Bab 26

21 4 0
                                    


"Rissa masih ingat istana ni?" pertanyaan Gibran disambut dengan anggukan perlahan

Apa yang aku ingat, ayahanda pernah membawaku pergi ke istana itu. Ayahanda berniat memberikan istana ini sempena ulang tahunku yang ke-18. Namun hajat ayahanda tidak kesampaian . Tempat ini juga menjadi tempat terakhir sebelum memoriku terpadam

'Bila Rissa pulang kembali kedunia ini, ada satu misi yang Rissa kena selesaikan'

'Ayahanda buat Rissa takut' ujar gadis kecil itu

'Rissa akan kembali kedunia ini membawa seorang lagi keturunan kita'

Namun gadis itu hanya memandang ayahandanya dengan wajah yang sukar ditafsir

'Ayahanda sayang Rissa'

'Rissa pon sayangkan Ayahanda' balas gadis kecil itu lalu memeluk Ayahandanya

Hanya itu memori yang aku dapat ingati buat masa ini.

"Gibran, ayahanda pernah kata yang Rissa akan kembali kedunia ini dengan seseorang daripada keturunan kita" kata aku sambil memandang reaksi mereka yang lain

"Mungkin aura kegelapan yang berada diantara kawan kawan kau tu adalah seseorang daripada keturunan kau" pernyataan Jack membuatkan aku terkedu

"Tak mungkin" ujarku perlahan

"Sekarang kita boleh buat pelbagai andaian Rissa. Mungkin betul kata Jack" Gibran bersuara

"Bukan Jack je yang rasa, Syeila dan Gibran pon ada rasa benda yang sama" sambung Gibran seraya mengahampiriku namun aku terlebih dahulu menjauhankan diri daripadanya

"Rissa pergi tengok Red" beritahuku kepada mereka yang masih diam tanpa suara

Aku harap kau kuat lepas tahu kebenarannya Arin bisik hati kecil Syeila

****

Haziq'POV

Aku cuba mencari jalan keluar daripada tempat ini. Hampir semua penjuru aku cari dan aku sentuh mana tahu jalan bawah tanah ada en? Haha

Sedang ralit aku memerhati pintu utama dibukak .Dengan pantas aku memadamkan cahaya yang dari tadi menerangi tempat ini.

"Woi! Lepaskan kitaorang la!" tanpa menunggu aku terus menjerit kearah pintu itu

"Bodohlah aku kalau aku lepaskan korang macamtu" katanya . Wajahnya yang terlindung menyukarkan aku mengenalpasti wajahnya

"Aku nak bawak kawan korang ni jumpa korang. Dia daripada haritu lagi nak jumpa korang" sambungnya lalu mencampak seseorang dihadapan sel kami.

Kelihatan badannya yang kurus , wajahnya yang lebam, bajunya yang sudah terkoyak dan yang paling menyedihkan mulutnya dijahit menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan suara !

Sungguh sedih aku melihatnya, Lisa dan Zulaikha tidak dapat membendung air mata mereka ,rasa kasihan mereka kepada Arsyad.

Lelaki itu adalah Arsyad yang merupakan salah satu punca kenapa kami, manusia terpilih berada disini.

Namun, kelihatannya kami terlewat menyelamatkan Arsyad dan Ilyas.

"Weyh sial! Mana lagi sorang kawan kitaorang?!"

"Ouh yang lagi sorang tu dah M.A.M.P.O.S" ujarnya sambil ketawa bahagia.

"Okey, okey. Aku bagi masa korang buat jejak kasih dekat kawan korang ni sebelum semuanya terkorban malam ni" sambungnya sebelum meninggalkan kami ber-enam.

Classmate.Where stories live. Discover now