[V/Taehyung POV]
Aku masih lagi teragak-agak sama ada nak sertai atau tak ke perkhemahan tu. Kalau aku pergi, ah rimaslah. Tapi kalau tak pergi, Hyungwon dan Kai mesti ambil kesempatan atas ketiadaan aku bersama Yeeun. Tak boleh, tak boleh.
"Jomlah Taehyung. Bukan selalu pun kan. Setahun sekali je perkhemahan ni." tak henti-henti Yeeun mencuba untuk memujuk aku.
Tapi aku pula yang merayu pada dia supaya ikut aku tak sertai perkhemahan tu. Dia kerutkan dahi dan tanya kenapa tapi aku tak menjawab. Takkanlah aku nak bagitahu sebab ada Hyungwon dan Kai. Nampak macam aku cemburu pula.
"Bila-bila pun kita boleh pergi berkhemah. Kita boleh je pergi berlima. Tak payah nak pergi dengan budak sekolah ramai-ramai macam ni."
"Berlima? Maksud kau?" err. Terlupa pula si Hyungwon.
"Silap. Berenam." tak. Berlima. Aku tak nak ada Hyungwon. Aku anti betul dengan dia. Sebab dia nampak macam sukakan Yeeun.
Ah! Kenapalah Hyungwon dan Kai ada kena-mengena dengan aku? Walaupun aku tak menganggap Hyungwon sebagai kawan baik aku dan kami seperti bermusuhan. But yea, he's still... kawan.
"Tak kiralah! Kau kena pergi jugak!"
"Kalau aku tak nak?"
Yeeun dekatkan bibir dia dekat telinga aku.
"Hyungwon pergi jugak tau." bisik Yeeun. Kemudian dia tersengih nakal. Tak guna.
Aku mengeluh perlahan.
Okey fine. Aku mengalah.
-----
Lepas selesai membeli barang keperluan perkhemahan, kami berenam terus pergi ke rumah Hwamin untuk bermalam di sana. Nak mudahkan kerja, jadi kami akan pergi ke sekolah bersama-sama esok dan dihantar oleh Son Ahjussi, appa Hwamin.
Kai? Mungkin dia pergi sendiri esok. Aku tak tahu.
Masuk ke dalam rumah, kami disapa mesra oleh eomma dan appa Hwamin.
YOU ARE READING
The KIM Brothers + kth
FanfictionKim Jongin, seorang sunbae yang meninggalkan yeoja yang disukainya, Jang Yeeun hanya kerana yeoja tersebut ialah seorang mangsa buli di Seoul Highschool. Akhirnya, Yeeun berpindah dari SHS dan kembali semula dengan perwatakan yang berbeza bukan sepe...