Bab 2

2.4K 58 0
                                    

"Dunia ni kecil. Apartment ni pun, tak adalah sampai beratus tingkat mencecah awan. Suatu hari nanti, aku akan dapat juga tangkap kau. Kau kenakan aku, ya?! Inilah namanya melepaskan anjing tersepit lepas tu kaki sendiri yang kena gigit. Tak pasal-pasal kena samak pula tu. Harap muka aje lawa tapi perangai macam musibat!" bebel Faheem sambil lempar beg kecil yang disangkut di tepi pahanya ke atas sofa. Ogy yang tengah santai melayan rancangan Say Yes To The Dress hanya memandang dengan kening berkerut.

"Kau dah kenapa, Bam? Kusut sangat ke dengan demand Datin Pia sampai cakap sorang-sorang ni? Mengucap Bam, mengucap. Astaghfirullahalazim. Eh, itu istighfar! Terlupa pula mak! Hiksss," tegur Ogy sebelum tersegih sendiri.

Faheem jeling sekilas sebelum lempar diri sendiri ke atas sofa single menghadap ke arah balkoni.

"Bukan pasal Datin Pia poyo itulah. Ni pasal tadi. Aku kena kencing dekat Restoran Fatima."

Mata Ogy membulat. Mulut turut menganga sama seluas mungkin.

"Kencing apa, Bam? Kencing tikus? Takut mak, Bam oiii! Mara bahaya tu. Jom kita pergi hospital sekarang. Kau tunggu, ya? Aku pergi ambil kunci kereta kejap," balas Ogy sambil bergegas mengatur langkah ke arah biliknya. Tak sampai beberapa minit, dia sudah terpacak di hadapan Faheem dengan kunci kereta dan beg pinknya.

"Apa termenung lagi tu? Jomlah!"

Faheem masih melengung sambil pandang muka Ogy dengan mata yang tak berkerdip.

"Kau dah kenapa ni, G? Boleh tak lain kali tak payah over macam ni? Cuba dengar dulu penjelasan aku. Isyhhh, kau ni. Tak apalah!" balasnya sambil buku kecil di tangannya diselak beberapa kali sebelum memasang perancangan sendiri.

"Apa? Kenapa? Nak prihatin pun tak boleh ke? Benci, tau!" bebel Ogy yang dah duduk terjelepok di atas karpet depan televisyen.

Faheem kerling Ogy sekilas sebelum akhirnya dia tergelak kecil melihat Ogy yang dah mula kemurungan sebab stres tak jadi nak keluar. Ah, abaikan aje Si Ogy ni. Tak payah keluar rumah pun, dalam rumah sama aje melawanya selagi dia tak tidur.

Okey, Faheem. Fokus.

Yang penting sebelum hujung bulan ini, kau kena cari juga minah tu sampai dapat. Lagi pula dah sah-sah minah tu tinggal sebumbung. Lain tingkat aje. Hukum tu dah jatuh wajib!

"Memang taklah kan! What done is done. Bukan aku paksa dia bayarkan pun. Betul tak? Lagipun aku rasa, dia dah blah dah pun sekarang ni. Takkanlah segigih ini dia tunggu aku. Aku naik tadi pukul 10 pagi. Sekarang dah pukul 1. Cukup lama dah, kan? Aku rasa dia dah balik pun tadi," balas Lara bersahaja sambil duk peluk Jerry tak mahu lepas. Ruru yang mendengar hanya mampu tepuk dahi sambil menggeleng.

"Kejamnya kau, Ra! Dia dah cukup baik nak tolong kau, kau buat dia macam tu? Kalau dia tak halalkan duit tu, macam mana? Isyhhh, jatuh haram tau makanan yang kau makan tadi tu," momok Ruru bersungguh-sungguh. Dia memang kalau hal melibatkan sesuatu yang bakal jadi darah daging ni sensitif betul. Risau tu! Bukannya boleh nak siat daging sendiri nanti kalau masa hari kiamat semata-mata nak selamatkan diri sendiri.

"Alahai. Sepuluh ringgit aje kut. Itu pun nak berkira ke? Kau tau, betapa Haji Bakhilnya dia siap suruh aku tandatangan dalam buku nota kecil dia tu sebagai tanda yang aku dengan tak sengaja dan tanpa sedar dah berhutang dengan dia! Pelik lagi menakutkan aje mamat tu. Harap muka aje boleh tahan. Perangai memang tak boleh blah," luah Lara.

"Buku kecik?"

"Haah. Buku kecik ala-ala buku tiga lima tu,"

Ruru buntangkan mata.

"Peliknya. Buku tu dah tak in kut!"

"Kan? Zaman tudung Neelofa, shawl Mira Filzah ni ada lagi mangkuk ayun yang guna pakai buku tiga lima. Pelik, kan? Orang spesies ini aku suka gelar mereka sebagai weir-ko. Weird and psiko," tokok Lara.

Ruru tawa mengekek. Suka hati labu kau aje rojakkan perkataan ya, Lara?! Weirdo jadi weirko.

"Tua ke muda orangnya, Ra? Aku ni acah-acah suka juga stok-stok rare macam ni."

"Entah. Tak tanya umur. Itu bukan stok lelaki rare, lelaki weirko. Faham?" balas Lara acuh tak acuh. Alat kawalan jauh televisyen dicapai bila Jerry dah mula menggelinjang mintak dilepaskan. Gedik tau mamat ni. Waktu orang duk sibuk siapkan manuskrip, dia datang mengendeng. Bila kita tengah ada masa lapang, dia buat kerek pula. Sombong! Pok karang!

"Handsome ke tak?" Ruru tiba-tiba datang mengendeng di sisi Lara menggantikan Si Jerry sambil tersengih-sengih gatal.

"Entah. Kalau handsome pun, buku tiga lima tu merosakkan segalanya. Kenot brain!"

Tawa Ruru meletus lagi untuk ke sekian kalinya.

"Hahaha. Lepas ni bolehlah kau buat cerita baru, Ra. Me And My Abang Buku Tiga Lima. Sure meletops gitu,"

Lara cebir bibir. Abang Buku Tiga Lima? Old schoolnya tajuk!

"Hahaha. Tak sedap langsung tajuk tu, Ru. Kalau aku jadi reader, aku campak masuk tong sampah. Lepas tu aku bakar aje novel tu dengan tong sampah tu sekali."

"Hamboi. Sesedap asam boi aje kau nak campak novel orang, bakar novel orang, ya? Eh, bukan saja-saja tau wujudnya kata-kata don't judge the book by its cover! Baca dulu, baru tahu isi. Kalau dah sah isinya sampah pun, sanggup ke kau baling ke tong sampah? Hah? Harganya sekampit beras tu. Kurang-kurang, simpanlah. Hargai karya orang. Tak masyuk jiwa kau, tak semestinya orang lain pun tak masyuk sama," bidas Ruru, tak mahu kalah.

Lara melongo seketika. Sesekali Ruru naik syeh, berbicara soal luar bidang dia, naik gerun juga Lara dibuatnya. Oh, lupa! Bukan ke Ruru ni hantu novel juga merangkap proofreader terbaik yang Lara pernah ada?

"Eh, sudahlah. Aku nak masuk siapkan skrip telemovie. Next month dah nak shoot. Kalau dah siap masak lunch nanti panggil aku, ya? Lapar ni! Okey, bye!"

Muncung Ruru sudah sedepa panjangnya.

Makan mau, masak malas.

MUA MOST WANTEDWhere stories live. Discover now