"Tapi, macam mana aku boleh dapat ingatan aku?"
"Setiap kali kau lalui situasi yang sama. Masa silam kau sedikit sebanyak akan muncul" terangnya tanpa jemu menjawab pertanyaanku
Arissa Aurora adalah nama sebenar Arin Syaheila? Siapa yang bagi nama aku ni? Ayahanda atau bonda? Kejap..kejap
Aku mula mengingati hasratku yang terbantu dek kerana tidak berjumpa dengan Bob.
"Aku rasa Bob tahu keberadaan ayahanda dan bonda aku" Gibran terus membulatkan matanya
"How did you know that?" tanya Gibran dengan kerutan didahi
"Aku terdengar perbualan Bob dengan seorang lelaki. Aku dengan dia kata nama Albert" terang aku kepada Gibran
Aku mula berdiri dan berjalan mundar mandir memikirkan ayahanda dan bonda berada dimana.
Bayangkan setelah kau tahu ayah dan ibu kandung kau masih hidup tetapi tidak diketahui keberadaan mereka. Tak susah ke hati kau?
"Aku pasti Ayahanda Albert dan Bonda Rossa berada ditempat yang selamat. Cuma.." ayat Gibran tergantung membuatkan aku tertanya tanya.
"Cuma ape? Ish kau jangan buat aku risau" keluh aku. Aku mengambil tempat dudukku disebelahnya kembali
"Cuma kau yang berada dalam keadaan bahaya"
"Aku? Asal aku dalam bahaya?"
"Kerana esok malam bulan merah" yela! Baru aku ingat esok malam bulan merah! Aku menepuk dahiku. Macam mana boleh lupa Arin?
LORRY'POV
Aku melihat mereka yang diikat dengan penuh kemarahan. Sedikit sebanyak menimbulkan idea dibenak fikiranku. Aku tersenyum sinis melihat mereka yang menahan sakit.
Kau akan jatuh dalam genggaman aku! Dan planet Agustra akan menjadi miliku. Takde siapa boleh halang aku
"Marry!" terkocoh kocoh Marry berlari kearahku apabila mendengar namanya dipanggil
"Aku nak kau bunuh budak tu" Marry menoleh kearah yang ditunjuk olehku
"Mana satu bos?" yela dah ada dua budak lelaki yang diikat. Mana satu nak dibunuhnya
"Yang sebelah kanan" kataku sebelum berlalu pergi.
Aku menuju ke bilik gerakan khas untuk merancang sesuatu perkara. Kali ini aku merancang untuk merebut kunci yang berada didalam badan manusia terpilih. Atau lebih tepat dalam badan ArinSyaheila
Ariana dan rakan-rakannya sungguh bodoh memilih manusia yang tidak mempunyai kebolehan sama sekali. Bak kata orang budak mentah. Huh
"Suzzy, gunakan 'dia' dalam serang hendap kita"
Sunzzy hanya menuruti arahanku. Siapa yang berani melawan? Takde siapa. Hahaha semuanya lemah! Tak standing denganku.
"Lorry, kita mulakan malam ini?" mendapatkan kepastian Lorry. Kang salah habis dihemburnya aku
"Kita mula malam ni. Siapkan semua anak buah kita. Pastikan senjata semua lengkap! Aku taknak misi ini gagal!"tegas arahan yang aku keluarkan.
Butang interkom ditekan Suzzy, lalu terdengar bunyi hingar binger dibawah menandakan semua anak buahnya sedang mengamil posisi dan bersiap sedia dalam misi yang telah aku arahkan.
Zulaikha'POV
Aku dan yang lain keluar daripada bilik latihan dan menuju ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri.
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...