Gibran'POV
Aku melihat Red diletak ke dalam sebuah kiub oleh seorang perempuan .
Dikeliling kiub itu terdapat satu kuasa yang aku jangka sungguh kuat sehinggakan auranya dapat aku rasa .
Namun, kakiku masih tidak berganjak . Masih berdiri disini bagaikan patung cendana .
Dada Rissa sakit apabila Lorry menyerang Red ? Kenapa Rissa perlu merasakan sakit itu ? Adakah ini yang dimaksudkan Lorry ? Tentang takdir aku dengan Rissa ?
Adakah ini pertanda bahawa manusia itu memiliki hati Rissa ? Manusia itu adalah takdir Rissa ?
BOMM BOMM( bunyi guruh) .
Kedengaran guruh berdentum hebat dilangit . Aku menoleh memandang Rissa dan Lorry yang sudah bersedia memulakan perlawanan mereka.
Kelihatan masing masing sudah menghasilkan senjata mereka menggunakan kuasa yang berlainan . Pandanganku kembali kepada Red yang tidak sedarkan diri .
Kalau aku biarkan dia mati . Takdir Rissa mungkin bersamaku
*******************
Zulaikha'POV
"Zeeta . Kita dekat mana sekarang ni ?" tanya aku sambil meletakkan tubuh Zeeta didinding .
"Aku.. tak tahu . UHUKKK" kelihatan cecair merah keluar daripada mulut Zeeta .
"Kau okey tak ni ?" tanya Lisa dengan kerutan didahi . Risau melihat keadaan Zeeta selepas sedar daripada pengsan sebentar tadi .
"Aku rasa ini kesan daripada kuasa yang dia gunakan kepada Arin" jawab Haziq membuatkan aku memandang .
"Entah entah cahaya lagi satu tu daripada kau . Perasan tak ada satu cahaya yang berlainan terhasil lalu mengelilingi Arin tadi " aku membuat kesimpulan .
Zeeta mengangguk lemah .
"Lisa , tak boleh ke kau telepati Arin ?" Anip bersuara setelah semua kembali membisu .
" Tak . Telepati aku terhalang dengan sesuatu . Aku tak boleh berkomunikasi dengan dia ." jawab Lisa dengan menunduk .
'Aniq . Kau dengan dia takde beza la weyh '
'Cis . Dia lagi lawa daripada kau .'
'Habistu , kau fikir kau handsome ke daripada dia ? Well, act en dia lagi cute daripada kau !'
'Tadi kata aku dengan dia takde beza. Kiranya aku pun cute jugak lah.'
"Woi ! Siapa tu " jerit Anip dari belakang Haziq .
Entah bila dia dekat belakang Haziq pun aku tak tahu.
Aku dan Lisa sudah berdiri melindungi Zeeta yang sedang lemah .
" Maaf . Kami terlupa memperkenalkan diri kami " tutur satu suara yang boleh aku agak seorang perempuan .
"Bukan sahaja perkenalkan diri tetapi memperlihatkan diri juga " balas Haziq sambil matanya melilau lilau mencari dimanakah pemilik suara itu .
"Ouh , maaf sekali lagi "
Kelihatan seorang perempuan dan seorang lelaki yang sedang berdiri beberapa jarak dihadapan kami melangkah perlahan perlahan mengahmpiri kami .
"Aku Sheila dan yang disebelah aku pula Aniq " kata Sheila dengan senyuman .
"Korang ni siapa ? Asal muka dia sama macam aku weyh . Tapi aku lagi handsome la ! Dia buruk sikit " ujar Anip selamba sambil melangkah menghampiri Aniq .
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...