Chapter 11

267 18 3
                                    

#BeyondTheDimension

Chapter 11

Roselle terus buka mata. Bepeluh-peluh tu badan dia. Dia pegang dada dan dia tepegang tu kalung kristal si Manis. Dia betul-betul tidak faham.

Manis?

Muka yang serupa macam muka dia?

Kalung sakti?

Manis ada kuasa sakti?

Dia mula cari petunjuk dan maklumat. Satu-satunya harapan dia, dia mau jumpa tu Tosundu.

Dia teingat cakap tu inan. Si Tosundu ja harapan terakhir dorang untuk hapuskan Divarung, selain kumpul ingatan si Manis yang sebenarnya ialah dia sendiri. Dia rasa ada sesuatu yang mesti dia selesaikan di alam itu. Tapi untuk apa? Bingung terus dia.

***********************************

Isaac  pandu dengan laju tu kereta Peugeot. Roselle yang tebaring tidak sedarkan diri sana back seater dia tingu dari tu back mirror kereta.

Roselle tiba-tiba pengsan dalam tu Club. Dia tingu tu jam sana dashboard  kereta.  Mau jam 1 pagi sudah. Befikir sudah dia emergency mana mau hantar si Roselle. Dia teingat ada satu kawan dia doktor sana Columbia Asia Hospital di Shah Alam. Hospital yang buka 24jam. Dia mesti hantar si Roselle sana.

Sampai di hospital tu, Isaac terus park tu kereta baru dia cuba contact tu doktor. Bagus juga masa tu, tu doktor masih stay back sana office. Dia salah satu Senior Surgeon yang pernah bedah isteri dia yang meninggal 2 tahun lalu.

Dia terus angkat badan Roselle dan pergi di Emergency waiting room. Terus ada tu beberapa orang staff yang duty malam standby untuk ER tu pergi sambut badan Roselle baru dorang kasi baring badan Roselle sana stretcher. Dorang bawa Roselle dalam Emergency room.

Isaac nampak tu Senior surgeon belari-lari pergi tempat dia. 
"Doctor... once again please... please save my girl..." Bilang Isaac. Tu tangan sana di bahu tu doktor.
"Be patient." Bilang tu Doktor. Doktor Danny Andrew dalam lewat 40an tu umur. Dia pegang bahu kanan Isaac. Isaac panik sudah. Dia terus ikut dorang dari belakang. Pintu Emergency room betutup sudah. Dia duduk befikir sambil tu dua tangan sana kepala. Dia tanya-tanya diri dia. Apa yang tidak kena sama si Roselle sampai boleh pengsan? Tidak tau heart problem ka apa sebab Roselle tiba-tiba pengsan.

Dalam beberapa minit tu Doktor Danny keluar. Isaac terus bangun pegang tu bahu tu doctor.
"I am not sure what happen to this girl. She was breathing fine. She had no problem at all. But she seems to be coma. Don't worry Isaac, we still examine her. You better go back and rest. Anything I will inform you." Bilang tu doktor.
"Can I see her for a while?" Isaac tanya tu doktor.
"Erm..just for a while. Of course. Come..."

Dorang pun terus masuk sana bilik khas Roselle. Dia baru kena kasi pindah oleh tu staff. Exclusive room di hospital tu. Isaac tingu tu muka Roselle. Tenang tu muka macam tidur ja. Macam orang yang sedang lena tidur.

'Sleeping beauty' bilang hati Isaac. Dia pegang tangan Roselle baru dia cium lembut. Tiba-tiba perasaan halus timbul di hati. Sejak dia kenal Roselle, dia rasa wanita itu special di mata dan di hati.

************************************
Roselle buka mata. Dia pegang pipi dia yang basah oleh air mata. Dia tidak sedar dia menangis. Tidak tau kenapa dia rasa kehilangan. Dia pegang tu kalung kristas si Manis.

"Manis anak... kau sudah bangun?" Bilang si Inan yang baru masuk tu bilik pergi dekat tu katil bambu. "Kau nangis ka?" Inan bilang lagi dan dia datang dekat si Roselle. Dia lap tu air mata si Roselle yang mengalir di pipi.

"Ina...kalau saya bukan anak kamu macam mana?"
"Kenapa kau tiba-tiba tanya Ina begitu?" Bilang si Inan. Dia tingu muka si Roselle sambil dia usap-usap tu rambut.
"Ina, kalau..."
"Ish...jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Mari la Ina kasi siap-siap kau baru kita turun. Bapa dan si Pogil tunggu sudah tu di bawah. Kan kamu mau jalan... Manis, Ina harap kau ubahla fikiran. Jangan ikut dorang boleh ka?" Panjang lebar si Inan becakap.

"Saya sudah janji. Saya mesti ikut dorang si Pogil mau jumpa si Tosundu. Mana tau ada maklumat pasal Manis." Bilang lagi si Roselle. Si Inan tingu ja muka si Roselle. Dia tidak tau mau cakap apa sudah. Dalam hati dia, Dia berharap juga ingatan si Manis pulih sebenarnya. 

Roselle turun tu tangga pelan-pelan. Dia nampak si pogil dengan pakaian lengkap dia. Ada parang panjang kena ikat sana pinggang. Baju yang style jacket serba hitam ada sulaman benang warna warni. Tu kepala ada kena ikat kain sulam juga. Pelik tu pakaian tapi segak dia nampak. Macam pakaian para pahlawan dulu-dulu. Tidak bekelip tu mata dia meningu.

Pogil tingu dia sambil tersenyum. Roselle punya rambut panjang tu Inan kasi sanggul kemas baru dia letak tu accessories bunga-bunga. Pelik juga tapi bilang si inan, Manis selalu nampak kemas macam tu. Sedih juga hati dia kalau suatu hari nanti dorang tau yang dia bukan si Manis. 

To be continued....

Tq kamu yg follow ni crta. I will try my best to taip ni sambungan........nda mau janji bila siap...🙈 Love you all😘😘😘

Beyond The Dimensions (Di luar Dimensi)Where stories live. Discover now