Bab 6

1.3K 45 0
                                    

"Jerry sayang, Jerry jangan main jauh-jauh, ya? Jangan terjun pool tau! Jerry belum lulus lagi ujian berenang. Lara duk sini kejap, ya? Errr... Hello. Ya!"

"Hello darling Lara."

"Yup Datin Lulu. Lara ni. Hawau you? Datin dah balik dari UK ke?" soal Lara ceria. Kaki dicelup perlahan ke dalam kolam renang sambil mata melilau memerhati lagak Si Jerry yang tercengang bila air dalam kolam renang sedikit berombak.

"Dah balik dah. Baru touch down ni hah. Suddenly teringat dekat you. How's your progress, darling? Bila boleh submit masterpiece baru you tu?"

Errrkkk! Masterpiece? Lara rasa tersedak liur sendiri.

Aigooo mak Datin ni. Turun kapal terbang aje terus teringat pasal manuskrip aku? Gilalah! Bukannya tak ada penulis lain dalam kompeni dia. Kalau adalah tournament antara penulis seantero Malaysia ni, kompeni Fairytale To Tell boleh buat 4 pasukan kut!

"Errr... 35 persen dah siap, Datin. Actually, progress lambat sikit projek kali ni sebab Lara tulis dan edit terus. Haaa..." balas Lara yakin.

Oh, keyakinan itu satu kemestian. Cakap mesti hebat, walaupun...

"Wah. Okeylah macam tu. By the end of next month dah boleh terus cetak tu. Nanti I bagi tahu pada Allana, okey? You know what? Readers nowadays memang suka sangat cerita-cerita you. Chicky, sweet. Cukup rasa!"

Mata bulat Lara terhenti berkerdip sebentar. Mak aih? Dahsyatnya mak Datin ni. Sekarang ni dah tengah bulan. Progress baru 35 persen. Hujung bulan depan dia expect boleh terus terbit? Dia ingat aku ni mesin perah idea ke apa?

"Errr... Macam too soon aje, Datin? Lagipun novel Lara kan baru keluar 4 bulan lepas. Kita bagi peluang pada penulis baru la ya, Datin?" pujuk Lara.

Gila nak capai 100 persen dalam masa berapa minggu aje? Tak payah tidur? Tak payah makan?

"Itu novel lama dah. I nak idea baru dari you, Lara. You tahu tak, Lara? Datin Jala tu duk call I non stop tanya pasal you. I dah try propose cerita dari penulis lain tapi dia tetap nak you. I tengah shopping pun dia duk call. Lemas tau!"

Hati Lara kembang kuncup berbunga-bunga mawar bertaman-taman. Siapa tak kenal dengan Datin Jala? Drama terbitan dia memang selalunya kebaboom, meletop top top. 5 dari 7 novel Lara dah diadaptasikan ke drama dek Datin Jala.

"Ala, Datin. Datin pujuk la Datin Jala, ya? Minta dia bagi peluang pada writer lain. Ramai lagi yang bagus-bagus dan ada cerita menarik. Haaa. Novelis tajuk novel Made In Uganda tu. Okay what? Menarik cerita tu. Satu lagi yang tajuknya Aku Yang Poyo, Kau Yang Panas. Itu pun macam best juga. Tak klise. Bukan cerita pasal Tengku tengki ke apa. Kan?"

"Ya, Lara. Memanglah tak klise ke apa. Tapi branding tak ada. Brand you dah ada. Bolehlah ya, Lara? Please... Please. I janji. Kalau you berjaya submit, I belanja you pakej ke Jepun. Last year you pergi Korea, kan?"

Pula! Lara garu dagu yang tak gatal. Nampak bersungguh benar pula si mak Datin ni. Siap nak bagi reward kalau dapat ikut deadline.

Rezeki tu, Lara! Tapi, arghhh! Bukan senang kut! Cumanya bila teringatkan kata-kata Ruhaines a.k.a Ruru, selagi orang tengah perlukan kita, layankan aja... Maka Lara pun berlapang dada mengosongkan kepala untuk terima aje tawaran Datin Lulu tadi. Tak cuba, tak tahu. Kan?

"Okey, Datin. Lara cuba, ya? Tapi Lara tak janji tau! Nanti Datin prepare backup, ya? Lepas tu kan, Datin..."

"Ya. Don't worry. I tahu. Makan minum you bulan ni I tanggung, okey? You tak payah masak, basuh baju ke apa. Just concentrate on your manuscript."

Wahhh! Lara menjerit tanpa suara. Kalau tak menulis pun dia memang sedia malas masak dan tak tahu masak pun sebenarnya melainkan masak air, Maggi dan juga roti bakar. Ini pula kalau dipelawa macam ni. Memang terbaik sangatlah!

"And one more thing. Kalau you perlukan privacy ke apa, nak cari idea dan perlu ke mana-mana ke, just let me know, okey? I akan uruskan vacation. Yang penting, I nak manuskrip terbaik daripada Lara Amani. Boleh?"

Tu diaaa. Vacation, okey? Tang inilah yang jadi asbab Lara tak pernah rasa nak menduakan Datin Lulu. Sejenis yang hidup dengan motto: Anything, just name it. I just want excellent results. Kononlah!

Tapi... Kejap aje masa berbaki? Mampu ke dia? Kalau boleh dicopy paste sahaja storyline dari mana-mana drama, mungkin boleh.

Drama apa, ya? Drama Korea, berbahaya! Trend sekarang orang lagi teruja layan kisah hero mata sepet rambut cucuk biji mata, heroin pula asal cakap mesti ala-ala tertelan speaker. Tak payah kata orang lain, dia dengan Ruru pun terjebak sama!

Pinoy? Bahaya juga. Biasanya yang best aje tayang dekat Malaysia. Tak gigih Lara nak cek satu-satu drama Filipina yang wajar dicopy paste.

Lakorn? Pun bahaya juga walaupun musim cerita Thailand macam dah suram menyerang Malaysia. Ahaaa, drama Bangladesh? Boleh Lara interview sahaja mamat help desk dekat bawah tu.

Tapi, ahhh. Tak payah nak copy sangatlah! Fresh idea, boleh? Biar orang kata idea santai tapi bukan main tibai. Idea orang sesedap rasa dijadikan idea sendiri, ubah sana sini dan ambil kredit. Berkat ke?

"Okeylah, Lara. I'll call you lagi, okey? I nak fly ke Langkawi kejap. Si kecik ni mengada-ada sungguh nak ke sana nak ambil info kisah Mahsuri. I dah suruh Google, tapi you tahulah kan Raisya ni macam mana. Chow!"

"Errr. Chow cincau!" balas Lara pendek.

Tu dia orang kaya. Terasa nak ke Langkawi, turun aje flight terus tempah tiket. Nasib baik anak Datin Lulu semuanya perempuan. Kalau tidak, memang dah lama Lara masukkan dalam azam tahun barunya nak jadikan Datin Lulu mak mentua. Senang hidup!

MUA MOST WANTEDWhere stories live. Discover now