#BeyondTheDimensions
Chapter 16
Matahari sudah mulai terbit. Pagi-pagi lagi, Roselle sama-sama dorang si Ambaza, Pogil dan kawan-kawan yang lain jalan sudah pigi tempat sarang persembunyian Divarung.
Ambaza mengetuai perjalanan dorang menjejaki sarang persembunyian Divarung. Tosundu bagi seekor burung putih sama si Ambaza sebagai petunjuk dorang sampai sana sarang Divarung. Pogil jalan di belakang Roselle. Dia jaga Roselle dari apa-apa bahaya. Dia terharu sama tu kebaikan Roselle.
Semalam Tosundu bagi dia pilihan terakhir sebelum cari Divarung. Sama ada Roselle balik dunia dia sendiri ataupun bunuh Divarung dan selamatkan Manis. Roselle sanggup tolong dorang hapuskan Divarung walaupun dia tau nyawa dia mungkin akan terkorban. Pogil sudah mula menyayangi Roselle. Tapi cintanya pada Manis memang dalam dan tiada siapa yang dapat gantikan cinta Pogil sama Manis. Susah betul dia sebut nama Roselle masa Roselle bagi tau nama sebenar dia semalam. Rasa macam tidak dapat terima ja Roselle bukan Manis.
Dorang teruskan perjalanan walaupun matahari semakin terik. Mungkin masa itu Divarung dan serigala yang lain sedang bersenang- lenang sebab malam ini akan ada bulan memgembang penuh. Pogil teingat cakap si Tosundu. Kuasa Divarung akan meningkat 2 kali ganda dan pada masa yang sama Manis akan jadi korban Divarung. Malam akan menjadi panjang. Roselle diam sepanjang perjalanan. Hati dia tidak tenang. Dia sebak. Macam sesuatu perkara akan terjadi. Dia cuba tenangkan perasaan. Parang kecil yang Tosundu bagi tu dia pegang erat. Dia ingat pesan Tosundu. Dia mesti bunuh Divarung untuk keamanan kampung dorang. Manis harus kembali dan akan memulihkan semula keadaan kampung. Roselle memang ada perasaan takut tapi dia pendam. Dalam masa yang sama, dia ingat Evan. Dia rindu Evan. Tapi ada seseorang yang dia tidak pasti siapa yang sangat mengharapkan dia untuk balik di alam dia sebelumnya.
Dorang jalan naik bukit, turun bukit. Jalan bebatu batu, kadang-kadang ada paya yang dorang perlu lalui. Ada lintah besar-besar sampai Roselle pun menjerit ketakutan tingu tu lintah. Kadang-kadang beduri tu laluan jalan sampai langan dan kaki Roselle bedarah-darah. Dia tahan hati saja. Sampai ada kalanya dia temasuk dalam lumpur. Kaki tesangkut di akar kayu. Kadang-kadang dia tegulik sebab jalan telalu licin. Pogil tetap sabar dan setia tolong dia.
Dari jauh tu dorang tenampak satu gua besar. Gelap dalam tu gua. Memang macam nampak usang. Matahari pun mau tebenam sudah. Tanpa dorang sedari, tiba-tiba ada sekawanan serigala belari datang dekat sambil menyalak mau serang dorang. Pogil besedia sudah tarik parang panjang dia. Kawan-kawan yang lain pun sedia-sedia sudah pigang parang panjang dorang. Satu persatu tu sarigala dorang bunuh. Dorang bertarung habis-habusan melawan tu serigala. Roselle pegang parang kecil dia. Dia ingat kejadian semalam yang dia hampir kena terkam serigala.
Begegar sudah jantung dia. Pogil dan lain-lain terus belawan sama tu serigala. Beberapa ekor sudah tumbang. Darah terpecik sana sini. Roselle pula kena keliling oleh dorang yang lain. Tu sarigala cuba serang dorang cari tempat dan lubang untuk terkam si Roselle.
Kalung Roselle hanya ditakuti oleh Divarung. Roselle ada tanya Tosundu pasal tu kalung. Kenapa serigala tidak takut sama tu kalung dan kenapa Divarung saja yang takut sama tu kalung si Manis. Tosundu kasi jelas sama dia yang sarigala sebenar tidak akan takut benda-benda macam tu sebab serigala sebenar adalah haiwan. Serigala jadian macam Divarung akan takut sama tu kalung Manis sebab jantung Divarung akan menjadi lemah akibat kuasa panas tu buah kalung kalau dia berdekatan dengan tu kalung.
Susah untuk Divarung tingkatkan kuasa dia kalau kalung tu ada dekat dia tapi Divarung tidak akan mati hanya dengan tu kalung. Divarung hanya akan kehilangan kuasa sebab tu kalung dan bila bejauh sama tu kalung, Divarung akan mula lagi menyedut kuasa-kuasa sakti sekitar dia terutamanya kuasa serigala.
YOU ARE READING
Beyond The Dimensions (Di luar Dimensi)
FantasySinopsis *Cerita rekaan semata-mata* Beyond the Dimensions atau di luar dimensi mengisahkan hidup seorang wanita yang bernama Roselle Robinson. Roselle merupakn seorang guru tadika yang patah hati selepas memutuskan pertunangannya dengan Evan. Evan...