Gibran'POV
Aku membawa manusia terpilih menuju ke tempat Rissa sebentar tadi. Namun perjalanan kami terhenti seketika dek kerana siren dirumah itu berbunyi.
Ini bermakna Lorry sudah mengetahui ketiadaan manusia terpilih di bilik kurungan itu. Aku menyuruh mereka yang lain untuk meneruskan perjalanan kami yang tergendala dengan lebih pantas.
Tiba tiba, beberapa orang Lorry muncul dihadapan kami dengan mengacukan senapang masing-masing
"Hati hati ! Jangan sampai terkena tembakan ! Kalau kena korang mati !" aku menjerti memberi amaran kepada mereka yang lain.
Aku terus meluru ke arah mereka lalu merampas senjata mereka. Aku gunakan senjata mereka untuk menghapuskan mereka yang lain.
See senjata makan tuan.
Kelihatan Lisa dan Zulaikha juga sedang bergabung mengalahkan orang Lorry. Haziq pula sedang membakar orang Lorry dengan senyuman. Tidak dilupakan Anip yang sedang mengigit leher orang-orang Lorry dengan pantas.
Setelah orang orang Lorry berjaya ditewaskan . Aku dan manusia terpilih meneruskan perjalanan menuju ke tempat Rissa.
"Weyh, siapa mamat tu sebenarnya? And Rissa yang dia maksudkan tadi tu Arin ke?" tanya Zulaikha kepada Lisa.
Tiba tiba Gibran muncul kemudian lepaskan kitaorang dari bilik itu. Sedangkan sebelum ini kitaorang tak pernah jumpa atau tahu siapa Gibran. And who's Rissa? bisik hati Zulaikha
"Aku adalah sepupu Rissa. And yes, Rissa adalah Arin kawan korang" jawabku namun pandanganku masih tertumpu kehadapan.
Zulaikha dan Lisa berpandangan seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Pasti mereka terkejut bagaimana aku boleh tahu apa yang mereka fikirkan.
"Tapi asal Arin tak pernah cerita kewujudan kau?" Anip mula bersuara
" Aku sendiri yang larang dia daripada bagitahu korang kewujudan aku. Sebab aku nak siasat kawan korang" terangku kepada mereka. Bukan salah mereka sekiranya mereka mempunyai banyak persoalan terhadapku.
"Kau maksudkan Zahidah?" tanya Lisa dengan nada yang getar
Siapa sangka kawan yang kita anggap sebagai saudara sanggup tikam belakang kita? Persahabatan kitaorang memang dah lama. Tapi lagi lama persahabatan Zahidah dan Arin. Mereka membesar bersama-sama daripada kecil lagi.
Aku pasti Arin akan dua kali ganda kecewa berbanding kami gerutu Lisa di dalam hati.
Aku hanya mengangguk kepada soalan Lisa sebentar tadi.
Aku memberhentikan langkah seketika apabila terlihat kelibat orang-orang Lorry sedang mengelilingi kawasan yang mereka perlu lalui untuk menuju ke tempat Rissa.
Aku membaling beberapa bahan letupan yang diberikan oleh Rissa sebelum kami berada disini.
Sekelip mata, kawasan tersebut dipenuhi asap. Kelihatan orang-orang Lorry turut rebah satu per satu.
Aku dan yang lain meneruskan perjalan kami dengan berhati hati.
Tanpa aku sedar, perilaku kami diperhatikan seseorang
Korang tak boleh lari daripada aku kemudian wanita itu ketawa melihat Gibran dan manusia terpilih yang lain
Author'POV
Aku dan Zeeta masing masing sudah berhenti daripada menyerang sesama sendiri.
"Ini bukan kau Zahidah" tak pernah aku berputus asa untuk menyedarkannya yang perbuatannya ini salah.
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...