#BeyondTheDimensions
Chapter 15
Tu Tosundu bawa dorang masuk gua. Tu gua Roselle nampak gelap dan kecil dari luar tapi rupanya dalam gua tu cerah dan besar. Batu-batu halus jadi tempat duduk dan meja. Atas meja ada bermacam-macam jenis buah buahan hutan yang Roselle sendiri pun belum pernah jumpa sebelumnya apa lagi makan. Tu Tosundu pegang tangan Roselle baru dia bawa Roselle duduk dekat dia. Roselle duduk di tepi tu Tosundu sambil tu Tosundu pegang tangan Roselle. Dorang yang lain tu duduk di atas batu-batu halus tadi sambil makan tu buah-buahan. Pogil dan Ambaza duduk hampir dengan dorang juga.
"Anak...aku mau bagi kau sesuatu." Bilang tu Tosundu sambil dia kasi keluar satu parang kecil dari peti kecil di sebelah tempat duduk dia.
Roselle tingu ja benda tu. Parang kecil yang unik. Kepala parang kecil tu diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi dan corak berkonsep bunga-bungaan disalit emas tulin. Hujung parang kecil tu nampak tajam.
"Anak, Odu bagi kau benda ini. Odu mau kau bunuh Divarung guna parang kecil ini." Bilang Tosundu. Roselle tingu muka Tosundu kehairanan. Boleh ka parang sekecil ini bunuh Divarung yang bengis dan ganas itu? Bilang dalam hati di Roselle.
"Tapi Odu...."
"Jangan risau. Pogil dan yang lain-lain akan tolong kau." Bilang tu Tosundu. Tapi masih juga Roselle rasa ragu-ragu. Macam mana juga mau bunuh tu Divarung?
" Kau mungkin akan terpedaya dengan kelicikan Divarung. Tiada siapa yang boleh datang dekat Divarung. Kuasa serigala sudah menguasai badan dia." Bilang Tosundu.
"Jadi Odu. Macam mana mau bunuh Divarung?" Bilang Roselle menanya.
"Perdayakan dia dengan kebijaksannan kau, anak... Ingat. Divarung sangat kuat dan mustahil untuk dikalahkan. Tapi kelemahan Divarung ada pada jantung dia." Bilang Tosundu membagi maklumat. Roselle angguk-angguk tanda faham.
"Ambil ini." Tosundu hulur tu parang tempat Roselle. Masa Roselle pegang tu macam dia kena renjatan elektrik. Ada tenaga masuk dalam badan dia. Tu buah kalung bentuk diamond pun tiba-tiba besinar. Dia pegang. Dia rasa ketakutan dia terus betukar jadi keberanian. Apa pun yang terjadi. Dia mesti bunuh Divarung."Pogol...mari sini ada odu mau cakap sama kau." Bilang tosundu memanggil si Pogil. Pogil bangun baru dia duduk di sebelah Tosundu. Sebelah kiri dia. Roselle duduk sebelah kanan Tosundu.
"Odu tau...kau tekejut sebeb gadis yang kau anggap Manis sebenarnya berasal dari dunia yang jauh berbeza dari dunia kita. Dia miliki rupa Manis. Dan roh Manis ada dalam badan dia. Odu tau kau kecewa tapi, Manis perlukan kau sekarang..." Bilang Tosundu pegang tangan Pogil. Pogil tunduk. Dia sedar. Hati dia sebenarnya ada dngan Manis. Dia tingu Roselle. Dia terharu. Dia mulai faham perbezaan antara Roselle dan Manis."Selepas Divarung mati malam esok. Kau mesti bawa Manis dan gadis ini di sini. Tapi ingat. Sebelum matahari terbenam hari berikutnya." Bilang tu Tosundu. Roselle terus tingu tu Tosundu.
"Kenapa Odu?" Pogil pula menanya.
"Anak..." Tosundu pegang bahu Roselle. Roselle hairan. "Kau tidak mau pulang di alam kau ka?" Bilang Tosundu sambil tesenyum.
"Alam ku? Tapi..." bilang Roselle. Dia pun semakin lupa dia dari alam mana. Dia memang sedar dia bukan dari alam tu. Tapi dia dari mana? Dia pun sudah lupa.************************************
*Luar Hospital Columbia Asia Shah Alam*
Evan tingu serius muka Isaac. Dia rasa cemburu bila Isaac bilang dia boyfriend Roselle. Muka Isaac kelihatan tenang. Dia pandang muka Evan dengan muka selamba.
"Roselle got sick because of you. What did you do to her?" Bilang Evan. Dia terus bediri. Isaac tingu luar tu jendela baru dia kasi cross arm dia. Tenang ja tu muka.
"I am asking you. What did you do to her?!" Evan kasi keras lagi tu suara dia. Isaac bediri. Pigi dekat Evan baru dia bagi satu tumbukan kuat sana muka Evan. Evan balas tu tumbukkan Isaac tapi cepat Isaac mengelak baru dia pegang baju Evan kuat. Orang-orang yang duduk sana kantin pun tingu-tingu sudah dorang. Tiba-tiba Doktor Danny datang kasi tenang Isaac tapi Isaac tolak ja tu tangan Doktor Danny.
"I am the one suppose tu ask you. Where were you when she is in a depressed condition?!" Kuat suara Isaac becakap. Evan yang sudah bedarah hidung cuba buka tu tangan Isaac dari pegang baju dia. "You left her. You abandoned her! Throw her away, far from your life. You such a loser, Evan!" Isaac kasi lepas kasar tu baju Evan sampi dia mau tejatuh. Tu doktor cepat-cepat tarik tangan Evan. Evan teduduk baru dia tunduk. Betul juga cakap Isaac. Dia sepatutnya beterima kasih sama Isaac. Sebab Isaac mungkin Roselle rasa aman sikit. Tapi still dia tidak mau Isaac dekat sama Roselle.Isaac trus kasi tinggal Evan dan masuk dalam bilik Roselle. Dia duduk tingu Roselle. Semakin pucat muka Roselle dia nampak. Dia belai pipi Roselle. 'I will take care of you as long as I am alive dear...Please open your eyes and look at me. I will protect you, love..." Isaac cium forehead Roselle. Dia tidak sedar air mata dia menitik sudah kena pipi Roselle. Dia lap pipi Roselle lembut. Roselle pun mula berair mata. Dia macam faham. Roselle macm boleh dengar dia becakap.
"Roselle, dear...please come back. Give me chance to know your deeply. I don't care who you are. Your background. As long as you are with me. Please....love..." Isaac pegang Tangan Roselle. Dia terus tetidur.************************************
Roselle pegang dada dia. Dia rasa sebak. Dia nangis.
"Isaac...." Dia bilang. Pogil tingu reaksi dia. Tosundu belai-belai kepala Roselle.
"Anak...ada seseorang sedang tunggu kau...kau boleh buat pilihan. Kau boleh balik sekarang kalau itu kemahuan kau... tapi ingat, misi kita belum selesai...Manis perlu diselamatkan. Divarung perlu dihapuskan." Bilang Tosundu. Roselle geling kepala dia. Dia tingu Pogil. Hati Roselle sakit. Dia macam tidak sanggup kasi tinggal Pogil tapi Pogil milik Manis. Dia mesti selamatkn Manis.
"Anak...jangan terpengaruh sama alam maya. Kau mesti balik lepas ni. Malam esok kau mesti bunuh Divarung dan sebelum matahari terbenam hari berikutnya, kau mesti balik di dunia yang sepatutnya kau ada."
"Tapi odu...dunia itu buat aku sakit hati. Boleh ka kalau Roselle tinggal sini sampai bila-bila?" Roselle tingu Ambaza dan yang lain-lain. Dia tidak ingat apa yang membuatkan dia sakit dan rasa ingin lari dari alam dia dahulu tapi dia seperti rasa kesakitan yang mendalam. Dia merasa tenang di alam itu. Dia sudah mulai suka tinggal di situ. Tosundu geling-geling kepala dia.
"Manis mesti bangun. Selagi kau ada di sini selagi itu Manis akan terus tidur." Bilang Tosundu. Makin sakit hati Roselle. Dia angguk-angguk juga sambil nangis. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Misi Roselle adalah untuk menyelamatkan alam itu dan membawa Manis kembali."Pogil, selepas kau bawa Manis di sini. Odu akan baringkan Manis dan gadis ini sama-sama." Bilang Tosundu sama Pogil. Dia angguk-anggukan kepala tanda faham.
"Anak, kau mesti pegang tangan Manis kuat-kuat. Bagi dia semangat nanti. Bagi tau dia, Divarung sudah tiada. Ina sma Bapa tunggu dia. Orang kampung tunggu dia. Odu berharap sama kau Anak..." bilang Tosundu sambil tarik nafas dia. Roselle pejam mata. Dia pegang tangan Tosundu erat-erat sambil angguk-angguk. Dia menangis lagi. "Bila roh Manis masuk balik dalam badan dia. Anak.. kau juga akan balik di alam kau sendiri." Makin kuat Roselle menangis. Tosundu terus peluk badan Roselle.....To be continued.....
Readers, beyond the dimensions semakin ke penghujungnya....mungkin ada 2 chapters lagi...thank you arr yang support dan yang mengikuti cerita saya.
With love, Casse😘😘😘
YOU ARE READING
Beyond The Dimensions (Di luar Dimensi)
FantasySinopsis *Cerita rekaan semata-mata* Beyond the Dimensions atau di luar dimensi mengisahkan hidup seorang wanita yang bernama Roselle Robinson. Roselle merupakn seorang guru tadika yang patah hati selepas memutuskan pertunangannya dengan Evan. Evan...