Aku takkan biarkan Rissa pergi dari hidup aku untuk kali kedua tekad Gibran
Kami berpisah mengikut laluan masing masing seperti yang diarahkan oleh Gibran.
Pandangan aku dan Zulaikha bertembung beberapa minit sebelum kami bergerak secara berasingan.
Aku memegang erat pedang yang aku gunakan selama ini. Lorong yang gelap ini aku terangkan dengan bebola apiku
Ye, unsur api adalah kekuatanku. Kekuatan ini memudahkan kerjaku dan aku sukakanya !
Aku berjalan dan terus berjalan sehingga aku tiba di jalan mati.
Halah ! Satu hal pulak kena patah balik keluh aku
Perlahan lahan aku balikkan badan kebelakang
"Oii mak kau!" latah aku sambil mengurut dada.
Kelihatan Anip sedang tersengih sambil menunjukkan tanda peace.
'Agaknya kalau aku hayun pedang masa aku toleh belakang tadi. Dah mati si gemok ni !' kutuk aku di dalam hati
"Kau jumpa jalan keluar tak?" tanya aku. Pedang yang tadi aku genggam erat, aku turunkan ke sisi.
"Belom lagi. Macam takde jalan keluar je Haziq" jawapan Anip membuatkan aku tersentak . Namun aku pandai menyembunyikan riak wajahku
"Eh tu ada pintu ! Apa kata kita masuk pintu tu !" Anip menunjukkan satu pintu yang terdapat di lorong yang sama dengan kedudukkan kami.
"Kau jalan la dulu. Aku cover belakang" arah aku kepada Anip.
Anip berjalan dihadapan aku seperti yang aku arahkan.
Aku teringat pesanan Gibran,
Kalau korang jumpa orang orang Lorry yang menyamar jadi salah seorang daripada kita. Tikam atau serang jantung diaorang
Pedang yang berada di sisi diangkat separas? dengan jantung Anip. Tanpa berfikir panjang, aku terus menikam tepat dijantung Anip.
"Arghhhh" jerit Anip sambil perlahan lahan menoleh kebelakang memandang aku yang sedang tersenyum sinis.
"Asal kau tikam aku !" jerit Anip sambil mencuba menarik keluar pedangku
"Sebab kau musuh . Bukan kawan " sejurus itu aku terus menolak pedangku semakin dalam ke jantung Anip.
Tiba-tiba Anip terus bertukar menjadi abu. Aku tersenyum puas
Nasib baik kitaorang terima idea Gibran tadi bisik hatiku
AuthorPOV
AKu memandang Zeeta dengan pelbagai pandangan.
Marah, sedih,simpati dan semuanya bergabung dalam satu pandangan. Warna mata aku juga sudah berubah warna menjadi biru.
Elemen air. Kuasaku bercampur kerana kehadiran Ariana dan yang lain di dalam badanku.
Zeeta terus melemparkan bebola bayangnya kepadaku. Namun aku sempat mengelak.
Memang aku masih mengelak daripada serangan Zeeta berbanding menyerangnya. Aku tak sanggup menyakitinya.
"Kita tengok sampai bila kau boleh elak Arin !" jerit Zeeta sambil membaca satu mantera yang aku sendiri tidak dapat mendengarnya
Istana ini bergegar seketika apabila Zeeta mendepakan tangan sambil tersenyum sinis melihatku.
Aku memandangnya dengan terkejut kerana dibelakangnya terdapat satu raksasa bayang yang aku pasti ia kepunyaan Zeeta
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...