Mina dan Momo melangkah pergi ke arah seseorang yang menunggang motosikal biru tersebut.
"Yahh.. Kau la orang yang langgar lopak air sampai terkena aku kelmarin kan? " Kata Mina dengan kasar.
"Kau dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah marah-marah orang! " Ujar namja itu setelah membuka helmet.
"Kau boleh tanya aku kenapa? Kau lah yang sebabkan aku tak datang sekolah kelmarin" Balas Mina.
"Kau tak tahu ke sekarang ni dah pukul berapa? Dah lah malas aku nak layan kau.. Aku nak masuk ke kelas." Kata namja itu lalu melangkah pergi dari Mina dan Momo.
"Wei.. Aku tak habis cakap lagi la, Kau ingat ehh perkara ni tak settle lagi tau!" Jerit Mina namun tidak dihiraukan oleh namja tersebut.
"Kau kenal dia ke?" Tanya Momo.
"Tak" Kata Mina.
"Dia tu la.. " Tiba-tiba kata momo terhenti.
Ketua pengawas sedang menuju ke arah mereka.
"Hah? Kamu berdua buat apa lagi dekat sini? Tak reti-reti nak masuk kelas" Kata ketua pengawas itu.
Mina dan Momo meminta maaf lalu pergi masuk ke kelas.
Di Dalam Kelas,
Mina yang melangkah masuk ke dalam kelas terkejut.
"Eh, macam pulak mamat tu boleh ada kat dalam kelas ni" Ujar Mina.
"Wei, Momo.. Macam mana dia boleh ada kat dalam kelas kita ni?? " Bisik Mina perlahan Momo setelah mengambil tempat duduk mereka.
"Siapa?" Tanya Momo.
"Ala kau ni, mamat yang kita jumpa tadi tu la!" Kata Mina.
"Oh pelajar baru tu, dia baru je masuk kelas ni kelmarin" Kata Momo.
"Hah? Kau kata dia pelajar baru? Dan dia masuk kelas kita?" Kata Mina dalam nada terkejut.
"Ye..tu la aku cuba nak bagitau kau! " Belum sempat Momo dan Mina menyambung perbualan mereka. Kehadiran guru mereka masuk ke kelas.
"Ok kelas, keluarkan buku nota" Kata Miss Tiffany kepada kelas.
*Loceng berbunyi*
Mina dan Momo melangkah keluar dari kelas 5 A lalu menuju ke kantin.
"Wei,Momo kau pergi ambil tempat duduk..aku pergi belikan air untuk kita" Kata Mina kepada Momo.
"Arasso.. " Kata Momo.
Mina membeli air di kafeteria dan melangkah hendak ke Momo. Tiba-tiba Mina terlanggar seseorang sehingga menyebabkan air tumpah terkena baju namja itu.
"Mianhae.. Mianhae" Mina meminta maaf sambil menundukkan mukanya.
"Hei yoja, kau jalan guna mata ke guna hidung?"Kata namja itu dengan kasar.
Mina yang mendengar kata-kata itu lantas mengangkat mukanya.
"Kau??" Ujar mereka serentak.
Mina tersenyum sinis apabila melihat namja tersebut.
"Haha.. Padanlah dengan muka kau mamat poyo! Kelmarin kau kotorkan baju aku sekarang aku pulak.." Kata Mina dengan riang.
"Hey yoja, aku ada nama la.. Nama aku Jinyoung Aka Jr.. Suka-suka hati kau je panggil aku poyo."Balas Jinyoung sambil merenung wajah Mina. Rasa sakit hati dengan tindakan yoja.
"Peduli apa aku dengan nama kau.. Sekarang aku nak kau minta maaf dengan aku..palli" Kata Mina.
"Kalau aku tak nak" Kata Jinyoung sambil tersenyum sinis.
Mina yang melihatnya berasa geram.
"Aku tak kira,kau kena minta maaf dengan aku jugak!!" Kata Mina.
Mereka terus bergaduh tanpa menghiraukan sekeliling.
"Wae? Aku je yang kena minta maaf!! Bukan ke kau pun buat salah dekat aku jugak.
"Kau!" Kata Mina sebentar.
"Nae.. Mianhae." Sambung Mina.
"Sekarang minta maaf dekat aku,palli.."Kata Mina kepada Jinyoung.
"Kau tengok muka aku?" Kata Jinyoung.
"Wae?" Soal Mina.
"Ada aku kisah.." Kata Jinyoung lagi lalu tertawa dan mahu melangkah pergi.
"Yahh.. Jinyoung!! Mamat poyo!! Sini kau! tak guna.. " Jerit Mina kepada Jinyoung.
Jinyoung menoleh ke arah Mina lalu menjelirkan lidahnya.
"Eiii.. Aku benci kau Jinyoung!! Benci.. Benci.. Benci.. Benci.. "Jerit Mina lalu melangkah ke arah Momo.
"Hei kau buat apa lama sangat dekat kafeteria tu? Kau beli air ke buat air?" Tanya Momo.
"Biar aku cerita dekat kau pasal kelmarin dan pasal tadi" Kata Mina.
"Eh, kejap.. Mana air aku?" Soal Momo lagi.
"Mianhae.. Air kau tumpah" Kata Mina.
"Hah?" Pelik Momo.
"Ni lah aku nak cerita dekat kau" Kata Mina.
Mina menceritakan apa yang telah berlaku kepada Momo.
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fanfiction[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...