Aku ketap bibir. Ish, tak dapat jugak hari ni nak tengok muka si Yeeun. Geram pula tetiba.
Tak, jangan salah faham.
Aku cuma pelik kenapa dia selalu sangat pakai make up bila datang sekolah. Dahlah rambut blonde. Bukan dekat sekolah je, kadang-kadang aku ternampak dia kat mana-mana pun, mesti dia pakai make up. Ada apa-apa ke dekat muka dia tu?
Jadi setiap pagi di sekolah aku akan cuba kejar dia sebab nak paksa dia tanggalkan make up. Aku tak pasti kenapa aku nak sangat tengok muka natural dia tapi yang aku pasti sangat-sangat sekarang ni,
aku suka Yeeun.
Dari dulu lagi. Sejak dari mula-mula aku kenal dia. Tapi masa tu, dia seorang yang sopan dan lemah lembut, dan selalu kena buli. Macam hamba. Tak macam sekarang. Bila ada orang yang kutuk dia atau buli student lain, dia akan balas balik. Macam pagi tadi. Berani gila dia tarik rambut Mina, anak Cikgu Kwon.
Aku ulang, anak cikgu.
Berbalik hal tadi. Muka Yeeun, cantik sangat. Putih kemerahan. Pipi dan bibir dia natural pink. Baby face. Sekarang pun masih sama, cantik. Cuma bezanya dia pakai make up. Aku tak suka dia pakai benda alah tu. Sebab secara jujurnya pada pandangan aku Yeeun betul-betul cantik.
Yeeun pernah sekolah kat sini dulu. Dua tahun lepas dia pindah ke Busan dan sekarang dia pindah ke sini semula. Aku tak pasti sebab apa dia pindah dulu tapi ramai jugak yang cakap, sebab dia selalu kena buli. Tapi aku pasti sangat yang dia tak akan kena buli lagi lepas ni. Dia dah lain, lain sangat daripada Yeeun yang aku kenal dulu. Sekarang dengan aku pun dia macam ajak bermusuh. Dulu panggilan dia dengan aku saya-awak tapi sekarang dah jadi aku-kau. Aku dapat rasa yang dia masih marah dan menyimpan dendam dekat aku sebab hal tu. Aku pun menyesal sangat sebab pernah tolak dan abaikan cinta dia dulu, dan aku tinggal dia seorang diri kena buli. Masa tu aku belum sedar, yang aku sebenarnya betul-betul sukakan dia.
Akhirnya sekarang, giliran dia pula untuk abaikan cinta aku. Good for you, stupid Jongin.
-----
Aku bangun dari tidur dan pandang sekilas jam dinding dalam bilik aku. 7.40 p.m. Ahh, malasnya aku nak bergerak. Pukul 8 lah mandi. Aku tutup mata, nak sambung tidur semula tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
Fiksi PenggemarKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...