Bab 22

133 11 2
                                    

"Hey.. Jangan lari.. Aku cuma nak tau siapa kau! Kenapa kau bagi bunga ros tu dekat aku?" Larian Mina terhenti apabila orang itu telah berhenti tidak jauh dari hadapannya.

Namun orang itu tidak memalingkan muka dan badannya menghadap Mina.

Mina cuba untuk mendekati orang itu. Namja?

"Wae? Kenapa kau bagi bunga ros tu dekat aku? Apa motif kau?" Mina bertanya lagi dengan nada yang lebih lembut.

Namja itu masih tidak memalingkan dirinya untuk dilihat Mina. Dia hanya diam saja.

"Mamat ni bisu ke?" Soal hati Mina.

"Kenapa kau diam and kenapa kau taknak tunjukkan diri kau?" Namja itu masih diam dengan pertanyaan Mina.

"Eh tolonglah.. Aku bercakap dengan manusia bukan dengan batu okay!" Ujar Mina sedikit keras, kesabaran Mina mulai menghilang.

Mina tidak mahu menunggu lagi. Dia pantas pergi ke depan namja itu.

Mata mereka bertaut. Namja itu memakai mask muka, Mina tidak dapat mengecamnya dengan jelas.. Namun mata itu.. Seperti Mina pernah lihat.. Tapi di mana?

Namja itu menghulurkan tiga kuntum ros merah kepada Mina. Terdapat sekeping nota kecil yang terselit di bunga itu. Mina mengambil pemberian dari tangan namja tersebut.

Belum sempat Mina berkata apa apa lagi, namja itu terus pergi darinya.

Mina hanya mampu memandang, dia tidak mengejar namja itu lagi.

Mina melihat tiga kuntum bunga ros merah yang berada di tangannya, lalu dia membuka sekeping nota kecil itu, Mina membacanya.

Rose is red,
Violet is blue,
Nothing in the world,
More beautiful than you... ❤

Terpana Mina membaca ayat itu, Mina tersenyum sendiri. Boleh tahan jiwang jugak mamat ni!

Tapi Mina masih tak faham apa maksud semua ni? Bunga ros merah? Dari sekuntum, dua hingga ke tiga kuntum dan sekeping nota kecil yang mempunyai ayat puitis diterimanya.

Siapakah namja itu? Dan adakah namja itu menyukai Mina?

Benci Tapi SukaWhere stories live. Discover now