#BeyondTheDimensions
Chapter 10
"Ini bilik kau Anak...kau ingat sesuatu ka?" Bilang tu Inan. Roselle tingu dan perhatikan keadaan sekeliling bilik. Ada satu katil dibuat dari buluh. Diikat dengan kulit kayu ja. Kemas dan cantik tu cara buatan. Tu atas katil di lapis dengan tikar yang dibuat dari rotan berkualiti tinggi. Kemas tu cara anyaman. Roselle rasa terpegun juga. Walaupun bilik tu biasa-biasa bagi dia tapi ada nilai kualiti tinggi di sana.
"Anak...ini barang-barang kau." Bilang lagi tu Inan. Dia buka satu peti besar diperbuat dari kayu. Kayu belian yang tidak ternilai harganya. Dia datang dekat tu peti baru dia buka. Banyak pakaian yang sama mcm pakaian si Inan. Dia tingu baju yang dia pakai. Terlalu lusuh dan serba putih. Dia pegang satu-satu tu kain. Halus tenunan tu kain. Berkualiti tinggi. Dia buka lagi satu peti. Penuh dengan manik berwarna warni. Dia terus tetingat cerita nenek moyang dulu-dulu. Mungkinkah dia ada di alam itu? Dia pegang lagi tu manik satu persatu. Dia rasa unik. Dia tengok si Inan.
"Ini semua barang Manis ka?" Dia bilang.
"Iya Anak...tingu la pakaian kau sekarang. Sangat menyedihkan... Mari Ina tolong ganti pakaian kau..." Bilang Inan. Dia menangis lagi.
"Tapi...ini..."
"Manis...ini semua barang kau. Kami berharap betul kau pulang dan pulihkan keadaan kampung kita... O ya. Ini barang kau yang sangat berharga. Kerana barang ini lah. Kau dapat ditangkap oleh Divarung." Bilang si Inan. Dia ambil satu kalung. Tu kalung diperbuat dari manik yang beraneka warna. Manik dari kristal. Kristal yang mahal nilainya. Tu kalung berbuahkan sebiji kristal warna biru berbentuk diamond. Tu Inan ambil tu kalung. Roselle pegang jantung dia. Rasa sebak tiba-tiba. Dia menangis.
"Anak..." Tu inan terus peluk si Roselle. Aku tau kau sedih sebab kalung ini sebenarnya tidak boleh berjauhan dari kau. Kalau kalung ini tertanggal, bukan saja nyawa kau dalam bahaya tapi seluruh kampung ini dalam bahaya." Bilang tu Inan. Roselle serba salah. Di mana si Manis yang sebenar? Satu perkara yang dia tidak faham, kenap dia mesti ada di alam itu sebagai Manis? Adakah dia dan Manis orang yang sama? Dia tertanya-tanya sendiri. Berada di alam yang pelik. Terus satu family mengaku dia anak dorang yang hilang. Divarung? Siapa Divarung?."Ina...siapa Divarung sebenarnya?" Dia cuba betanya.
"Anak...Divarung tu la yang tangkap kau. Sedut semua kuasa sakti kau. Dia dapat tangkap kau masa kau tanggalkan kalung ini. Dia Makhluk yang jahat dan mengerunkan." Panjang lebar tu penjelasan si Inan.
"Kuasa sakti? Jadi Manis ada kuasa sakti?"
"Iya anak. Kau ada kuasa sakti yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kalung ini sebenarnya diberikan oleh Odu Tosundu masa kau baru lahir. Kau ada kelebihan dan kuasa luar biasa. Kau dipilih untuk menjaga keamanan kampung kita." Bilang si Inan.Roselle masih keliru. Si Inan terus ambil sepasang pakaian baru dan dia tolong Roselle ganti baju dia. Satu semi satu pakaian diikat dibadan. Ditambah dengan perhiasan manik dan tembaga. Rasa berat pula dia rasa. Dia rasa macam dia memperagakan sepasang pakaian kebudayaan di atas pentas KDCA. Last tu Inan terus kasi pakai sama dia tu kalung si Manis. Tiba-tiba Roselle rasa ada satu aliran kuasa masuk dalam badan dia. Dia pejam mata.
'Manis....nyawamu dalam bahaya...rohmu sudah berpisah dari jasad...'
Roselle terus tesedar. Dia tingu si Inan. Dia hairan. Banyak pertanyaan timbul dalam fikiran Roselle.
"Kalung ini milik Manis..." Dia bilang dan dia mau buka tu kalung. Dia rasa gementar. Dia betul-betul tidak faham. Rasa takut pun ada.
"Anak...kau mesti kumpul ingatan kau. Kita mesti hapuskan Divarung sebelum kampung kita betul-betul musnah. Sebagai ketua puak, Ambaza sudah bertungkus lumus memulihkan keadaan kampung ini. Selepas kau ditangkap. Air sudah tidak begitu jernih. Tanaman sudah jadi kekuningan." Bilang Inan sambil pegang tu bahu Roselle macam mengharapkn sesuatu dari dia. 'Tapi saya bukan si Manis...' Bilang Roselle dalam hati.
"Cuba la Anak...walaupun susah mau ingat tapi kita masih ada harapan. Dalam masa terdekat ini kita dapat jejaki Tosundu. Dia ja yang boleh tolong kau." Bilang si Inan.
"Ba marila kita turun. Bilang si Inan.Roselle ikut ja la si Inan turun dari tu bilik. Masa sudah sampi bawah tu, dia nampak si Pogil dan si Ambaza duduk-duduk tingu dia. Si Pogil tingu dia tanpa berkelip. Dia senyum tempat si Pogil. Pogil balas tu senyuman si Roselle. Roselle tunduk. Tu hati dia pun rasa dub dab dub dab. Punya handsome si Pogil. Lagi si pogil senyum lagi muka Evan dia ingat. Siapa si Pogil ini sebnarnya? Macam orang kanan si Ambaza ja. Ambaza perhati ja si Pogil sama si Roselle dia terus angguk-angguk. Dia macam faham sesuatu. Pogil lah calon terbaik untuk Manis, anak gadis tunggalnya.
"Manis...tu kalung...?" Bilang Ambaza. Dia bangun baru dia pegang tu kalung di leher si Roselle. "Anak..." Dia terus peluk si Roselle. Roselle rasa kasih sayang bapa pula tiba-tiba. Dia terharu. Selama itu dia tidak pernah kena sayang oleh bapa di alam nyata. Lagi la mau peluk, mau tingu pun susah.
"Kami harap kau pulihla Manis...kami sudah dapat jejaki si Tosundu. Esok kami mau jalan sudah ni mau jumpa dia. Minta petunjuk supaya dapat jejaki si Divarung"
"Aku mau ikut." Bilang Roselle.
"Anak...kami tidak mau kehilangan kau kali kedua." Bilang si Inan. Roselle pegang tu bahu si Inan.
"Ina...aku tau kau risau. Aku pasti. Manis akan balik dengan selamat" Bilang Roselle.
"Aku akan jaga dia Inan..." Bilang si pogil. Si Ambaza angguk-angguk ja tanda setuju.Malam tu Roselle baring sana bilik si Manis. Tiba-tiba satu bayangan muncul depan mata dia. Muka bengis macam muka serigala dengan kuku tajam berwarna coklat gelap. Mata tu serigala berwarna merah. Mulut ternganga besar dengan gigi tajam. Dia nampak lagi tu seorang perempuan panjang rambut bebaring macam tidur atas tu tikar rotan. Muka yang betul-betul mirip macam dia. Siapa dia tu? Dia ka si Manis?
To be continued...
Sorry ar readers klu sy pnya crta ni mcm tda logik. Ni cerita fantasy pertama sy ni. Apa2 pun tq ar sbb sudi follow ctra2 sy😁 Love you guys😘😘😘
please vote👇🙆
YOU ARE READING
Beyond The Dimensions (Di luar Dimensi)
FantasiSinopsis *Cerita rekaan semata-mata* Beyond the Dimensions atau di luar dimensi mengisahkan hidup seorang wanita yang bernama Roselle Robinson. Roselle merupakn seorang guru tadika yang patah hati selepas memutuskan pertunangannya dengan Evan. Evan...