakap dia. Kadang-kadang aku ikutkan je apa yang dia suruh sebab aku malas nak bertekak.
"Kalau sekali-sekala tu ajak Hwamin, boleh tak?" takkanlah setiap kali ada appointment aku kena pergi dengan Taehyung je. Baik aku ajak Hwamin walaupun bukan selalu, kan.
"Boleh."
"Wonho pun eh?"
"Ya lah, sayang." buang tebiat. Suka betul panggil aku macam tu.
"Oh lupa. Hyungw-"
"No. Tak boleh."
Eh? Hwamin dengan Wonho boleh. Hyungwon tak boleh pula.
"Wae? Dia bukannya orang lain pun."
"Oh ya? What ever. Tak payah tanya. Kau pun tahu aku tak suka dia. Apa-apa pun tetap tak boleh. Faham tak?" Taehyung tenung anak mata aku membuatkan aku terdiam. Kaku. Sampailah aku tersedar bila dia ulang balik kata-kata dia. Kenapa dengan kau ni, Yeeun?
Aku mengangguk lambat. Tak pandang pun muka Taehyung dekat sebelah aku.
"Arasseo." jawab aku perlahan.
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanfictionKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...