15

27 4 0
                                    

dah malas nak letak gambar pov tu😇

tbh patutnya main cast ff ni taehyung, tapi macam dah tertukar yeeun pulak. takpe kan kan kan hahaha baca jela en ;-; yang penting taehyung heronya HOHOHO k

××××

[Yeeun POV]

Aku memandang satu per satu gambar yang telah diambil pada minggu lepas. Gambar kami berenam dan juga eomma dan appa yang diambil sewaktu kami berkelah di pantai.

Tapi aku sedih sebab Youngjae Oppa tak ada sekali dalam gambar ni. Aku tak ada peluang lagi untuk kenalkan Taehyung dan Jungkook pada dia.

Sepatutnya dia pulang ke Korea sebelum aku exam pertengahan tahun dua minggu lepas, tapi malam dia ingin bertolak, chingu dia kemalangan. Siapa yang senang hati bila chingu sendiri kemalangan. Jadi dia akan pulang ke sini esok.

Tak apa, lain kali boleh ambil gambar lagi.

Tashabar nak tunggu dia balik.

Aku tersenyum sendiri.

Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Hubungan aku antara eomma dan appa makin erat. Hwamin, Wonho, Hyungwon, Jungkook dan Taehyung sentiasa bersama aku.

Dalam fikiran aku sebelum ni, kebahagiaan tu pasti dah lenyap dalam diri aku yang tak akan aku dapat lagi sampai bila-bila. Untuk manusia macam aku. Waktu di mana jiwa aku kosong. Terasa hidup keseorangan dekat dunia ni. Tapi aku salah. Kawan-kawan aku sentiasa ada dan nasihat aku serta menerima baik buruk aku.

Aku mengaku yang aku sukar untuk terima nasihat orang, tapi aku cuba. Lagi-lagi 'penasihat' tu kawan aku sendiri. Merekalah yang terbaik.

Guys aku puji korang ni.

Kembanglah sikit.

(๑ ิټ ิ)

Taehyung?

Boyfriend gue yitu.

Hewhew ahavxvhsjsn

Secara jujurnya aku tak sangka hubungan aku dan Taehyung akan sampai ke tahap ni hanya dalam masa kurang dari setahun. Aku yakin Taehyung ikhlas dengan aku. Lagipun keluarga dia semuanya baik-baik, termasuklah Kai.

Aku tak boleh nafikan yang Kai seorang yang baik sebab aku kenal dia dah lama. Cuma akhirnya dia tinggalkan aku sebab tak nak terjebak dengan kes buli. Tak apa. Selepas dia minta maaf, aku dah maafkan. Tapi untuk lupakan benda tu agak susah bagi aku. Aku akan cuba.

Sikat aku ambil dan mula menyikat rambut. Rambut aku dah elok dan aku dah warnakan semula kepada warna perang tapi ada sedikit warna pink di hujungnya.

Taehyung yang paksa warnakan pink tu, supaya aku nampak lebih keperempuanan.

Hahaha Taelien taguna.

It's nice anyway.

So thanks to him. (๑ ิټ ิ)

Waktu aku di sekolah sebelum aku pindah semula ke Seoul, aku sertai kelab renang. Tapi disebabkan aku selalu berendam dalam air kolam walaupun bukan pada waktu latihan, klorin dalam air telah rosakkan rambut aku. Hujung minggu pun aku akan ke kolam renang dan kadang-kadang aku pergi bersama chingu-chingu aku. Boleh dikatakan masa lapang aku hanya diisi dengan mandi kolam. Malam pula aku akan buat kerja sekolah atau baca novel cinta. :P

Waktu tu aku terlalu stress dengan appa yang asyik naik angin serta memukul aku dan eomma. Jadi aku habiskan masa aku di situ daripada duduk di rumah. Aku tak buat rawatan rambut, sebaliknya aku terus warnakannya dengan bantuan chingu aku di sana.

The KIM Brothers + kthWhere stories live. Discover now