Done. Save.
Faheem tarik senyum lega. Kalau orang lain nak lepas stres ke gim, dia pula hanya ini aje yang mampu. Semuanya cuma di hujung jari sahaja. Jimat masa, jimat duit.
"Kau patut masuk Akademia Fantastika la, Bam. Dijamin sebelum konsert prelude undian kau tahap Everest. Mak berani jamin!"
"Mengarutlah kau ni, G. Aku suka-suka ajelah. Bukan serius pun."
"Suka tak suka, follower kau lagi ramai dari penyanyi senduduk tu. Harap aje hidung cucuk bagi mancung. Suara, ke angkasa. Alien pun tak sanggup dengar noks."
Faheem gelak besar. Sesedap rasa aje Si Ogy ni komen. Komen gaya macam ni harus kalau Ogy Ahmad Daud dengar pun boleh tangkap leleh. Meresap, menyakitkan. Kejam!
"Bam..." panggil Ogy perlahan.
"Hah. Amenda?" soal Faheem tanpa memandang.
"Job petang ni cancel la. Macam biasa. Depo hari tu depa kata ambil aje," adu Ogy dengan muka suram.
Faheem tarik senyum tipis. Nafas ditarik dalam-dalam. Sama dalam hati dipujuk supaya bersabar. Sudah diajar dan diingatkan pada dirinya sendiri supaya percaya pada rezeki dan janji Allah. Relaks. Bukan tak biasa job kena cancel last minute. Job dah settle, organizer lari tak bayar full. Selagi duduk di dunia, 1001 perangai manusia kita akan jumpa.
"Tak apalah, G. Bukan rezeki kita hari ni. Bukan rezeki dia juga," balas Faheem perlahan.
"Memanglah bukan rezeki kita hari ni. Masalahnya rezeki Si Paulina tu ha, siapa nak bayar? Baju dah sewa. Jadi tak jadi tetap kena bayar, Bam!"
"Takkanlah rigid sangat Si Paulina tu. Bukan sekali dua kita sewa baju dia, kan? Bukan selalu pun cancel," balas Faheem sambil memerhati list job minggu hadapan. Tak adalah banyak mana tapi alhamdulillah hari-hari paling tidak ada 1 job menanti. Kalau bukan untuk fashion show, photo shoot mana-mana butik pakaian. Iklan majalah, televisyen pun dia sebat juga. Asal ada job, asal halal.
"Aku rasa kan, baik kau dengan kembar kau tu berdamai aje la, Bam. Tak ke mana pun kau orang nak bergaduh. Takkan nak tunggu sampai ke anak cucu baru masing-masing nak celik mata. Itu pun kalau kau orang tak berebut perempuan yang sama. Hiksss. Seram bulu tengkuk mak nak membayangkan calon isteri kau, Bam. Kesian dia dapat kau yang jenis berkira serba-serbi ni."
Faheem tak menjawab. Cuma anak mata saja yang mengerling tajam pada wajah Ogy yang tersengih-sengih tayang muka tak bersalah.
"Tolong, ya? Kami bukan kembar."
"Dah lahir sama hari, kembar la tu."
"Apa-apa ajelah, G. Yang penting kat sini, bukan aku yang suka cari pasal selama ni. Titik. Noktah."
"Ya, mak tahu. Kau baik. Soleh lagi tulus ikhlas maaf zahir dan batin. Tapi Bam, kadang-kadang mulut kau tu boleh tahan jahat juga. Tiap kali terserempak dekat mana-mana majlis, kau juga yang tembak dia dulu. Betul tak? Jangan nak membohong."
"Bukan akulah. Dia yang mulakan dulu. Kau rasa? Job kita selama ni banyak dia yang sailang, G. Ya. Aku percaya yang rezeki tu datang daripada Allah tapi orang busuk hati, busuk segala organ dalam badan macam dia tu kalau boleh makanan dalam mulut aku yang aku tengah kunyah pun dia nak korek keluar. Contoh? Job petang ni. Aku dah agak dah mesti cancel sebab Dato Kahar tu salah seorang shareholder ayah aku."
"La haih. Shareholder ayah kau? Dah kau tahu macam tu, yang kau terima dah kenapa?"
"Saja. Aku nak buktikan yang sangkaan aku selama ni betul. Memang kerja dialah kalau job kita kena cancel."
Ogy tepuk dahi berkali-kali sambil mulut bergerak membebel tanpa butir jelas.
"Haah. Dengan sangkaan kau tu nanti kau bayar pada Paulina, ya? Elok sangat. Sama-sama keras kepala. Aku yang jadi mangsa. Benci!" rungut Ogy seraya tangannya menyeluk poket seluar bermudanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi.
"Alahai, berapa sangatlah Paulina tu minta ganti rugi pun. Bayar ajelah!" balas Faheem, tidak mahu kalah. Tapi balasannya disambut dengan isyarat jari supaya berdiam dek Ogy.
"Hello. Ya. Waalaikumussalam. Ogy bercakap ni. Apa? Boleh! Nanti WhatsApp alamat, ya? Okey, bye."
Telefon bimbitnya ditekup ke dada dengan senyum puas hati dan buang keluhan panjang.
"Lajunya kau cakap. Tiba-tiba boleh. Tiba-tiba minta alamat. Siapa tu, G?"
"Alhamdulillah. Rezeki memang tak pernah salah alamat, kan? Selamat sangkaan kau tadi, Bam. Tak payah kau bayar. Dah siap-siap cepat. Lepas maghrib gerak. Yiehaaa! I love my job. Ahak-ahak."
Faheem melongo. Ahak-ahak? Apa tu?
YOU ARE READING
MUA MOST WANTED
Художественная прозаPENULIS: AIFA BATRISYA TAJUK: MUA MOST WANTED TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT : 560 HARGA : RM23 (SM)/RM26 (SS) Pernah tak anda mengalami situasi begini? 1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal? 2) Cuba call rakan...