Author'POV
Adakah Zeeta kembar aku?
"Mana anak Albert pergi bonda?!" tanya Albert dengan nada yang cuba dikawal supaya isterinya dan Irish tidak mengetahui perkara ini.
Biar ini rahsia antara dia dan bondanya sahaja.
"Apa yang bonda boleh beritahu, cucu bonda telah dibawa ke dunia kegelapan" beritahu bonda sambil mengusap lembut bahu anaknya untuk menyalurkan sedikit kekuatan.
"Abang ! Apa yang diborakkan berdua dengan bonda tu?" tegur Rose yang sedang mendodoikan aku di pangkuannya
Albert dan bonda terus menghampiri Rose yang sedang seronok bermain dengan puteri tunggalnya.
'Aku mesti cari anakku kembali' sempat aku membaca fikiran ayahanda dikala itu
Aku memandang Zeeta dengan pandangan yang aku sendiri tidak pasti untuk ungkapkan.
*****
Malam berganti dengan pagi yang cerah disertakan pelangi.
Dikala ini aku dan Zeeta berada di sebuah lapangan yang penuh dengan warna hijau.
Duduk berdua disini tanpa bersuara membuatkan aku rasa kekok seketika.
"Kalau betul kita kembar. Apa kau nak buat?" aku mulakan perbualan terlebih dahulu
Zeeta bangkit terlebih dahulu lalu memandang aku sekilas
"Jujur aku keliru siapa aku sebenarnya" sayu saja Zeeta berkata
Aku turut bangkit lalu berhadapan dengannya. Mungkin ini masanya aku tahu siapa yang hasut Zeeta supaya dia berpaling tadah
"Jelaskan macam mana pertemuan kau dan Lorry berlaku tanpa pengetahuan aku" tanya aku.
Sungguh terkilan aku apabila mereka yang lain memberitahu aku tentang Zeeta yang berpaling tadah dengan kami.
Pada mulanya aku bantah dan berkeras mengatakan yang Zeeta tidak akan mengkhianati kami. Tapi jangkauan aku salah.
Zeeta yang aku paling percaya mengkhianati aku dengan dendam yang disimpan sendiri.
Siapa sangka?
"Kau ingat masa kau kena serang?" tanya Zeeta sambil memandang pemandangan dihadapannya
"Yang masa kau kena kidnap tu ke?"
Zeeta mengangguk
"Sebelum tu aku ada jumpa spirit aku Eva. Dia bagitahu aku yang Lorry sebenarnya mak kandung aku" aku terdengar keluhan keluar daripada mulutnya
" Aku tak percayakan kata Eva. Lagi lagi pernyataan dia tentang Lorry adalah mak kandung aku. Aku masih berpihak pada kau. Aku tolak takdir yang mengatakan musuh utama kita adalah mak kandung aku"
"Kenapa kau tak bagitahu aku semua ni?!" nada aku sudah mula meninggi.
Kenapa dia boleh berdiam diri tanpa memberitahu aku tentang ini?
"Kau ada masa ke untuk dengar luahan aku ke masatu? Kau sibuk berlatih untuk lawan Lorry dengan manusia terpilih yang lain Arin ! Kau takde masa aku perlukan kau !" nada Zeeta juga sudah meninggi
Aku terdiam.
Memang aku sedar masa aku dengan Zeeta semakin berkurang dek kerana latihan yang diberikan oleh Bob.
"Malam tu jugak, Eva datang jumpa aku bawak pesanan Lorry." sambung Zeeta
"Biar aku teka, dia bawak vid Arsyad?" celah aku
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...