Bab 9

1.2K 22 0
                                    

LAMA Benjamin memandang kedua-dua telefon bimbit yang berada di tangannya itu. Satu miliknya dan satu lagi milik Eiman. Bibirnya berat menghembuskan nafas. Selama seminggu lebih ini, rasa bersalah menyesakkan jiwa dan mindanya. Apatah lagi bila dia sedar ada seseorang yang setia menanti perkhabaran daripada Eiman.

Mata dipejam dan kedua-dua tangan naik memeluk tubuh saat angin menyapa tubuhnya. Dia tak tahu apa lagi yang harus dia lakukan saat ini. Ingin berkata jujur tetapi keluarga menghalangnya dari memberitahu perkara sebenar kepada Aulia. Tetapi kalau terus begini, dia tak tahu adakah dia mampu menyamar seperti Eiman, sepertimana yang dia lakukan tadi?

"Benji... Is that you?" Kedengaran suara wanita bertanya dari arah belakang.

Dia menoleh dan bayang ibunya kelihatan dari dalam rumah.

"Ya," jawabnya kemudian. Kedua-dua telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Si ibu datang mendekati bersama winter jacket di tangan lalu dihulurkan kepada Benjamin.

"Dah pukul dua setengah pagi, Benji. Kenapa tak tidur lagi?"

"Tak dapat tidur." Winter jacket yang dihulurkan kepadanya itu terus disarungkan ke badan.

Sebenarnya, dari awal lagi dia tak dapat melelapkan mata. Kepalanya asyik memikirkan tentang Eiman, bahkan ditambah lagi dengan mesej yang dititipkan oleh Aidit kepadanya dan disusuli dengan panggilan daripada Aulia sebentar tadi membuatkan lagi matanya celik sehingga kini.

"Mama pun. I can't stop thinking about Eiman. He looked so lost and confused."

Air mata yang baru saja kering itu kini kembali mengalir ke pipi. Hati ibu mana yang tak sedih bila mengenangkan keadaan Eiman itu.

Benjamin memandang ke sisi, melihat Puan Elena menitiskan air mata membuatkan lagi hatinya sarat dengan rasa bersalah. Bahu orang tua itu dipeluk erat apabila tangisan Puan Elena semakin kedengaran.

"Kalaulah Ben tak setuju untuk ke Piha Beach tu, perkara ni takkan jadi, ma," ucap Benjamin dengan penuh kesal.

"Don't blame yourself, Benji."

"I should not agree bila dia ajak untuk panjat Lion Rock. It was slippery, I know. I'm well aware but he was so excited. I was so dumb bila bersetuju untuk tak memanjat kat laluan yang disediakan. Just for a freaking challenge!" Benjamin tertunduk seraya mata dipejam rapat. Sungguh, dia kesal.

Andai dia berada di belakang Eiman, mungkin dia dapat selamatkan si adik, mungkin dia yang berada di tempat Eiman ketika ini. Tetapi waktu itu, dia berada di hadapan dan saat dia berada dalam ketinggian kira-kira 40 meter, Eiman masih gigih memanjat. Tangan dihulurkan ketika Eiman semakin mendekat dan apabila tangan si adik cuba menyambutnya...

Benjamin meraup wajah. Tak sanggup rasanya hendak mengenang kembali kejadian yang hampir meragut nyawa Eiman itu.

Sungguh, dia hampir kaku apabila melihat tubuh Eiman sudah tersadai di atas pasir pantai. Tetapi sesaat kemudian, dia bagaikan tersedar ketika orang ramai mengerumuni sekujur tubuh itu. Waktu itu, dia sudah tidak memikirkan tentang dirinya lagi, apa yang ada dalam fikirannya adalah untuk turun ke bawah dan mendakap erat tubuh si adik yang sudah terkulai layu.

Air mata yang bergenang cepat-cepat diseka dari mengalir. Dia tidak mahu Puan Elena semakin bersedih. Walaupun sebenarnya hanya Tuhan yang tahu betapa dia rasa bersalah. Bukan saja pada Eiman malah pada Aulia, Aidit dan Danish. Bukan niatnya mahu menyembunyikan perkara sebenar daripada mereka tetapi itulah kehendak keluarga.

Hanya Itu PintakuWhere stories live. Discover now