Beyond The DimensionsChapter 13
Selepas tu Divarung hilang, Roselle terus jatuh dari tempat dia bediri. Cepat tangan Pogil sambut dia. Ambaza datang dekat dorang. Roselle kelihatan lemah betul.
"Anak..." Ambaza terus pegang pipi Roselle yang tebaring di riba Pogil. Roselle masih boleh senyum dalam keletihan dan ketakutan.
"Anak...kasi kuat semangat kau. Aku tidak sangka kau seberani ini." Bilang si Ambaza. Dia hairan dengan keberanian mendadak Roselle.
Dalam masa yang sama, dorang terus tedengar bunyi beberapa ekor serigala menyalak. Dorang yang lain pun besedia sudah dengan parang masing-masing di tangan. Pogil pelan-pelan kasi sandar badan Roselle sana pokok kayu dan dia bediri. Dia tarik parang panjang yang kena ikat sana pinggang. Dia sedia untuk lawan kalau sekumpulan serigala itu datang serang dorang.
Sangkaan dorang betul. Tidak lama lepas tu, sekumpulan serigala belari mau serang dorang sudah. Roselle tengok dari tempat dia besandar.
Ambaza, pogil dan yang lain sedang bertempur dan belawan dengan serigala-serigala. Darah mengalir di atas tanah. Roselle tutup muka dia bila dorang potong tu leher tu serigala. Ada seekor serigala besar cuba terkam si pogil. Dengan sepantas kilat tu Pogil lompat baru potong tu leher serigala.
Roselle teriak ketakutan. Ada beberpa orang dorang sempat kena terkam dan kena gigit serigala.
Tiba-tiba tu masa dorang masih belawan dengan tu beberapa ekor serigala, Roselle teriak kuat. Seekor serigala menyalak datang dekat dan mau terkam dia. Roselle ketakutan. Dia tidak mampu teriak sudah. Badan dia begegar-gegar tingu tu serigala. Makin dekat tu serigala mau terkam Roselle.
Pogil yang secara spontan tingu Roselle terus sepantas kilat lari dan lompat depan tu serigala. Tu serigala terus terkam badan Pogil.
"Pogillll!" Roselle menangis sambil teriak. Dia hanya mampu berdiri di situ saja. Dalam beberapa minit tu dia nampak sudah tu serigala tumbang bersama badan si Pogil.
Roselle dengan keadaan yang masih ketakutan beranikan diri dia dan dia bangun. Dia lari datang dekat badan pogil baru dia peluk badan si Pogil yang berlumuran darah. Roselle menangis dan terus menangis. Begegar-gegar sudah jantung dia. Pogil pegang kepala Roselle baru dia usap-usap tu rambut Roselle.
"Aku baik-baik ja ni. Jangan nangis..." Bilang pogil baru si Roselle kasi lepas perlahan lahan tu badan si Pogil yang dia peluk tadi. Pogil senyum baru dia lap-lap air mata Roselle. Roselle tingu tu parang si Pogil yang ngam-ngam kena tanam sana jantung tu serigala.
Ambaza dan yang lain-lain tu terus datang dekat dorang.
"Aku akan menuntut pembalasan. Divarung rupanya seru semua serigala di hutan baru dia arah serang kita semua!." Bilang Ambaza dengan suara marah. Yang lain pun marah-marah sambil usap-usap anggota badan yang luka kena gigit dan kena terkaman serigala.Keadaan sudah tenang. Pogil bawa Roselle naik atas pondok yang dorang buat. Ambaza dan yang lain-lain sibuk tolong tu kawan-kawan dorang yang cedera. Bagus juga si Ambaza tau dan kenal daun pokok yang boleh kasi jadi ubat untuk hentikan pendarahan.
Bagus juga tu cahaya bulan pun terang. Yang lain pun pasang unggun api juga. Dorang yang lain ada yang berjaga-jaga kalau nanti ada lagi binatang buas yang menyerang dorang.
"Kau tidurla Manis. Aku akan jaga kau. Aku akan pastikan tiada apa-apa yang berlaku sama kau." Bilang Pogil.
Roselle masih ketakutan masa tu. Baju si Pogil masih berlumuran darah. Ada juga kesan terkaman serigala di tangan dan muka Pogil. Roselle usap tu luka-luka di tangan si Pogil.
"Thank you sebab kasi selamat saya..." Bilang Roselle. Dia mulai sudah beair mata.
"Thank you?" Apa tu Manis?" Bilang Pogil hairan. Dia tidak faham apa yang si Roselle cakap. Roselle tersenyum ja tingu muka tenang si Pogil baru dia geling-gelingkan kepala. Pogil pun balas ja senyuman si Roselle.
"Ba. Baring la sini. Aku tau kau penat." Bilang Si Pogil. Dia menyandar sana pokok. Tu pondok dorang buat dikasi ikat sana pokok besar supaya tidak runtuh tu pondok. Roselle baring baru dia tutup mata dia. Dia cuba untuk tidur.....
*****************************************
》Exclusive Room Pesakit Khas Columbia Asia Shah Alam《
"Roselle....baby...." Evan pegang tangan Roselle baru dia kiss lembut. Dia usap-usap tu pipi pucat Roselle. Dia sedih tingu keadaan Roselle yang terbaring kaku atas katil pesakit. Dia rindu senyuman Roselle. Dia rindu sentuhan lembut Roselle. Dia mau protect Roselle sebenarnya tapi dia tidak mampu. Dia puas cari maklumat tentang Roselle selama itu sampaila dia terpaksa cari keluarga Roselle sana Sabah. Dia juga pernah merayu dengan keluarga Roselle untuk minta maklumat tentang Roselle tapi mama si Roselle tidak pedulikan dia. Evan terus tanya bapa Roselle. Bapa Roselle yang gila duit untuk beli syabu apa lagi. Dia ugut mama Roselle mau bunuh dorang satu persatu kalau mama si Roselle simpan rahsia tentang Roselle. Evan tdak kisah pun berapa banyak duit bapa si Roselle minta asalkan dia dapat maklumat tentang Roselle.
"Roselle baby...please Wakeup. I cannot live without you baby...please...saya sanggup kahwin tanpa restu. Baby...please..." Evan gengam erat tangan Roselle. Dia menangis. Dia ingat doktor yang dia jumpa tadi cakap.
Roselle koma sebab stress dan gangguan otak. Dia memerlukan semangat yang kuat untuk bangun balik. Tambah sedih hati dia. Isaac? Dia ingat doktor sebut pasal Isaac. Siapa Isaac? Dia belum pun jumpa Isaac.
Mata Roselle dia nampak berair mata. Dia kiss lembut tu forehead Roselle baru dia lap tu air mata Roselle. Banyak penyesalan dia rasa sebenarnya tapi dia seperti tidak mampu menentang takdir sendiri. Si Ranya perlu kawin sama dia. Apa mummy dia cakap dia mesti tunaikan atau dia akan menjadi miskin sebab tidak dapat waris harta keluarga. Roselle terpinggir sebab dia.
"Who are you?" Evan tekejut tedengar suara lelaki betanya. Dia kasi pusing kepala dan tingu di belakang. Muka serius. Tinggi lampai. Dalam lingkungan umur awal 30. Chinese guy. Mata dia tajam tengok Evan.
" I am Evan." Bilang Evan baru dia bediri. "And you?" Dia bilang sambung lagi menanya tu orang.
"Isaac. Rose's boyfriend." Dia bilang.
Tepanas tu hati si Evan. Kalau bukan hospital, mungkin penumbuk sudah tu melayang sana muka si Isaac. Evan renung muka Isaac dengan tajam.
"You must be Evan." Bilang Isaac. "Lets have a talk outside." Serius tu cara Isaac becakap."
Dorang dua keluar dari tu ward si Roselle.************************************
"Evan....!" Roselle tebangun, dia terus duduk. Pogil yang hampir terlelap menyandar sana pokok tekejut dengan tu jeritan si Roselle.
"Manis...kenapa Manis?" Pogil terus pergi dekat si Roselle. Dia hairan tu perkataan yang baru Roselle sebut tadi.
Dia berfikir.
Apa maksud 'Evan?'
Dia pegang bahu Roselle. Roselle peluk si Pogil smbil dia nangis. Kenapa Evan juga yang muncul dalam fikiran. Perkara lain sebelum ini dia tidak berapa ingat. Samar-samar ingatan dia pasal kehidupan dia sebelum itu. Semuanya beransur hilang. Dia tidak ingat dia dari alam mana.
Pogil tepuk-tepuk tu bahu Roselle yang baring di sebelah dia. Dia tidak tau kenapa perasaan sayang betambah sama Manis yang sebenarnya 'Roselle'. Kalau difikir balik, Manis yang dia kenal tidak seberani Manis yang ada sekarang. Tapi senyuman Manis memang selalu buat hati dia cair.
Roselle tetidur sudah di sebelah Pogil. Rasa aman pula si Pogil tepuk-tepuk bahu dia. Pogil perhati muka Roselle. Dia tenung muka lembut Roselle. Tu tangan tiba-tiba pergi usap-usap tu pipi Roselle. Dia datang dekat dan kucup pipi dan dahi Roselle. Selama beberapa bulan tu dia rindu "Manis" selepas kena culik Divarung dan sekarang dia tidak sanggup kehilangan gadis sakti itu sekali lagi yang dia cintai dalam diam....
To be continued.........
With love,
Casse Shi Ling😘😘😘😘
YOU ARE READING
Beyond The Dimensions (Di luar Dimensi)
FantasySinopsis *Cerita rekaan semata-mata* Beyond the Dimensions atau di luar dimensi mengisahkan hidup seorang wanita yang bernama Roselle Robinson. Roselle merupakn seorang guru tadika yang patah hati selepas memutuskan pertunangannya dengan Evan. Evan...