Tubuh itu aku sambut dengan linangan air mata . Rambutnya yang menutupi wajahnya aku selak . Senyuman hambar diberikan kepadaku .
"Kenapa? Kenapa ?" tanyaku perlahan . Cukup untuk dia dengar .
Dengan perlahan tangannya diangkat mengusap air mataku . Tangan itu aku sambut dan aku letakkan dipipiku . Kekal menghangatkan wajah sedihku .
"Kau kena hidup Rin . Kau - urgh - kau kena selamatkan Agustra _Blurkk-" darah tersembur keluar daripada mulutnya .
Aku menggelengkan kepalaku memberi isyarat supaya dia tidak berbicara .
Wajahnya aku tarik kedalam dakapanku
"Bertahan . Please , Demi aku " ujarku sambil memerhatikan wajah bersih itu dengan hambar .
'Aurell, kau tak boleh tolong dia ?'
'Maaf, tapi kalau aku tolong dia kemungkinan tenaga aku dah habis untuk bantu kau'
'TOLONG SELAMATKAN DIA AURELL . AKU RAYU ' rayu aku menahan sebak .
Aku taknak kehilangan dia sekali lagi . Tidak .
'Aku cuba' pilu hati mereka melihat Arissa sebegini .
Aurell menghulurkan sedikit kuasanya . Namun , kuasa itu tidak mencukupi ia hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja .
Mungkin .
"Ariana . Keluar " arahku sambil meletakkan tubuh itu .
"Aku nak kau jaga dia . Jangan tinggalkan dia ." tegasku kepada Ariana dan dia hanya mengangguk .
"Hati-hati . Awak harapan terakhir kami" pesannya sebelum aku melangkah pergi .
Aku juga sudah meletakkan mereka didalam pelindung yang sudah aku sediakan untuk keselamatan mereka . Aku tahu Ariana boleh mampu mempertahankan diri .
Tapi Zeeta ?
Aku tidak sanggup mengambil risiko ."Aku dah bagi warning dari awal lagi . Tapi kau degil ! Tengok sekarang ? Kawan kau dah mati sebab kau ! " kata Lorry sambil ketawa . Auranya masih kuat .
"Menyerah kalah sahaja manusia . Kau tidak akan mampu mengalahkan aku ! Aku yang paling berkuasa di sini ! " katanya bongkak sambil bermain main kecil dengan kuasanya .
Aku mengetap bibir menahan rasa . Tangan aku genggam sekuat hati . Tanpa sedar , Lorry sudah membangkitkan sisi gelap yang dikawal Jack .
'Tenang Rissa . Dia cuba buat kau marah supaya kau hilang kawalan ' pujuk Jack apabila kawalannya sudah mula goyah
"Kau tak sayang nyawa kawan-kawan kau ke ? Atau kau memang ada niat nak bunuh mereka ?! Wah ! Aku tak sangka " provok Lorry sambil membuat muka terkejut .
"Ouh aku lupa ! Kau memang daripada kecil suka mempertaruhkan nyawa orang tersayang demi kepentingan diri " sambungnya
Rissa ! Kawal kemarahan kau ! ' jerit Jack tatkala kawalannya semakin susah untuk dikawal
"Sekali lagi dia bersuara . Aku bunuh dia " ujarku perlahan dengan linangan air mata yang sudah mengalir . Genggaman aku sudah mula mengalirkan darah .
Badan juga terasa panah . Helaian rambut bawahku sudah berubah mereh semua .
Ketawanya sungguh menyakitkan hati .
Jack sudah mengeluh . Namun, tidak pulak dia bersuara melainkan bersiap sedia untuk bertempur denganku .
" Satu dah tumbang . Lepasni semua akan mati HAHAHAHA ! Aku akan bunuh semua yang menghalang kerja aku ! Terutama keturunan Albert yang celaka itu ! " Lorry bertekad dengan yakin kerana Lorry pasti dia mampu mengalahkan mereka yang lemah .
YOU ARE READING
Classmate.
FantasyKisah Arin dan rakan sekelasnya yang terjebak didalam satu situasi yang terpaksa diharungi walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Perebutan kuasa, pangkat serta nama menyebabkan 'mereka' terpaksa meminta bantuan dari dunia luar. Arin ad...