11

26 4 14
                                    

CAMP DAY 1

[Yeeun POV]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Yeeun POV]

Dah hampir dua jam setengah perjalanan ke tempat perkhemahan. Mungkin lagi satu jam kami akan tiba di sana.

(maaflah saya tak tahu sangat tempat² di seoul eheh. jadi saya reka je ( ' ▽ ' )ノ anw diorang pergi ke tempat perkhemahan macam dekat kawasan, air terjun? ok imagine lah ya •^•)

Dalam bas, aku duduk berdua dengan Hwamin. Wonho dengan Hyungwon dan Taehyung dengan Jungkook.

Aku menikmati perjalanan seperti biasa sambil dengar lagu menggunakan headphone. Lagu baru BTS iaitu DNA. Best gila. Taehyung handsome nak mati.

Taehyung BTS. Bukan Taehyung si alien tu.(͡° ͜ʖ ͡°)

Hwamin tidur dengan lenanya kat tepi tingkap, tapi empat orang di sebelah ni dari tadi lagi berbunyi. Entah apa yang mereka bisingkan. Walaupun pakai headphone aku masih dapat dengar suara mereka yang mengalahkan kucing kelaparan tu.ಠ_ಠ

Aku malas nak ambil tahu sebab perjalanan yang memakan masa yang lama ni membuatkan aku rasa pening dan loya, macam nak muntah. Mungkin sebab aku makan tak terkawal sebelum bertolak tadi.

Bas berhenti seketika di stesen minyak.

"Sesiapa yang nak ke tandas atau ke kedai boleh turun." kata Cikgu Nam, salah seorang guru petugas sepanjang waktu perkhemahan kami nanti.

Dengan itu ramai pelajar yang mula bergerak keluar dari bas.

Aku mengambil keputusan untuk kekal di dalam bas. Terasa mengantuk pula. Baru je aku lelapkan mata, tangan kiri aku terasa disentuh seseorang membuatkan aku sedikit tersentak lalu membuka mata. Apa yang aku nampak, Taehyung tengah mencangkung kat tepi aku sambil tersenyum.

"Em, nak apa Taehyung?"

"Nak kacau kau."

"Tak payah nak ganggu aku."

"Nak jugak."

Taehyung mencucuk-cucuk tepi perut aku dengan jari dia membuatkan aku terlentok kegelian. Aku hanya tergelak halus. Betul-betul pening dan tak larat nak melayan karenah Taehyung.

"Taehyung-ah, janganlah. Aku nak tidur." kata aku mendatar. Tak ada nada marah.

"Ah... okey, okey. Mianhae. Tidur elok-elok. Aku pergi duduk dulu." aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.

Secara tiba-tiba aku rasa tak selesa dalam perut. Lengan Taehyung aku pegang. Dia berpaling.

"Eun? Waeyo? Gwenchanayo?" mata aku pejam sekejap dan buka semula.

The KIM Brothers + kthWhere stories live. Discover now