Bab 36

24 3 0
                                    


Tiba-tiba , getaran terasa seperti gempa bumi . Kami berpandangan sesama sendiri sebelum berganjak mencari tempat perlindungan yang lain . Setelah beberapa minit , getaran itu mula hilang dengan sekelip mata . 

Aku mula melangkah menghampiri Zeeta yang berada tidak jauh dariku. Namun, langkahku terhenti dek kerana kesakitan yang aku rasa dibahagian dada .

Aku memegang dadaku sambil mengerang kesakitan . Zeeta yang cuba menghampirku dihalang oleh Eve .

"Arghhhhhhhh!" jerit aku sambil menunnduk. Dada aku bagaikan ditusuk dengan sebilah pisau yang tajam berulang ulang kali . Kenapa tiba tiba sakit sedangkan tadi okey ?

"Eve, kenapa Arin tiba-tiba menjerti kesakitan macam tu? Dahtu, kenapa kau halang aku daripada tolong dia !" nada Zeeta sudah menaik apabila Eve masih menghalangi niatnya untuk membantuku.

"Hati Arin ada terikat dengan sesiapa ke sebelum ni?" pertanyaan Eve mengundang kerutan didahi Zeeta . Apa kena mengena dengan situasi sekarang ?

"Maksud kau ?"

"Arin pernah ada rasa sayang dekat seseorang yang bergelar lelaki ke sebelum ni ?"

Perasaan sayang dekat lelaki ? ArinSyaheila ? Mustahil .

Zeeta menggeleng untuk seketika

"Arghhhhhh !!" jeritanku kembali dengan sakit yang bertambah

"Eve ! Takkan kita nak duduk sini tengok Arin macam tu ?!" kata Zeeta cemas sambil mencuba melepaskan lengannya yang dipegang oleh Eve .

"Kita kena jumpa kawan-kawan kau yang lain . Sekarang" putus Eve .

******************

Lisa'POV

"Sekarang kita nak buat ape ni ?" pertanyaanku dijawab dengan kebisuan mereka yang lain.

Sekarang , kitaorang terpaksa sembunyikan Arin dan Zeeta daripada Lorry . Demi menyelamatkan planet Agustra dan nyawa Arin .

Tiba-tiba tubuh Arin mengeletar dengan hebat tanpa punca yang nyata . Aku dan yang lain terpaksa berundur kebelakang apabila badan Arin mula bergerak agresif .

"Lisa , cuba kau telepati Arin ! Cepat !" arah Haziq .

Tanpa membuang waktu , aku terus cuba menghubungi Arin .

Namun , tiada hasil . Setelah beberapa kali aku mencuba masih tiada riaksi. Seolah-olah telepati aku disekat dengan sesuatu .

"Cuba lagi ! " desak Zulaikha membuatkan aku semakin ketakutan . Takut jawapannya masih sama seperti yang sebelumnya


Sebuah perkampungan yang telah ditinggalkan dek kerana kebakaran . Terdapat tiga orang manusia sedang berlari apabila perkampungan ini mula bergegar seperti gempa bumi .

Tanpa membuang masa aku terus mengikuti mereka sehingga gempa bumi itu berhenti dan salah seorang daripada mereka menjerit kesakitan .

Aku berhenti memerhati mereka .

Setelah aku perhatikan mereka serta jeritan yang bergema membuatkan aku dapat mengagak siapakah mereka .


"Arin mengalami kesakitan dibahagian dada" beritahuku kepada yang lain tanpa memandang mereka .

Pandanganku mesti difokuskan untuk mengetahui apekah yang sedang berlaku .

"Satukan kuasa manusia terpilih" ujarku sambil menghulurkan tanganku yang bercorak.

Tanpa membantah , mereka mengelilingi Arin dan menyatukan tangan sehingga corak itu mengeluarkan cahaya mewakili setiap seorang manusia terpilih .

Classmate.Where stories live. Discover now